Monday, March 19, 2012

Thabat dalam perjuangan

Thabat Dalam Perjuangan, sumber halaqah muntijah



Ibarat laut tidak bertepi, begitulah fitrah perjuangan tidak pernah akan selesai dalam berdepan dengan pelbagai cubaan, ujian dan kematangan, khususnya buat para duah dan harakah Islam. Para duah akan berhadapan dengan cabaran dan ujian dari dalaman dan luaran persekitaran mereka. Cabaran dalaman, mereka akan bertempur dengan gejolak hawa nafsu, kematangan pemikiran serta gundah gulana jiwa dan perasaan sendiri.  Cabaran dari luar pula, para da’i akan menghadapi musuh dan sengketa dari pelbagai pihak, khususnya dari golongan yang tidak mahu melihat Islam bertapak dan berkembang menjadi risalah kehidupan dan mentadbir alam ini.
Namun janganlah para duah merasa lemah dengan segala macam ujian dan mehnah yang melanda. Sesungguhnya ujian dan mehnah yang melanda dalam kehidupan para da’i adalah merupakan petanda dan signal kecintaan Allah terhadap mereka. Rasulullah saw. berpesan”
“Sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum maka ia akan mengujinya.”
Selain itu, Allah swt. tidak akan meninggalkan para duah yang ikhlas keseorangan dalam menghadapi ujian, cubaan dan mehnah. Allah swt. menjadikan al-Quran yang mampu mengubati jiwa-jiwa ini secara halus dan mendalam.  Terapi Rabbani ini dahulu telah dipraktikkan oleh generasi yang berpegang teguh pada agama ini sehingga mereka berhasil menyandang kemuliaan di sisi Allah swt.  Terapi tersebut terdapat dalam surah al-Anfaal, ayat 45-46.
Firman Allah swt:
“Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu bertemu Dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar.” (al-Anfaal:45-46)
1.Thabat
Salah satu sikap yang harus dimiliki oleh seorang muharrik adalah thabat, iaitu ia harus selalu berusaha untuk tetap konsisten dalam kebenaran , teguh memikul beban dakwah yang sentiasa berhadapan dengan kesempitan dan kesulitan dalam perjuangannya. Dia tetap tegak berdiri di atas jalan dakwah dan sentiasa memelihara proses tarbiah dirinya berjalan samada dalam keadaan suka, duka, senang, perit, lapang, sibuk, muda dan tua. Samada bersama pengikut yang ramai atau saat tiada pengikut seorangpun, perjuangannya tetap berjalan membela agama Allah swt.
Sebagaimana yang diungkapkan dalam ayat di atas, sikap thabat akan menjadi kunci penentu keberhasilan yang seterusnya. Di antara bukti peristiwa dalam hal ini adalah hancurnya dinding thabat beberapa orang dalam pasukan Islam ketika melihat ghanimah pada peperangan Uhud.
Sayyid Qutb menjelaskan:
Sikap thabat adalah awal perjalanan menuju kemenangan. Sikap thabat yang akan menentukan sang pemenang antara dua kelompok. Orang-orang mukmin barangkali tidak mengetahui bahawa musuh-musuh mereka menderita penderitaan yang lebih besar dan bahawa musuh-musuh Islam turut mengalami rasa sakit yang sama seperti yang dirasai oleh kaum muslimin. Namun perbezaannya bahawa mereka musuh-musuh Islam itu tidak dapat memohon kepada Allah swt. seperti permohonan kaum mukminin. Mereka tidak akan dapat apa-apa bantuan dari Allah swt. yang akan memantapkan langkah dan hati mereka. Sesungguhnya jika kaum mukinin tetap thabat, nescaya musuh-musuh mereka akan segera hancur dn dikalahkan. Siapakah yang dapat menggoyahkan pendirian kaum mukminin sedangkan mereka thiqah (yakin) dengan salah satu dari dua kebaikan, hidup mulia dengan kemenangan atau syahid di jalan Allah swt. sementara musuh mereka tidak mengingini selain dunia dan bagi mereka tidak ada kehidupan lagi setelah mati. (Fi Dzilal al-Quran, Sayyid Qutb)
Generasi Yang  Thabat
Pembinaan sikap thabat bagi setiap para duah di atas jalan dakwah, pasti akan mengundang kentungan yang tinggi buat diri mereka sendiri di sisi Allah swt. Ayuh kita membelek kisah ringkas generasi awal dakwah yang thabat saat menyonsong dakwah ini;
Jika orang-orang musyrik Quraisy tidak merampas harta Shuhaib Ar Rumi ra saat beliau mahu berhijrah bersama Rasulullah saw. ke Madinah, apakah ia akan meraih tingkatan “Sungguh perniagaan Abu Yahya (Shuhaib Ar-Rumi) itu beruntung.” (Diriwayatkan Al Hakim)
Jika orang-orang Quraish tidak menyiksa keluarga Yasir ra. Apakah keluarga Yasir mendapat kehormatan, “Sabarlah keluarga Yasir, sesungguhnya tempat kalian kelak di syurga.” (Diriwayatkan Al Hakim, Ath-Thabrani dab Abu Nu’aim)
Sikap Bilal ra. thabat saat disiksa Umaiyah bin Khalf dan para algojonya, beliau meraih tingkatan “Bilal tokoh kami” (Diriwayatkan Al-Bukhari)
“Arasy Ar-Rahman bergetar kerana kematian Sa’ad Bin Muadz.” (Diriwayatkan Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, Ibn Majah dan Ahmad), itulah dia pejuang Islam yang thabat, Sa’ad bin Muadz, beliau berkorban dan terkorban di jalan Allah.
Ketika mendengar Rasulullah saw bersabda di perang Badar bahawa Allah swt. memasukkan orang yang syahid di jalan-Nya ke syurga, Umair bin Al-Hammam berdiri seraya bertanya, “Wahai Rasulullah, syurga yang luasnya seluas langit dan bumi? Rasulullah saw bersabda, “Betul.” Umair bin Al-Hammam berkata, “Hebat! Hebat!.” Rasulullah saw bersabda, “Mengapa engkau berkata hebat! Hebat?” Umair bin Al-Hammam berkata, “Wahai Rasulullah, aku berkata seperti itu dengan harapan boleh menjadi penghuni syurga.” Rasulullah saw bersabda, “Engkau penghuni syurga.” Setelah itu Umair bin Al-Hammam mengeluarkan beberapa kurma dari bekalannya, memakannya, lalu berkata, “Jika aku hidup untuk makan kurma-kurma ini, maka itu terlalu lama.” Lalu ia buang kurmanya dan bertepur, hingga terbunuh. (Diriwayatkan Muslim dan Malik)
Para duah harus faham sejelasnya bahawa kemenangan Islam amat memerlukan generasi yang thabat dalam perjuangan, bukan dengan orang-orang yang bermalasan dan orang yang terbiasa dengan hidup mewah dan keseronokan. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Dr. Najih Ibrahim, Islam tidak mungkin tertegak dan menjadi kuat dengan orang-orang seperti itu. Islam menjadi kuat dan kukuh dengan orang-orang yang berjiwa besar, yangh sentiasa thabat dalam memikul amanah walau apapun fasa dan marhalah harakahnya sedang dilalui. Tidak pernah lelah dan menyerah kepada keadaan semasa atau memberi alasan ke”tua”anya untuk memperlahankan langkah dakwahnya.
Teladani kisah thabat anas bin An-Nadhr, begitu tinggi nilai thabatnya dalam perjuangan. Beliau berkata, “Jika Allah mengizinkanku memerangi orang musyrik, Dia akan melihat apa yang kerjakan.” Sahih! Anas bin An-Nadhr miliki kesempatan hadir di dimedan jihad dalam perang Uhud. Di perang itu, beliau bertempur habis-habisan, hingga ditemui 80 luka di badannya saat dia syahid. Bahkan, tubuhnya dirobek-robek dan hanya dikenali oleh saudara perempuannya dengan melihat jari jemarinya (Diriwayatkan Al Bukahri, Muslim, At-Tirmidzi, An Nasai dan Ahmad)
Bagaimana thabatnya Abu Bakar ra. pada hari penumpasan kelompok murtad saat menerajui khilafah Islam dari tangan Rasulullah saw. Saat itu beliau walaupun telah berusia dan mudah menangis, beliau berkata dengan penuh tekad dan thabat;
“Demi Allah, aku pasti memerangi orang-orang yang memisahkan solat dengan zakat, kerana zakat itu hak harta. Demi allah, andai mereka menolak bayar zakat unta dan kambing yang dulu mereka bayarkan kepada Rasulullah saw. aku pasti memerangi mereka, kerana ereka menolak membayar zakat tersebut.” (Diriwayatkan al-Bukhari dan Ahmad)
Kita teladani thabatnya Mus’ab bin Umair ra., membuatnya membuang masa reaja dan kehidupan serba mewahnya lalu beralih menjalani kehidupan sukar, miskin dan penuh derita. Tekad dan thabatnya beliau menjadi unsur penting keislaman sebahagian besar penduduk Madinah. Saat beliau di medan perang, beliau berjuang hingga akhir hayatnya. Ketika beliau memegang panji perang saat bertempur, tangan kanannya terpotong, lalu beliau memegang panji perang itu dengan tangan kirinya. Tangan kirinya juga terpotong, lalu beliau memegang panji perang itu dengan kedua lengannya. Dalam situasi tersebut, Mus’ab bin Umair diserang oleh ibnu Qumi’ah (semoga Allah melaknatnya) dengan pedang hingga gugur sebagai syahid. Itulah Mus’ab, yang dulunya pernah merasa hidup mewah, saat mengkafannya, hanya ada sehelai kain kafan sahaja. Saat kaum muslimin menutup kepalanya, keduakakinya terlihat. Dan jika mereka menutup kedua kakinya, kepalanya terlihat.
Justeru, penting bagi setiap duah di jalan dakwah membina sikap thabat dalam agamanya, Rasulullah saw. berdoa:
“Ya Allah, aku minta agar thabat dalam semua urusan dan tekad kuat berada di atas petunjuk.”
Semoga terapi Al Quran dan kemuliaan perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat menyedarkan kita akan kepentingan thabat, sehingga terbina satu prinsip kukuh di jiwa kita sebagaimana dikatakan oleh Imam Syafi’i:
“Istirehatnya seseorang lelaki (aktivis) itu adalah satu bentuk kelalaian”
reminder untuk kita semua..
semoga terus thabat dalam perjuangan ini...
walau dimana kita berada..

No comments: