Anak-anak Gaza….
Laparnya tak terkata,
Makanan pengalas perut tiada,
Laparnya tak terkata,
Makanan pengalas perut tiada,
Anak-anak kecil mundar-mandir
Tanpa sepatu, mengalas kaki
Mencari, mengutip sisa makanan
Untuk dimakan !
Anak-anak Gaza….
Tidak mengerti erti penindasan,
Kekejaman, kezaliman
Kerana lumrah, biasa,
Dilalui setiap hari,
Hidup ataupun mati,
Tak menakutkan lagi !
Anak-anak Gaza….
Tanpa ibu, ayah di sisi
Negaranya Palestin dijajahi,
Pelajaran tak ketentuan,
Tentunya buta huruf,
Masih tak lupa akanMu, Ya Rabbi
Belajar solat, mengaji !
Anak-anak Gaza….
Apakah erti sebuah kemewahan,
Tak pernah menikmati,
Tak pernah dimimpikan,
Tinggal di khemah pelarian,
Tinggal di bangunan runtuhan,
Daif tak terperi, siapa ambil peduli !
Anak-anak Gaza….
Di bulan Ramadhan,
Tabah hati menempuh dugaan,
Tak siapa kisah, ambil peduli
Makanan dan minuman,
Pakaian dan penginapan,
Adakah atau hanya suatu mimpi !
Anak-anak Gaza….
Inilah gara-gara sejarah,
Peperangan yang berlanjutan,
Kebencian sepanjang zaman,
Zionis, dendammu tiada noktah
Punah, ranah, Muslimin dan Muslimah
Tekad di hati, sampai mati !
Dicipta oleh:
Sjamsuri Hj.Abd.Razak
Tanpa sepatu, mengalas kaki
Mencari, mengutip sisa makanan
Untuk dimakan !
Anak-anak Gaza….
Tidak mengerti erti penindasan,
Kekejaman, kezaliman
Kerana lumrah, biasa,
Dilalui setiap hari,
Hidup ataupun mati,
Tak menakutkan lagi !
Anak-anak Gaza….
Tanpa ibu, ayah di sisi
Negaranya Palestin dijajahi,
Pelajaran tak ketentuan,
Tentunya buta huruf,
Masih tak lupa akanMu, Ya Rabbi
Belajar solat, mengaji !
Anak-anak Gaza….
Apakah erti sebuah kemewahan,
Tak pernah menikmati,
Tak pernah dimimpikan,
Tinggal di khemah pelarian,
Tinggal di bangunan runtuhan,
Daif tak terperi, siapa ambil peduli !
Anak-anak Gaza….
Di bulan Ramadhan,
Tabah hati menempuh dugaan,
Tak siapa kisah, ambil peduli
Makanan dan minuman,
Pakaian dan penginapan,
Adakah atau hanya suatu mimpi !
Anak-anak Gaza….
Inilah gara-gara sejarah,
Peperangan yang berlanjutan,
Kebencian sepanjang zaman,
Zionis, dendammu tiada noktah
Punah, ranah, Muslimin dan Muslimah
Tekad di hati, sampai mati !
Dicipta oleh:
Sjamsuri Hj.Abd.Razak
*** sayu hati melihat mata anak-anak gaza, yang suci lagi bersih..
semoga Allah kuatkan hati-hati mereka menghadapi masa depan yang pastinya menjadi kemenangan bagi pihak Islam..
insyaAllah!!!
No comments:
Post a Comment