Tuesday, December 29, 2009

Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza

Bismilahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,segala pujian hanya bg Allah tuhan sekalian alam.selawat dan salam kepada rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda...

apa khaba ye teman-teman sekalian, pastinya sudah berada di kampus masing-masing untuk memulakan semester baru...saya masih lagi di rumah,inAllah 4hb barulah semester baru bermula.lama pula rasanya tak belajar,mendengar dan juga mencatat...

inAllah,post kali ni saya hendak berkongsi satu kisah benar yang saya bace dari akhbar dan juga dari email..kisah yang sama...kisah yang mengisahkan perasaan kasih sayang, simpati dan juga keprihatinan antara umat sesama islam..insyaAllah..sama-sama kita hayati..



Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.

Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebarke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih.Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.

Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman.. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.

Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.

Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.

Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.

Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah. Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.

Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.

Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :

" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana."

Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.

"Tolonglah.. bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka,"

ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing- masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.

Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut.

Sunyi seketika suasana.

Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:

" Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.

Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.

Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:

"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?"

Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.

Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.

Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00) !

Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.

"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.

"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.

Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada.

Subhanallah.


Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa

mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya

datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu

membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim

zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.- azm






(Kisah ini telah disusun semula daripada cerita

Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din kepada Harakahdaily

melalui kisah benar yang dipaparkan di sebuah majalah Arab)

words of wisdom


"A useful way of arranging your work is to have

a notebook note in your pocket,

to arrange your time,

to remind you of your appointment

and in which you write your own notes."




"most of the time,

benefits are within what you hate

rather than what you like,

you never know the consequences.

many blessings can actually malice and vice versa."




"only you,

can colour your own life

according to how you look at it.

your life is the product of your thoughts,

so don't put on black glasses."




"happiness is not only whom you are,

whom your parents are,

or how much money you have.

happiness is through religion,

science,

literature

and success."




"it is important to have a book in your hand or around you

because you may waste your free time

without using it properly. the book is the best keeper of time."




these some of words, i have wrote in the bookmark given

to my student during practical...


some of them really like it because the word is match with their life.

may be it suit with you too =)




these word taken from:

706 words of wisdom to be happiest people

by Dr. 'Aid abdullah Al-Qarni


Saturday, December 26, 2009

pengalaman yang tak terbeli..

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,Allah memberi lagi kesempatan untuk saya mencoret sesuatu di kolam ini. terasa kolam ini kurang terisi, walaupun cuti panjang. Allah izin,kerja-kerja yang perlu dilakukan lebih banyak berbanding masa yang ada.kadang-kadang saya terfikir,yang mana harus diutamakan?...

rasanya,bukan saya seorang shj yang merasakan sedemikian...

disinilah terletak nya dua dari sepuluh sifat muasofat tarbiyah iaitu tersusun urusannya dan bijak mengurus masa..

setuju?

insyaAllah,sama-sama kita praktikkannya..
sebut pasal muasofat tarbiyah,teringat pula KMK 3 Zon timur. salah satu objektif KMK kali ini ialah penerapan 10 sifat muasoffat tarbiyah di kalangan peserta.sifat yang perlu ada di kalangan remaja hari ini.mungkin saya boleh senarai disini,insyaAllah..
.


10 muasofat tarbiyah

1) aqidah yang sejahtera

2) ibadah yang betul


3) akhlak yang sempurna


4) mampu berdikari


5) berilmu pengetahuan


6) badan yang sihat


7) berjuang melawan nafsu

8) tersusun urusannya

9) bijak mengurus masa

10) bermanfaat kepada orang lain


post sebelum ni, bertajuk KMK 3 yang luar biasa..

mesti teman-teman tertanya-tanya kenapa luar biasa?


insyaAllah,saya nak kongsi di sini kenangan sepanjang KMK 3...

peserta
seperti yang saya telah maklum,peserta Allah izin di luar jangkaan.alhamdulillah...

ambil kata dari ukhti yang saya kasihi,"baguh adik-adik ni,hajat sungguh kepada program"...
kata-kata ni menguatkan lagi hati saya,untuk buat yang terbaik sepanjang kmk.peserta yang tiba dari tiga buah negeri yang berbeza, sememangnya menempuh perjalanan yang jauh untuk sampai ke hutan lipur, bukit bakar machang...moga Allah merahmati perjalanan mereka...



tracking
petang pada hari pertama program, saya dah mula tracking.belum sempat sesi ta'ruf bersama adik-adik..mula-mula nak bg peluang kat fasi lain,tapi bila fikirkan balik saya harus pergi untuk melihat track dengan lebih jelas,
memandangkan saya dan adik saya, atiyah yang buat
modul kembara alam iaitu modul untuk tracking.
dengan niat untuk melihat track dengan lebih jelas, saya dan ukhti yang di kasihi, su mengikut shbt dr belakang.mencabar juga track nyer.ada dua,basah dan kering.terjatuh pun ada,alhamdulillah tak ada apa-apa.
mungkin,kurang persediaan,saya dan su hanya pakai sandal biasa sahaja.hanya Allah yang tahu, betapa licinnya batu-batu dalam sungai.tambahan sandal yang saya pakai,separuh botak =)..


sepanjang tracking,rasa terpesona dengan keindahan alam yang tak terusik.subhanallah,hebat ciptaan Allah ni..dengan bunyi air yang mengalir dan ungkas bersahut-sahutan...dalam hati terdetik,adik-adik peserta mesti suka tracking esok ni..insyaAllah...
sepanjang tracking,kami hanya ikut dari belakang.tak kami sangka, esoknya,sebelum kembara alam bermula, semasa sesi taklimat, saya dan su di amanahkan untuk menjadi guide kepada adik2 peserta.ya Allah!jadi guide,boleh ker?mula ragu-ragu dengan diri sendiri..

setelah kumpulan dibahagi,saya telah diamanahkan untuk membawa adik-adik perempuan seramai 29 orang...alhamdulillah,untuk track kering perjalanan smooth jer..tp,bila sampai track yang basah,Allah izin kami sesat 3x...maafkan kak yer adik-adik..rasa bersalah sangat.bukit tak perlu kami daki,kami daki...

alhamdulillah,jarak antara kumpulan tak jauh.Allah selamatkan kami,sebelum pergi jauh...mungkin,sebab utama kami sesat adalah disebabkan track basah kami ikut dari belakang,bukan dari depan macam saya lalui..track basah ditukar last minute,masa taklimat..alhamdulillah,Allah banyak bantu team saya..
adik-adik pun senyap jer,tak merungut.alhhamdulillah..


sepanjang kembara alam,ada 10 check point bersamaan dengan 10 muasofat tarbiyah.alhamdulillah,fasi setiap check point kreatif dalam melaksanakan modul.cukup dengan masa yang diperuntukkan..TAHNIAH fasi!!!




pengisian
alhamdulillah,pengisian kmk kali ini walaupun hanya hanya beberapa slot.tapi sangat bermakna.mana tidaknya adik-adik telah diberi penekanan tentang 10 muasofat tarbiyah, penekanan tentang peranan remaja hari ini dan mauqif sirah yang berbeza antara peserta lelaki dan perempuan...alhamdulillah,daripada komen yang diberi adik-adik berpuas hati dengan pengisian yang telah dijalankan.



ukhuwah

setiap program, ukhuwah lah pengikat hati antara semua yang terlibat.samada antara peserta dengan peserta,fasi dengan fasi, juga antara peserta dan fasi...semoga Allah pelihara ukhuwah yang terbina antara kita...
kepada shbh2 dari terengganu dan phng jzkillah atas bantuan kalian,berkerja bersama shbh2 semua tak terasa penatnya kerana kehangatan ukhuwah sentiasa terasa...
kepada ukhti yang dikasihi,su.kak ingtkan su tak jadi datang..
alhamdulillah,kehadiran su benar-benar memberi kekuatan buat kak aishah.di tambah lagi dengan tracking bersama.alhamdulillah...
Allah telah memanjangkan lagi proses ta'ruf antara kita.moga ukhuwah ini terpelihara dan berpanjangan,insyaAllah.



tarbiyah
dimana-mana sahaja pasti adanya tarbiyah...
kmk 3 kali ini,benar-benar menguji peserta dan juga fasi.dengan kemudahan yang terbatas,nama pun kem kan... kemudahan yang saya maksudkan ialah kemudahan asas seperti tandas, bilik tidur dan kantin.peserta terpaksa berkongsi semaksima mungkin..
mana tidaknya,semua kemudahan ini mencukupi hanya untuk 20-30 peserta.tapi, kerana kesabaran yang tinggi di kalangan peserta,alhamdulillah,Allah izin semuanya berjalan lancar..sama-sama kita jadikan ianya salah satu tarbiyah dari Allah..



kepada adik saya yang dikasihi,atiyah,timb fasi kmk 3...maaf ye kalau terasa terbeban dengan amanah yang diberi...moga atiyah dapat jadikan kmk 3 kali ini satu medan latihan,dalam menjadi seorang da'i..salah satu tujuan ikut tracking pada hari pertama,nak bagi peluang kat atiyah supaya lebih matang dalam melaksanakan program...

insyaAllah,moga Allah bagi kekuatan buat Atiyah dalam menjadi seorang mujahidah...buat saya juga =)
insyaAllah,sekian sahaja coretan saya untuk kmk 3...


kepada semua fasi dan juga adik-adik peserta,doakan moga kita dapat bertemu lagi di kmk 4...


dimana yer?sama-sama kita nantikan..

selingan:

ada satu komen dari adik peserta perempuan,yang benar-benar membuat saya tersentuh.komennya berbunyi...

"Alhamdulillah,saya bersyukur sbb dpt ikut program ni.inilah kali pertama kem yang telah mengingatkan saya bhw tugas saya adlh sngt besar.program ni byk menggunakan praktikal bukan secara teori.harap teruskan cara ini.saya harap dapat mengasingkan lelaki dan perempuan sbb bila hanya ader puteri sahaja kita akan rasa betapa kuatnya ukhuwah itu. seperti yang pernah saya alami di KAS 1..."


KAS 1,walaupun hanya 2 hari.tetapi,benar-benar berkesan buat adik ni.alhamdulillah...

tahniah buat ukhti anis =) yang telah menjayakannya KAS





Tuesday, December 22, 2009

KMK 3 yang luar biasa...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbrt...


Pertamanya dan selama-lamanya,marilah kita merafatkan setinggi kesyukuran kepada Allah swt, kerana dengan izinNya,kita dapat menikmati nikmat-nikmat yang telah Allah sediakan.nikmat-nikmta yang telah membolehkan untuk kita hidup dengan sihat sehingga saat ini...

Alhamdulillah..
insyaAllah dikesempatan masa yang ada saya ingin berkongi bersama dengan teman-teman satu program yang telah saya ikuti baru-bari ini...Kem Minda Kreatif (KMK)...

Alhamdulillah,KMK 3 Zon Timur telah diadakan di Hutan Lipur,Bukit Bakar,Machang...Allah izin,KMK kali ini,begitu diluar jangkaan..peserta yang benar-benar hajat kepada program ini bertambah dari jumlah yang di anggarkan...Alhamdulillah,Allah bagi kekuatan buat fasi dan juga urusetia untuk melancarkan lagi perjalanan program...


terima kasih juga saya ingin ucapkan buat semua yang telah menyumbang tenaga secara langsung atau secara tak langsung sepanjang KMK 3 Zon timur...
untuk menjelaskan lagi suasana program,saya ingin berkongsi bersama
teman-teman gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program..



Pendaftaran peserta lelaki





pendaftaran peserta perempuan





Aktiviti in-door








Aktiviti out-door









Solat







Makan-makan






peserta perempuan KMK 3 Zon Timur




fasi dan urusetia KMK 3 Zon Timur

untuk maklumat lanjut terus ke

Laporan KMK 3 Zon Timur

moga Allah izinkan lagi kita bertemu dan

merancang untuk KMK 4 Zon Timur..

insyaAllah..

Wednesday, December 9, 2009

peringatan buat kita

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,Allah mengizinkan lagi untuk kita bertemu di kolam ini...bagaimana dengan pengisian masa kalian?kepada student-student IPT yang sedang cuti panjang,manfaatkan masa sebaik mungkin yer.gunalah masa ini untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak dengan sebaiknya.tanggungjawab yang tak dapat kita laksanakan semasa kita di kampus..

kepada adik-adik form 5,semalam last paper kan...moga kejayaan buat kalian..teruskan berdoa,jangan tinggalkan solat hajat yer...tawakkal sepenuhnya kepada Allah swt,moga Dia bagi yang terbaik..insyaAllah...rancang juga masa hadapan sebaik mungkin...contohnya,U mana nak sambung blaja nanti,nak ambik kos apa...tidaklah buntu bila result dah keluar nanti..

insyAllah dikesempatan yang singkat ini,saya ingin berkongsi dengan teman tentang satu kejadian yang telah berlaku di KB Mall,Kota Bhari,Kelantan...
kejadian ini masih baru lg,berlaku pada hari isnin yang lepas...

tak tahu kenapa,tapi saya rasa terpanggil untuk berkongsi di kolam ini...

utk pengetahuan semua,KB mall ni adalah salah satu tempat membeli belah di kota bharu,kelantan..rasanya,semua orang kelantan dah pernah masuk KB mall ni...tempat shopping kan...pada awalnya,saya mendapat SMS dr adik,yang mengatakan KB mall runtuh.hanya Allah yang tahu,terkejutnya saya.KB mall runtuh?ada yang mati ke?

apabila melihat berita pd malamnya,barulah saya tahu cerita yang sebenar...
bukan runtuh..tetapi,satu kemalangan telah berlaku...
kemalangan yang saya rasa agak luar biasa...
ada kematian dilaporkan...takziah buat keluarga mangsa...

kejadian ini,benar-benar menunjukkan Allah boleh ambik nyawa kita dalam sekelip mata sahaja..
walau di mana kita berada dan pada bila-bila masa sahaja...

oleh itu teman-teman...
marilah kita muhasabah diri kita,sejauh mana kita ingt kepada Allah..
sejauh mana kita meletakkan Allah dalam hati kita,dalam perbuatan kita,dalam ingatan kita

kerana kita tak tahu, bila ajal kita akan sampai..adakah di waktu itu,kita ingt kepada Allah atau sebaliknya..nauzubillah...
yang pasti...
kita ingin berjumpa dengan Nya,dalam keadaan yang Dia redha..
insyaAllah



utk maklumat lanjut,saya menjemput teman untuk klik link di bawah...insyaAllah,kalian akan dapat lihat lebih jelas lg...
berita 1
berita 2
berita 3



ini antara gamba-gamba saya ambik dr FB
dinding yang di rempuh kereta


kereta jatuh dari syiling bangunan


kereta jatuh menjunam


mangsa yang cuba diselamatkan


apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...

sama-samalah kita jadikan peringatan dan juga pengajaran...

Allah tidak akan menjadikan sesuatu dengan sia-sia...


Tuesday, December 1, 2009

Palestine will be free

dalam kita mengenal erti pengorbanan,sempena hari raya korban...
pada saya,rakyat palestine benar2 mengenal erti pengorbanan dalam menjaga tanah air mereka...
tanah suci baitulmaqdis..
berkorban nyawa, harta benda dengan sepenuhnya untuk negara islam yang tercinta...
mereka cuba sedaya upaya dengan kudrat yang ada untuk melawan zionis yang jauh lebih hebat..
moga Allah menilai setiap pengorbanan yang mereka lakukan untuk menyelamatkan baitulmaqdis...

bagaimana pula dengan kita ye?
apa pengorbanan kita untuk islam tercinta?
tepuk dada tanyalah iman...
insyaAllah harapnya adalah pengorbanan yang telah kita lakukan..
walaupun sedikit cuma..

beberapa hari yang lepas,saya biarkan kalian mendengar nasyeed ini..
inAllah kali ini,saya ingin berkongsi lirik nasyeed ini..
sama-samalah hayati nya...


Maher Zain-Palestine will be free


Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free


No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free


I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?
And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive


I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free


Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free


Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi

Melody: Maher Zain

Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira

© Awakening Records 2009








selingan

apabila kita mendengar sesuatu perkara adalah tak sama bila kita berada

dalam suasana tersebut..itulah yang saya rasa sekarang...


inAllah,saya ingin berkongsi dgn teman-teman..hari raya korban

saya tahun

ini..alhamdulillah,jauh berbeza dengan sebelum ini..moga Allah izinkan..

insyaAllah