Saturday, March 14, 2009

stress



Bismilahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt.....

Apa khabar teman-teman semua...semoga sihat hendaknya..
bagaimana dengan persiapan exam?yang hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi,pada kiraan saya,mesti ada antara kita yang mula merasa stress,atau lebih tepat lagi ramai yang rasa serabut =)...mana taknya,assignment banyak yang kene submit bila hujung sem ni..lecturer pun sibuk nak buat test..erm...semua orang pasti merasakannya.terpulang pada kita dalam menanganinya.

sebenarnya...

stress ni ada dua jenis.mengikut apa yang saya pelajari dalam subject kaunseling iaitu eustress dan distress.
eustress ni stress yang membawa kepada peningkatan, bagus untuk kita kerana boleh meningkatkan motivasi dalam diri.contohnya apabila kita melihat pencapaian kita pada semester lepas tidak berapa baik dan kita cuba untuk pertingkatkan lagi pada semester ini.contoh lain,apabila assingment menimbun,kita cuba untuk siapkan secepat dan sebaik mungkin.bila stress macam ni,kerja pun cepat siap...manfaat untuk diri sendiri =)

manakala distress boleh membawa kemurungan.kita ambil dari contoh yang sama,pencapaian semester lepas yang tidak berapa baik menyebabkan kita malas untuk berusaha.membiarkan masa berlalu begitu sahaja,tanpa adanya usaha-usaha untuk meningkatkan pencapaian yang lebih baik untuk semester ini.bila ada assingment yang menunggu untuk disiapkan,kita sengaja melengah-lengahkan masa...mungkin kita pernah berhadapan dengan situasi seperti ini..

pokok pangkalnya,

semuanya bermula dari kita sendiri...bagaimana menghadapi ujian2 dari Allah swt...
ujian2 ini sememangnya sesuai untuk kita,Allah tak pernah membebankan kita dengan ujian2 yang tidak dapat dapat kita pikul...ketahuilah Allah maha Adil...

ambil contoh dari diri sendiri,kehidupan sebagai pelajar untuk semester kali ini,sememangnya menuntut satu kekuatan fizikal juga rohani..
alhamdulillah,saya hampir menuju ke garis penamat untuk semester ini...pada awalnya terdetik,mampukah aku melalui semester ini,banyak pengorbanan perlu dilakukan..perngorbanan dari sudut masa yang paling utama..

Alhamdulillah,Allah bagi kekuatan buat diri yang sentiasa lemah ini..banyak perkara baru yang saya pelajari semester ini.pastinya pengurusan masa...pengurusan masa adalah sangat penting,tak kiralah pelajar,pekerja,mahupun surirumah...itulah masa...sentiasa bergerak,berdetik dari saat kesaat..dari minit ke minit...teringat kata seorang pensyarah,masa adalah makhluk Allah yang taat..sentiasa bergerak..manusia tak mampu mengejarnya,tapi mampu untuk menggunakannya sebaik yang mungkin...

akhirul kalam,marilah kita menguruskan stress atau tekanan sebaik mungkin.jangan persalahkan diri dengan apa yang berlaku...tapi,berfikirlah secara postitif,bukankah itu salah satu sifat seorang muslim =) beranggapan baik dengan apa yang berlaku,jauhkan sifat prasangka..paling utama,bersangka baiklah dengan apa yang Allah susun kerana pasti ada hikmah yang tersembunyi..tiada siapa yang tahu,kerana Dialah yang maha mengetahui...


marilah kita sama2 berdoa,sepertimana dalam al-mathurat:

"Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah,

dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil,

dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang."




1 comment:

Kurniaan Ilahi said...

salam..ya..student life..mesti ada stress..so rancanglah hari kita.. muhasabah diri juga bole reduce stress,,. artikel ini sungguh baik.. if malas nak buka buku counseling bole baca kat sini