Bismilahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum wbt…
Alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah yang mengizinkan kita menikmati segala nikmat di dunia ini.semuanya tanpa batasan,tanpa perlu bayaran…sedarkah kita semua nikmat-nikmat ini?marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt, semoga nikmat-nikmat yang kita perolehi dariNya hari ini akan berterusan dan berkekalan, walaupun Dia tahu kadang-kadang kita lalai dengan nikmat-nikmat ini…
Betapa lekanya kita dengan nikmat-nikmat ini…
Pagi tadi,
Sementara menunggu kelas seterusnya,saya sempat berbual dengan seorang kawan. Meneruskan lagi proses ta’ruf antara kami,pastinya proses yang tiada henti antara mereka yang menjalankan ukhuwah…banyak perkara yang kami bincangkan. Alhamdulillah, Allah member kesempatan kepada saya untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi…
Perkongsian,
Banyak kami perbualkan, bermula dengan tekanan dalam study. Maklumlah, sekarang dah menuju kepada study week, well preparation untuk final exam is needed..risau bila fikirkan exam,
bersediakan aku?...
due date untuk submit assignment juga bakal menjelang tiba...
banyak lagi yang tak siap..insyaAllah bakal siap =)
kakak…
seperti saya,dia juga seorang kakak…lumrah kehidupan bagi mereka yang mempunyai adik beradik…
seorang kakak yang sentiasa mengambil berat tentang adik-adik…apa yang berlaku terhadap adiknya tak perlulah saya ceritakan…
sejak akhir-akhir ini,saya terfikir tentang “adik-adik” dan juga adik-adik…ada dua maksud tuuu =)…
sudahkah saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang kakak yang sepatutnya adik-adik saya terima?rasanya, banyak yang saya tersalah pandang…hendak menjaga “adik-adik”..tp, adik-adik tidak menerima yang sepatutnya…
Banyak yang ingin dikejar dalam kehidupan ini,kadang-kadang kita lupa tanggungjawab kita…
Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita..sedahkah kita menjalankan tanggungjawab-tanggungjawab kita sebaiknya…
terima kasih kerana sudi membaca =)