Tuesday, June 30, 2009

everyday is trial...

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt...

apa khaba yer sahabat-sahabat semua,teman-teman yang ada singgah di kolam ini,kolam yang makin lama makin cetek saya rasakan...dek kesibukkan tuannya...maaf yer,lama saya tak post sesuatu disini...hampir lupa pada tangunggjawab ini...

Alhamdulillah,the most gratefull word.walau dimana kita berada ,siapakah kita, janganlah kita bersedih hati dengan situasi sekarang.marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran dengan nikmat yang Allah berikan..rasakanlah kita lah yang Allah pilih untuk merasai situasi yang kita rasakan sekarang..Allah tak pernah bebankan kepada hambanya dengan bebanan yang tak tertanggung oleh hamba Nya...sama-samalah kita yakin dengan janji-janji Allah..pastinya ada hikmah yang tersembunyi disebalik apa yang terjadi...cuma kita tidak nampak lagi hikmah yang terselindung disebalik ujian-ujian yang Allah berikan...mari kita semua kuatkan hati,tekadkan semangat..lakukan yang terbaik!....erm,macam nk pujuk diri pun ada ni...hi3...

praktikal
minggu ni masuklah minggu ketiga saya bergelar cikgu or teacher..tp,cikgu praktikal jer..cikgu praktikal pun,kerja boleh tahan juga...walaupun pegang dua kelas sahaja...alhamdulillah,Allah banyak bantu,saya dan kawan-kawan yang sama sekolah hanya diberi kelas untuk mengajar satu subject sahaja...bagaimanalah agaknya kawan-kawan yang lain.ada sampai kene ajar tiga suject,kesian juga tuu..tambahan lagi,ngajar subject yang kita sendiri tak pernah belajar...just tahu macam tu jer....sabar yer kawan-kawan semua..insyaAllah ada hikmah tuuu...moga Allah permudahkan urusan kalian di sekolah masing-masing....

minggu pertama praktikal,rumah bujang saya ni..sentiasa hangat dengan cerita-cerita disekolah.tambahan pula,kami dihantar ke sekolah yang berbeza..ada klang,USJ, dan shah alam..macam-macam cerita ada...cerita pasal pelajar,cikgu,dan staf-staf sekolah pun ada..

realiti
zaman sekolah dulu pada tahun 90-an...pelajar-pelajar sekolah hormat guru,jarang dan susah kita nak dengar tentang pelajar yang berkelakuan biadab,tidak senonoh dengan cikgu...setuju tak?tapi realiti sekarang...masyaAllah,macam-macam cerita ada...kenakalan pelajar,kadang-kadang susah hendak diterima akal.pelajar-pelajar sekolah menengah hari ini boleh dikatakan kurang menghormati cikgu..mungkin kami ni cikgu praktikal nampak sangat tak berpengalaman.

pagi tadi,kawan saya dari sekolah yang sama mengajar pelajar yang boleh dikatakan kelas belakang...sangat kurang minat untuk belajar.masih saya ingat pada kertas latihan yang diberikan...name:rock and roll class:4 rapers....bolehkan teman bayangkan?pelajar hari ini sangat terpengaruh dengan media..media telah memakan fikiran remaja pada hari ini...

attention
setiap hari hendak mengajar,saya sentiasa cuba perlbagaikan cara mengajar.everday is trial...setiap hari adalah percubaan..doakan semoga saya jumpa cara terbaik untuk menarik perhatian palajar kelas saya...diri rasa sedikit tercabar... kerana kelemahan diri juga..insyaAllah kelemahan perlu dan boleh diperbaiki...

keistimewaan sekolah saya ni,purata pelajar yang paling ramai adalah kaum cina...susah jugalah nak hafal nama diaorang ni...sejak dari kanak-kanak tak pernah berkawan dengan orang cina dan india...dah dewasa ni,Allah izin baru jumpa..pasti ada hikmah nyer kan...insyaAllah..

namun,dicelah-celah pelajat-pelajar cina dan india...ada juga pelajar melayu dan pastinya islam,moga saya dapat mengenali mereka dengan lebih rapat lagi tanpa membezakan mereka dengan pelajar lain....susah juga tuuu...doakan yer...

semester baru
kepada adik-adik yang bakal masuk ke semester baru.selamat kembali ke kampus yer!...datanglah bersama azam yang tinggi!...tak lupa juga kepada adik-adik yang baru masuk ke alam kampus...TAHNIAH!!!terutamanya kepada adik saya sendiri di UPM...kuatkan semangat yer dik!...ujian di alam IPT lebih kuat lagi..dari perlbagai aspek...iman dan taqwa lah yang pastinya akan diuji...peliharanya sebaik mungkin...insyaAllah Allah akan nilai setiap pergorbanan yang kita lakukan...rasa izzah dengan apa yang kita bawa....

aik!
panjang pula jadinya...kalau dah mula,memang susah nak letak noktahnya...
terima kasih kepada yang sudi singgah...
sama-sama kita doakan semoga Allah sentiasa bersama-sama kita,merahmati dan meredhai apa jua yang kita lakukan,selagi ianya tidak melanggar syarak...tanpa redha Allah siapalah kita disisiNya...

akhirul kalam,sama-sama kita renungi ayat ini....

kata-kata Imam Ghazali :
“ Carilah hatimu di tiga tempat..
Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika engkau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!!.”

No comments: