alhamdulillah,lama rasanya saya biarkan kolam ini sepi seketika tanpa sebarang post..
maafkan saya, beberapa hari yang lepas tumpuan diberikan
sepenuhnya untuk menyiapkan project untuk subject problem solving
dan methods of teaching mathematics..
alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya..
satu dah submit, tinggal satu lagi untuk combine dengan ahli kumpulan dan
hantar esok.
saya kira semuanya sekarang ni sibuk dengan hal-hal akademik..
program2 pun dikurangkan untuk memberi peluang dan ruang masa untuk kita
semua fokus kepada akademik...
tp,tak bermaksud ianya di tinggalkan terus..
bg seorang muslim yang ingin sentiasa berada dalam proses tarbiah,
haruslah kita hidupkan suasana tarbiah dalam kehidupan..
teringat kata mck tempoh hari semasa program terakhir untuk
semester ni..
"program yang kita buat, sebagai platform sahaja"...
proses tarbiah yang sebenar adalah proses yang berlaku
sepanjang hayat.
tiada titik noktahnya bagi kita yang sentiasa ingin diproses.
begitu juga dalam bentuk hiburan.haruslah ianya mempunyai
unsur-unsur tarbawi yang boleh mendidik hati bukan melalaikan hati...
insyaAllah post kali ni saya sekadar ingin berkongsi satu nasyeed.
nasyeed ini mengisahkan seorang pahlawan islam yang sangat hebat.
semoga nasyeed ini dapat menyampaikan kepada kalian,
betapa hebatnya tentera islam pada ketika dahulu..
sultan Muhammad Al-Fateh
lirik: umarfarouq
Utusan...
Tuhan bersabda,
Benarkan...
Satu ketika,
Derapan...Kuda kan tiba,
Bebaskan...Kota di Roma
Tentera Fateh pun datang,
Hadis Nabi kuatkan iman,
Layar kapal rentas daratan,
Tanduk Emas dibantu Tuhan.
Tujuh puluh kapal pun tiba,
Byzantin gegak gempita,
Dua ratus ribu tentera,
Mimpi buruk sudah pun tiba.
Lapan ratus tahun penantian,
Konstantin akhir ditawan,
Panji Islam dikibar Hassan,
Tubuh syahid jiwa dikorban.
Itulah si anak muda,
Beraksi menggegar dunia,
Itulah sebaik raja,
Itulah sebaik tentera.
lirik: umarfarouq
Utusan...
Tuhan bersabda,
Benarkan...
Satu ketika,
Derapan...Kuda kan tiba,
Bebaskan...Kota di Roma
Tentera Fateh pun datang,
Hadis Nabi kuatkan iman,
Layar kapal rentas daratan,
Tanduk Emas dibantu Tuhan.
Tujuh puluh kapal pun tiba,
Byzantin gegak gempita,
Dua ratus ribu tentera,
Mimpi buruk sudah pun tiba.
Lapan ratus tahun penantian,
Konstantin akhir ditawan,
Panji Islam dikibar Hassan,
Tubuh syahid jiwa dikorban.
Itulah si anak muda,
Beraksi menggegar dunia,
Itulah sebaik raja,
Itulah sebaik tentera.
No comments:
Post a Comment