insyaAllah dikesempatan ini, saya ingin kongsikan serba ringkas kmk kelantan 2010 yang telah pun tamat...
alhamdulillah Allah izinkan kmk kali ini dapat berjalan dengan lancar...
Ice breaking
Sebelum sesi bermula, adik-adik peserta nampak segan dan malu antara satu sama lain, tidak mahu berpisah dengan kawan-kawan dari sekolah yang sama, Alhamdulillah,di akhir sesi ice-breaking, adik-adik mula bercakap dan bertegur sapa dengan kawan-kawan baru juga dapat berkenalan dengan brother and sister yang merangkap fasi.
Kembara minda kreatif
masa yang ditunggu-tunggu setiap peserta, kembara minda kreatif atau explore race.Alhamdulillah, sepanjang program berjalan saya sempat meninjau pergerakan adik-adik. Semuanya seronok dan menghayati aktiviti di setiap check point. mudah-mudahan objektif setiap check point turut tercapai..insyaAllah
Antaranya check point yang menarik:
tasmi' ayat dan hadis hafazan sambil berendam dalam air
erm,agaknya bila dah dok dlm air ni, boleh ker tasmi' ni?
Terowong Palestine di mana adik-adik dikehendaki masuk kedalam terowong dan merangkak didalamnya sehingga ke penghujung. dalam terowong tu, gelap tiada cahaya...begitulah juga kehidupan remaja2 di palestin.
Lebih mencabar sepanjang tempoh kembara berlangsung hujan turun renyai-renyai dan kadang kala lebat menguji ketahanan fizikal peserta, dengan pertolongan Allah, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik. Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan keada peserta dan juga urusetia menunaikan solat berjemaah di dataran berpayungkan langit kebesaran Allah yang masih hujan dan berlantaikan tar, pengalaman yang pastinya sukar dilupakan..insyaAllah.
Alhamdulillah, ukhuwah antara peserta menjadi bertambah erat apabila adanya kenangan manis menyuap makan sahabat yang dikasihi.hari pertama, segan je nampak, tp bila masuk hari kedua mcm tak sabar pula nak suap sahabat. bak kata brother and sister " suapan pertama untuk sahabat"...indah sungguh ukhwah ni..
sudahlah makan bersuap, makan dalam talam pula...
adik-adik yang tak biasa makan dalam talam..
insyaAllah lepas ni dah blh biasakan diri..
dah ada pengalaman..
best tak?
alhamdulillah, akhirnya kmk kelantan 2010 telah pun melabuh tirainya...
semoga adik-adik mendapat pengisian yang bermanfaat dan berfaedah sepanjang kmk berjalan..
apa yang baik, amalkan dan kongsikan dengan orang lain...ilmu yang dikongsikan itu lebih bermakna.insyaAllah
kepada fasi dan urusetia, tahniah atas sumbangan dan tenaga kalian..
moga Allah menilai dengan sebaik-baik nilaian...insyaAllah..
tak lupa juga kepada haluanita yang turun padang,memasak untuk peserta, fasi dan urusetia..jazakilahukhoir...