Friday, May 22, 2020

pkp, pkpb dan ramadhan

esok hari terakhir dalam ramadhan..

semestinya kita perlu rasa bertuah sebab ramadhan kali ini kita lebih banyak masa berada di rumah berbanding sebelum ni.
penat kerja pun tak terasa mana..

mungkin yang berada di kampung dapatlah berpuasa sebulan dengan mak dan ayah..dapat pula beraya bersama..
alhamdulillah semua tu rezeki Allah nak bagi..

bagi saya dan keluarga..Allah tetapkan beraya di bandar metropolitan ni..
alhamdulillah bersyukur seadanya..

esok hari terakhir?
tipulah kalau rasa tak sedih..tetamu yang datang dengan seribu kebaikan dah nak balik..

hadirnya dia..banyak amal ibadah kita cuba perbaiki..
hadirnya dia..banyak amal sunnat kita cuba buat..
hadirnya dia..kt lebih menepati masa..
alhamdulillah..semoga iman dan taqwa kita juga meningkat..
dan jadilah kita yang baru setelah berada dalam bulan tarbiah selama sebulan.

ayuhlah kawan2 kita istiqomah dengan amal kita sepanjang ramadhan tahun ni..
semoga kita akan berjumpa lagi dengan ramdhan tahun depan..


No comments: