Thursday, August 6, 2009

siapkan diri untuk ramadhan


Assalamualakum wbrt...
Alhamdulillah,Allah memberi lagi kesempatan untuk kita berjumpa di kolam ini...
apa khaba yer teman-teman semua?moga semuanya sihat..walaupun H1N1 sedang melanda hampir di setiap negeri..
sihat iman itu yang utama =)

hari ini 15 sya'ban, atau dikenali nisfu sya'ban..dikesempatan yang ada saya ingin berkongsi dengan teman-teman semua tentang nisfu sya'ban..insyaAllah..moga Allah izinkan...

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda:
“Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”

marilah kita bermunajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:

“Allhuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan“

bermaksud :

“Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan
Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan.”

Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.

nisfu syaaban
Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu
sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya,

"Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."


Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.
"Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."


buku catatan

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

pada malam nisfu sya'ban,umat islam di galakkan:
1.Solat sunat nisfu sya'aban

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada
Allah


ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

teman-teman,

marilah kita sama-sama jadikan hari-hari dalam syaaban untuk kita sama-sama kita muhasabah diri dan sama persiapkan diri dalam menerima kedatangan ramadhan, bulan kerahmatan juga bulan keampunan...

ramadhan bulan yang dirindukan oleh rasulullah saw dan para sahabat...juga bulan yang kita sama-sama rindukan....

tak tahulah kenapa,saya betul-betul rindukan ramadhan =)

mungkin teman-teman juga dapat merasakannya....

sama-samalah kita berdoa moga Allah panjangkan usia kita,diberi kesempatan untuk bertemu ramadhan..seterusnya dapat melipat gandakan amalan-amalan kita..insyaAllah...

terima kasih atas kunjungan teman-teman =)....

1 comment:

halawatul iman said...

maaf...tulisan xdapat di ubah...