Alhamdulillah...segala puji hanya bagi Allah...
cuti sekolah berbaki berapa hari sahaja lagi...semoga diri ini sedar, perlunya teruskan perjuangan sebagai seorang pendidik di bumi limbang..insyaAllah itulah yg terbaik Allah susun...
kita merancang, Allah juga merancang..
semoga Allah sentiasa mendidik kita untuk sentiasa redha dengan apa yang telah di susunkan untuk kita...
apa yang Allah susun,itulah yang terbaik utk kita..insyaAllah...kerana Dia Maha mengetahui keperluan diri kita..Allah beri apa yg kita perlukan, bukan apa yang kita inginkan..setuju x?
semuanya Allah dah tentukan...
bertepatanlah dengan hadis ini...
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): “Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya,amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.”
-muttafaqun’alaih-
sumber: antara takdir dan tarbiah
semoga kita sentiasa mengharapkan keredhaan dariNya dalam setiap apa yang kita lakukan..
redhalah dengan apa yang berlaku, kerana redhaNya yang kita mahu =)..
No comments:
Post a Comment