Saturday, February 26, 2011

ukhuwah fillah..

bismilahirrahmanirrahim...
assalamualaikum wbt...


alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah.tuhan sekalian alam..yang maha pengasih,lagi maha mengasihani..yang sentiasa memerhati kita hamba-hambanya setiap detik,setiap ketika...


mohon maaf dari saya,kebelakangan ini benar-benar kekeringan untuk berkongsi di kolam ini.makin berlumut jadinya..teman-teman dan rakan-rakan,bantulah saya cuci lumut di kolam ini.berilah sedikit peringatan buat hamba Allah ini.yang benar-benar inginkan hati ini di isi dengan kata-kata yang berpesan-pesan kepada kesabaran,berpesan-pesan kepada kebenaran...


peringatan yang meningkatkan iman.Allah ada berfirman,berilah peringatan,sesungguhnya ianya bermanfaat bagimu...subhanallah,peringatan itu bermanfaat rupa-rupanya..tp,sayang sesetgh orang mengangapnya satu teguran yang melemahkan diri..




bila dikejauhan begini,terasa nikmatnya ukhuwah fillah.rasa rindu yang amat sangat kepada shbh2 yang dikasihi...kaifa halukum?moga Allah permudahkan urusan antum disana..doakan ana di sini...istimewanya  ukhwah fillah,apabila bertemu sentiasa berpesan dan menasihati kepada kebaikan.tp sejak akhir-akhir ini,jarang jumpa shbh di ym atau fb...mcm mana nk lepas rindu ni? =)..


buat shbh,rakan2 dan teman yang dikasihi,saya tujukan kata-kata ini untuk kalian...
"sesungguhnya seorng muslim itu,apabila dia berjalan jalan da'wah,
dia tdk berjalan dngan hatinya sahaja.bahkan dbawa bersama hati saudaranya.
 justeru, setiap pahala yang di dapati sepanjang perjalananya
 pasti akn terbias buat saudara seperjuangannya"-sheikh mustafa masyur


shbh yang dikasihi bawalah hati ana bersama antum...




selingan:
saya cuba mencari sesuatu untuk dikongsikan dikolam ini,
tapi hati terdetik, hati sendiri sudah lama sudah tidak di isi..astagfirullah..ya Allah kuatkan hambamu yang lemah ini..doakan saya di sini..

Tuesday, February 15, 2011

kasihnya rasulullah kepada kita...

.


sempena maulidur rasul yang akan disambut esok hari,saya ingin kongsikan satu video...
video berkait rapat dengan insan yang disayangi setiap umat islam, Rasulullah saw..

terus terang saya katakan setiap kali melihat video yang mengisahkan pengorbanan serta kasih sayang rasulullah saw kpd umat2nya,hati rasa benar-benar tersentuh, air mata turut mengalir merasakan diri ini terlalu kerdil nak berjumpa dengannya satu hari nanti..

selagi kita masih hidup di dunia ini,sama-samalah ita tingkatkan amal kita,perbanyakkan melakukan sunnah rasulullah,agar kita sama-sama dapat berjumpa dengan nya di syurga...mampu kah kita?insyaAllah, sama-sama kita cuba sedaya yang mampu, akhirat nanti akan menentukan hasilnya...

"Barangsiapa mengikuti sunnahku, 
maka dia mencintaiku,
 barangsiapa mencintaiku,
 maka dia akan bersamaku di syurga."
(Hadith)






selingan
insyaAllah pg esok ingin sertai perarakan maulidur 
rasul peringkat bandar limbang..

Sunday, February 13, 2011

musafir ke sarawak

Assalamualaikum wbt..
bismilahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam.Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani..Bertuahnya kita menjadi hamba yang Allah pilih untuk merasai ni'mat iman dan juga ni'mat islam.tiada lagi ni'mat yang boleh menandingi dua ni'mat besar ni.sama-samalah kita pelihara ni'mat ini, supaya tidak tergolong dalam golongan yang Allah murkai di akhirat nanti.pengakhiran yang abadi.


alhamdulillah,Allah banyak permudahkan urusan posting saya ke sarawak.baiknya Allah kepada hamba yang hina ini.terasa kerdilnya diri dengan pertolongan yang Allah beri. bermula dengan pendaftaran di hotel goldcourse,klang sehinggalah pg tadi tiba di rumah sewa bersama-sama cikgu bujang =)...alhamdulillah,Allah permudahkan semuanya..semoga hari-hari yang akan mendatang,bantuan Allah sentiasa bersama kita semua,insyaAllah...


insyaAllah,post kali ini saya ingin kongsikan beberapa gambar sepanjang musafir saya dari klang ke tanah limbang sarawak.insyaAllah,kalian blh dapat gambaran yg jelas lg.ada pepatah english berbunyi " A picture have a thousand word."


7 februari 2011


 sampai di klang,selepas daftar terus dengar taklimat. tp ramai yang xdpt nak bg tumpuan, 
sebabnya rata2 datang dari timur,
terpaksa meredah jem selama 12 jam nak sampai klang.termasuklah saya.
tak tahan mengatuk..

 taklimat sampai tgh sahaja..

8 februari 2011
 pagi-pagi lagi bergerak ke KLIA, saya group 4 alhamdulillah. group yang pertama sebelum subuh dah bertolak dari klang,subuh kat mana yer?sampai KLIA dah 7:30pg..
insyaAllah,kat mana lg kalau bukan dalam bas..harap xdelah yang tinggal subuh pg tu..

 tunggu nak check in

group check in..semua risau kalau beg terlebih berat.alhamdulillah MAS bg 25kg seorang.
Allah izin lbh juga barang saya.rasa mcm dah ngam2..
kenelah bayar asing,blh tahan juga mahalnya rm15 sekilo..
sampai di limbang, cikgu2 usik ni xnak balik semenanjung dah ni,
brng banyak =)

 dapat jmpa kwn2 baru..semoga Allah pelihara ukhuwah kita..
cikgu ida, ckgu siti,cikgu ana =)

 doakan saya dan kawan saya dapat "mendidik" anak-anak bumi sarawak..

 alhamdulillah,sampai di merdeka palace hotel and suite 
hotel 5 bintang,byk jg KPM belanja untuk kami..
ada cikgu yang kata,dapat layanan first class lepas ni masuk pendalaman..
tanda kerisauan sebenarnya..

mula-mula sampai xperasan,ada banner rupanya..

 ambik gamba sekejap,sementara tunggu lif kosong.

 teman sebilik,di klang dan juga kuching..
nur dan siti....aishah =)

 ada juga taklimat yang lebih kurang sama dengan yang 
kami dengar di klang..yang paling seronok sharing moment dr cikgu smk sebuyau dan pengetua cemerlang smk siburan..

10 februari 2011

singgah @ transit sekejap di airport Miri

berta'ruf dengan ustzh fatanah,
orang limbang.banyak share maklumat dgnnya
dah bergelar isteri dan ibu sudah ni..
hand bag hadiah dari kearah,jzklh yer membantu sangat =)

 alhamdulilla, akhirnya menjejak kaki di tanah limbang,sarawak..
nak sampai ke limbang perl naik MAS WING..kecik sikit daripada kapal terbang


smk kubong, limbang, sarawak
pemandangan dari kuarters guru..sejuk mata memandang..
 yang tgh itu adalah surau

rumah kakitangan sekolah

alhamdulillah, cikgu-cikgu semua dah dapat tempat posting masing2.ada yang dapat bandar, ada juga dapat p1,p2....p ialah pendalaman..apepun,semoga kita semua dapat bekhidmat dengan iklas.janganlah ada unsur-unsur lain mengamburi mata sepanjng perkhidmatan..sama-sama kita setkan noktah permulaan,noktah bidayah yang terbaik..semoga ianya mendapat nilaian yg tinggi di sisi Allah swt..

terngat kata En Razali B Hj Idris, selaku pen pengarah unit men bhgn pengurusan sek harian,bersyukurlah cikgu-cikgu dapat posting walaupun sarawak..selari dengan firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 23..

akhir kalam,
doakan kami cikgu-cikgu semenanjung di bumi kenyalang..
semoga niat dan hajat kami ke bumi Allah sarawak ini,Allah tunaikan...
insyaAllah..

insyaAllah ini sahaja buat kali ni..
terima kasih kerana sudi membaca dan ziarah ke kolam ini..



Tuesday, February 1, 2011

insyaAllah in Malay by Maher Zain



insyaAllah, nasyeed dari maher zain dah lama saya dengar.sebelum ianya sentiasa dimainkan oleh DJ2 ikim.fm..sekali dengar terus tertarik.bukan kerana suara tetapi kerana liriknya yang betul-betul merasap...saya masih ingat lagi, pertama kali mendengar nasyeed insyaAllah di rumah mawarku ryea. sewaktu g ziarah ryea setelah tinggal bersama suami =)...


dan tadi, saya telah ke satu blog seek for the light...


congrate to maher zain, he has put high effort in spreading islam towards his song...
and he knows has to tackle his fan in Malaysia..because of that, he has come out with insyaAllah in Malay..


ambil kata-kata dari seek for the light
"May Allah always make you firm in spreading Islam to the world, Maher Zain."


A present from Maher Zain and crew, Maher Zain’s song, Inshaallah in Malay.


also can download mp3 from here.



Beautiful song, beautiful translation, beautiful meaning. 

Song: Inshaallah in Malay
Singer: Maher Zain
Translator: Unknown

Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang gelap
tiada bantuan, tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

[chorus]
InsyaAllah... InsyaAllah...
InsyaAllah... Ada Jalannya...

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa...
Kerana Allah bersamamu...

Kembalilah....
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah...
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar...Jalan yang benar..
Jalan yang benar...

[Chorus]

selingan
untuk melihat bagaimana keadaan protes di mesir,sila klik disini..
insyaAllah,kalian blh tgk gamba yang menceritakan suasana protes di sana..
sama-sama kita doakan semoga Allah bagi kekuatan kepada orang-orang islam di sana...