Bismillahirahmanirrahim...
pernah kah kita terfikir,siapakan yg dikatakan muslim yang sebenar?
cukupkah sekadar berkata "saya orang islam" or "i am a muslim"...
mengikut prof Yusuf Qardhawi,seseorg itu dikatakan muslim sekiranya dapat menjawab 3 soalan ini. soalan ini ringkas dan berkait rapat dengan kehidupan kita di dunia juga di akhirat. apakah soalan-soalan nya?
soalan pertama:dari mana kita datang?
mengikut teori saintis atau teori evolusi yang telah dikeluarkan oleh Charles Darwin, manusia berasal dari haiwan,rasanya semua tahu nama haiwan tu. apa yang saya belajar,bilangan kromosom haiwan ini dan manusia hampir sama. mungkin ini merupakan faktor utama Charles Darwin mengatakan kita berasal dr haiwan ini. namun, sampai skrg teori ini masih diragui. sekiranya manusia berasal dari haiwan ini,haiwan ini berasal dari mana?
bagi kita,yang mengimani kalimah syahadah pastinya yakin bahawa kelahiran kita adalah bermula dengan lahirnya nabi Adam as.
sepertimana dalam firman Allah swt yang bermaksud:
"Dan sungguh, kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk." (surah Al-Hijr:26)
dapatkan kita menjawab soalan yang pertama dengan yakin?-sama2 kita fikirkan...
soalan kedua:mengapa kita didatangkan?
mari kita sama-sama renung sejenak kehidupan kita seharian bermula dengan bangun pagi, kehidupan seharian sehinggalah malam.apakah yang kita cari?adakah apa yg dilakukan mendapat manfaat untuk kita dunia dan akhirat. adakah kita dilahirkan di dunia yang fana ini sekadar untuk belajar dan berkerja sahaja,tanpa ada matlamat yang utama?...
ada sebenarnya,cuma kita tak pernah mencarinya..
firman Allah swt yang bermaksud:
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu." (Az-zariyat:56)
jelaskan,Allah menciptakan kita semua untuk kita beribadah dan berubudiah atau menhambakan diri sepenuhnya kepada Nya bukan selain dariNya. tapi...adakah kita telah melaksanakannya?terutamanya yang bertanya...banyak lagi yang perlu diperbaiki,byk jg yg perlu ditambah...
soalan ketiga: kemanakah kesudahan kita?
setiap hari, ada sahaja perkara2 yang manjadi tuntutan. bagi pelajar, bermula dengan assignment tanpa mengira khusus atau fakulti pasti ada saja assignment nya sehinggalah kepada persediaan untuk quiz, test dan akhirnya final exam. bagi pekerja pula, sibuk dengan laporan, outstation, mesyuarat, kursus dan sebagainya.kadang-kadang kita tak pernah fikirkannya, termasuklah saya sendiri. tentang apa ye?tentang MATI...pernahkah kalian terlintas tentang MATI?
Allah swt telah berfirman yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu). Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan." (An-Najm:42-44)
yang hidup pasti akan mati....
dikesempatan ini, marilah kita sama2 semak diri kita,adakah kita dapat menjawab ketiga-tiga soalan ini dengan baik.adakah cukup persediaannya untuk kita menjawab soalan ketiga?kerana kita mungkin tersalah semasa menjawab soalan kedua.
wallahua'lam, sekadar perkongsian. semoga bermanfaat buat kita semua dalam rangka mencapai maradhatillah.
No comments:
Post a Comment