Monday, March 9, 2009

tentang dia...

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah berjumpa lagi kita dengan izin Allah swt. apa kaba semua teman2?semoga sihat hendaknya dan sentiasa dipermudahkan segala urusan.
hari ini 9 mac 2009,boleh dikatakan semua negeri di Malaysia bercuti,kerana cuti umum.tp,berapa ramaikah yang menyedari dan menghayati bahawa hari ini adalah bersamaan 12 rabiulawal,merupakan tarikh kelahiran nabi Muhammad saw,kekasih Allah swt.

semoga kita dikalangan golongan yang menyedari tentang hari ini...hari kelahiran nabi junjungan,utusan Allah yang sangat mulia,yang telah mengorbankan jiwa dan harta benda dalam menyampaikan islam kepada kita...selawat dan salam keatas baginda, ahli keluarga dan para sahabat,semoga Allah memberikan ganjaran yang tertinggi buat mereka...kadang2 saya terfikir,jika tiada pengorbanan dari rasulullah saw dan para sahabat,adakah kita dapat menikmati nikmat iman dan taqwa sepertimana kita rasai sekarang???

bagi memperingati hari kelahiran baginda,disini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang dia...tentang kehidupan dan keperibadian baginda yang sangat mulia...

Gurau Rasulullah
Rasulullah pernah bergurau dengan seorang badwi (yang sudah dewasa) bernama zahir bin hiram yang sedang menjual daganganya. dia termasuk lelaki yang buruk rupanya.lalu Rasulullah memeluknya dari arah belakang,dan menutup matanya dengan telapak tangannya, tentu dengan maksud bergurau,sehingga Zahir berteriak."Lepaskan aku..siapa ini?" setelah mengetahui bahawa yang mendakapnya adalah Rasulullah dia merapatkan dadanyanya ke dada Rasul dan beliau masih saja bergurau, "Siapa yang mahu beli budak (seperti kamu ini)?" zahir berkata."Ya Rasulullah kalau begitu aku tidak laku." jawab nabi,"ya. kamu disisi Allah mahal harganya." (HR Ahmad)

Tidur Rasulullah
Suatu ketika datang sejumlah sahabat kepada Rasulullah kemudian mereka duduk. lalu datanglah umar.ketika Rasulullah berganjak dari tempat itu umar dapat melihat ada bekas anyaman tikar kasar pada sisi kanan perut Rasulullah.kemudian umar menangis.Rasulullah bertanya."apa yang membuatmu menangis,wahai umar?" umar menjawab"demi Allah,saya tahu bahawa anda makhluk yang paling mulia,lebih mulia di mata Allah daripada kisra dan kaisar. mereka berdua bermain-main dengan dunia dan hidup dalam kemewahan,sedangkan anda wahai Rasulullah,tidur di tempat seperti ini?" Rasul menjawab, "bukankah engkau rela mereka memperoleh dunia sedangkan kita memperoleh akhirat?" "ya."jawab umar. "itulah yang sebenarnya (sedang) terjadi." kata Rasulullah (HR Imam Ahmad)

mungkin kita pernah terbaca tentang dua tingkah laku Rasulullah ini...terdapat banyak lagi contoh2 yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah untuk kita contohi.dari sudut ibadah, keberanian,kesabaran, kasih sayang dan banyak lagi.hanya tinggal penghayatan dari kita selaku umatnya.dalam meletakkan baginda sebagai qudwah hasanah (contoh terbaik) sebagai ikutan.

Allah telah menjadikan cinta kepada Rasulullah sebagai salah satu kunci untuk mencapai "manisnya iman".
seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah, yang bermaksud
"tiga hal yang apabila seseorang berada di dalamnya,pasti akan merasa manisnya iman. pertama, apabila orang itu mencintai Allah dan Rasulnya melebihi cintanya kepada yang lain." (Muttafaq Alaih)

Rasulullah juga bersabda:
"Demi jiwaku dalam genggaman-Nya,tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sampai aku lebih dicintai olehnya melebihi bapa dan anaknya."

betapa tingginya nilai cinta kepada Rasulullah saw.tp,bagaimana melahirkan rasa cinta kepada baginda?mungkin itulah persoalan yang bermain difikiran sesetengah masyarakat. dalam menghayati rasa cinta kepada Rasulullah,sama-samalah kita meneliti sirah-sirah nabi yang semerbak wangi sepanjang masa,dari sini kita akan belajar untuk mengikut jejak beliau seterusnya menanam rasa cinta kepada baginda.

ikutilah sunnah2 yang telah ditinggalakan oleh Rasulullah dengann sebaik2nya,bukan dengan memilih-milih.kerana apa yang menyedihkan,realiti hari ini. masyarakat hanya mengikut sunnah Rasulullah pada sesetengah perkara sahaja yang mana dianggap perlu sahaja akan diikuti...tidakkah apa yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah sangat relevan sepanjang zaman?kenapa ada pemilihan dalam melaksanakannya...mungkin,kita masih belum dapat mencintai Rasulullah dengan sepenuh hati...

marilah kita sama2 perbaiki diri,tanamkan rasa cinta kepada Rasulullah,insan yang paling mulia disisi Allah.
semoga suatu hari nanti kita layak untuk bertemu dengannya...
insyaAllah...

sekian sahaja buat kali ini,terima kasih buat mereka yg sudi berkunjung...

No comments: