Saturday, November 24, 2012

Peristiwa Aneh Yang Berlaku ketika Peperangan di Gaza



Peristiwa Aneh Yang Berlaku ketika Peperangan di Gaza
Dicatat oleh Cik Tie@Akak

subhanallah..Al lah Akhbar......

Keajaiban di peperangan Gaza.
Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi
ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

~Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa,
ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut danmemusnahkan ia.

Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran.

Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera
laknatullah itu??? Allahu Akhbar!


~Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel
yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza
kesemuanya berpakaian putih sedangkan uniform pejuang
Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

~Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-
tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.


~Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza
mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri!
Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

~Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara
tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !


~Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di
manakah kita?


Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan
oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.


kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.

Allahu Akbar!!!

#ALLAH BERSAMA KITA... DOA JGN PERNAH BERHENTII...

pelik dan aneh, tapi itulah pertolongan dari Allah untuk umat islam di Palestine..subhanallah



Anak-anak Gaza...


Anak-anak Gaza….
Laparnya tak terkata,
Makanan pengalas perut tiada,
Anak-anak kecil mundar-mandir
Tanpa sepatu, mengalas kaki
Mencari, mengutip sisa makanan
Untuk dimakan !

Anak-anak Gaza….
Tidak mengerti erti penindasan,
Kekejaman, kezaliman
Kerana lumrah, biasa,
Dilalui setiap hari,
Hidup ataupun mati,
Tak menakutkan lagi !

Anak-anak Gaza….
Tanpa ibu, ayah di sisi
Negaranya Palestin dijajahi,
Pelajaran tak ketentuan,
Tentunya buta huruf,
Masih tak lupa akanMu, Ya Rabbi
Belajar solat, mengaji !

Anak-anak Gaza….
Apakah erti sebuah kemewahan,
Tak pernah menikmati,
Tak pernah dimimpikan,
Tinggal di khemah pelarian,
Tinggal di bangunan runtuhan,
Daif tak terperi, siapa ambil peduli !

Anak-anak Gaza….
Di bulan Ramadhan,
Tabah hati menempuh dugaan,
Tak siapa kisah, ambil peduli
Makanan dan minuman,
Pakaian dan penginapan,
Adakah atau hanya suatu mimpi !

Anak-anak Gaza….
Inilah gara-gara sejarah,
Peperangan yang berlanjutan,
Kebencian sepanjang zaman,
Zionis, dendammu tiada noktah
Punah, ranah, Muslimin dan Muslimah
Tekad di hati, sampai mati !


Dicipta oleh:
Sjamsuri Hj.Abd.Razak


*** sayu hati melihat mata anak-anak gaza, yang suci lagi bersih..
semoga Allah kuatkan hati-hati mereka menghadapi masa depan yang pastinya menjadi kemenangan bagi pihak Islam..
insyaAllah!!!

Wednesday, November 21, 2012

syarat nak minta rayu pindah sekolah

bismilahirrahmanirrahim..
nak share with others teacher n my friend...
who those in process og 'rayuan' pindah....

moga Allah permudahkan urusan kita..memberi rezekiNya dari pintu-pintu rezekinya yang terbuka..inyaAllah,,

dipetik dari blog: mokngoh

Makngoh yakin ramai juga guru yang buat rayuan untuk semakan semula permohonan pertukaran mereka bagi sesi Januari 2012. Sebabnya, makngoh tengok analitik blog, ramai yang mencari alamat dan nombor telefon Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

Makngoh juga di antara guru yang memohon rayuan disebabkan permohonan makngoh TIDAK DILULUSKAN. Sekarang ini makngoh menanti-nanti keputusan rayuan memandangkan ada guru yang memaklumkan bahawasanya keputusan rayuan keluar esok 20hb Dec melalui Eg-tukar online. Namun, yang makngoh perhatikan tidak sebarang pengumuman dari pihak BPSH mengenai perkara tersebut tidak seperti tahun lepas, pihak KPM telah memaklumkan bahawa keputusan rayuan boleh disemak melalui egtukar.


Ramai juga dikalangan guru yang berani menelefon BPSH dan mendapat maklumat bahawa guru yang membuat rayuan perlu menunggu surat kelulusan yang dihantar ke sekolah masing-masing. Kalau tak dapat surat, maknanya GAGAL.

Di bawah ni, makngoh copy paste dari blog BPSH tanpa sebarang edit.

Faktor-Faktor Penentuan Kelulusan

1 .Keperluan opsyen
2 .Kes kesihatan kronik
3 .Kes ikut suami/isteri
4 .Tempoh berkhidmat di sesebuah negeri

Isu / Kekangan Rayuan Pertukaran

1.Kelulusan pertukaran keluar dari negeri yang mengalami kekurangan guru yang kritikal seperti Sabah, Sarawak dan Johor perlu dikawal supaya kekurangan tidak menjadi terlalu besar pada awal tahun 2012.

2.Pertukaran dari negeri yang tepu seperti Kelantan dan Terengganu bagi guru opsyen Bahasa Inggeris tidak diluluskan kerana keperluan kritikal opsyen tersebut di kedua-dua negeri berkenaan.

3. Bagi kes pertukaran bersama (suami-isteri guru bersama-sama mohon bertukar) tidak dipertimbangkan kerana memerlukan pengisian dua orang ke sesebuah negeri.

4.Pertukaran bagi opsyen yang berlebihan seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik dipertimbangkan berasaskan lama berkhidmat di sesebuah negeri (sekurang-kurangnya 3 tahun). Kawalan pertukaran adalah perlu disebabkan semua negeri mengalami lebihan opsyen berkenaan.

5.Pertukaran ke PPD yang penuh tidak dapat dipertimbangkan. Contohnya PPD Seremban, PPD Kota Setar, PPD Hulu Langat, PPD Kuantan dan PPD Kinta.

6. Pertimbangan rayuan memberi keutamaan kepada kes-kes mengikut pasangan manakala guru yang masih bujang tidak dipertimbangkan.

7. Rayuan tidak dipertimbangkan bagi kes-kes negeri bersempadan atau PPD yang bersempadan seperti WP Kuala Lumpur dan PPD Hulu Langat, Gombak; PPD Seberang Perai dan Kulim/Bandar Baru
.


selalu ingtkan hati..tanam dalam minda...
Allah beri rezeki mengikut keperluan kita bukan mengikut kehendak kita..Allah maha mengetahui semuanya....
Hasbunallah wani'mal wakil, Ni'mal maula wani'mal nasir


Thursday, November 1, 2012

minggu depan SPM


Bismilahirrahmanirrahim...

insyaAllah seperti mana dijadualkan, calon-calon SPM akan memulakan pejuangan habis-habisan menggunakan kertas,pen dan yang paling utama berbekalkan usaha selama ini berjuang untuk mendapat keputusan yang terbaik awal tahun depan..insyaAllah...


alhamdulillah, 
petang td dapat buat kelas bersama 5B dan 5C...daripada perbincangan dan soalan yang diajukan oleh student, dapatlah dibuat kesimpulan..insyaAllah mereka sudah dalam fasa bersedia..mudah2an Allah permudahakan masa  exam nanti...paper math 8hb,hari khamis..

insyaAllah ptg esok dan hari sabtu...
akan diadakan last recall buat pelajar2 yang dikasihi...
moga Allah nilai semua usaha kita...
dengan memberi kejayaan yang terbaik...
insyaAllah...

di dalam persiapan SPM, boleh dikatakan ramai cikgu yang sedang menghitung hari untuk melihat keputusan tukar 3hb ni..termasuk lah saya...debar juga..semuanya kene sandarkan pada Allah..sebaik2 sandaran..

moga susunan Allah, mengikut apa yg hajatkan...semoga semua dapat menerima keputusan nanti dengan berlapang dada...kepada yang sedang menunggu keputusan pertukaran sesi 2013,sama2 kita doakan yang terbaik...insyaAllah.