Thursday, January 29, 2009

sudahkah terisi?


Assalamualaikum wbt...
hari ini,hari khamis...29hb mid break tinggal brp hari jer lagi..
rasanya tinggal tiga hari jer lagi...
sudahkah cuti kali ini terisi dengan sesuatu yang bermanfaat?semoga kita menuju kearah itu...insyaAllah...

alhamdulillah,bg saya dan org sabah,cuti kali ini insyaAllah amat bermakna.semalam,satu hari kami menghabiskan masa bersama...bersama membeli belah di bandar serambi Mekah...byk jg barang org sabah beli ;)...utk persiapan hari bahagia...insyaAllah,moga Allah permudahkan bg sahabat yg saya sayangi ini menghadapi hari itu...

semalam,kami sempat juga menghirup udara yang segar,menikmati permandagan yang sangat indah ciptaan Allah swt di pantai cahaya bulan,sambil merehatkan diri setelah penat berjalan.subhanallah...maha suci Allah memang cantik pemandagn yang Allah ciptakan untuk kita,hamba-hambanya...tp,apa yg mendebarkan saya,ombak pantai semakin hampir kedaratan.jika sebelum ini,10 tahun yang lalu,nk main di tepi-tepi pantai kami kene berjalan dalam 100 meter dari parking kete.tp,skrg..jalan dlm beberapa meter sahaja dari tempat pariking dah nampak ombak yang memukul pantai...mungkin betul kata pendapat saintis,ais di kutub utara dan selatan makin lama makin mencair...daratan di bumi semakin berkurangan...adakah ini petanda bumi menuju ke hari kebangkitan?di mana semua amalan kita akan di hisap?...hanya Allah yang tahu...

sebelum berundur,sama-sama kita manfaatkan masa cuti yg berbaki untuk sesuatu yang sangat bernilai, disisi islam terutamanya...insyaAllah...

terima kasih kerana sudi membaca ;)...

Sunday, January 25, 2009

siapakah muslim?

Bismillahirahmanirrahim...
pernah kah kita terfikir,siapakan yg dikatakan muslim yang sebenar?
cukupkah sekadar berkata "saya orang islam" or "i am a muslim"...

mengikut prof Yusuf Qardhawi,seseorg itu dikatakan muslim sekiranya dapat menjawab 3 soalan ini. soalan ini ringkas dan berkait rapat dengan kehidupan kita di dunia juga di akhirat. apakah soalan-soalan nya?

soalan pertama:dari mana kita datang?

mengikut teori saintis atau teori evolusi yang telah dikeluarkan oleh Charles Darwin, manusia berasal dari haiwan,rasanya semua tahu nama haiwan tu. apa yang saya belajar,bilangan kromosom haiwan ini dan manusia hampir sama. mungkin ini merupakan faktor utama Charles Darwin mengatakan kita berasal dr haiwan ini. namun, sampai skrg teori ini masih diragui. sekiranya manusia berasal dari haiwan ini,haiwan ini berasal dari mana?

bagi kita,yang mengimani kalimah syahadah pastinya yakin bahawa kelahiran kita adalah bermula dengan lahirnya nabi Adam as.

sepertimana dalam firman Allah swt yang bermaksud:
"Dan sungguh, kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk." (
surah Al-Hijr:26)

dapatkan kita menjawab soalan yang pertama dengan yakin?-sama2 kita fikirkan...

soalan kedua:mengapa kita didatangkan?

mari kita sama-sama renung sejenak kehidupan kita seharian bermula dengan bangun pagi, kehidupan seharian sehinggalah malam.apakah yang kita cari?adakah apa yg dilakukan mendapat manfaat untuk kita dunia dan akhirat. adakah kita dilahirkan di dunia yang fana ini sekadar untuk belajar dan berkerja sahaja,tanpa ada matlamat yang utama?...
ada sebenarnya,cuma kita tak pernah mencarinya..

firman Allah swt yang bermaksud:
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu." (Az-zariyat:56)

jelaskan,Allah menciptakan kita semua untuk kita beribadah dan berubudiah atau menhambakan diri sepenuhnya kepada Nya bukan selain dariNya. tapi...adakah kita telah melaksanakannya?terutamanya yang bertanya...banyak lagi yang perlu diperbaiki,byk jg yg perlu ditambah...

soalan ketiga: kemanakah kesudahan kita?

setiap hari, ada sahaja perkara2 yang manjadi tuntutan. bagi pelajar, bermula dengan assignment tanpa mengira khusus atau fakulti pasti ada saja assignment nya sehinggalah kepada persediaan untuk quiz, test dan akhirnya final exam. bagi pekerja pula, sibuk dengan laporan, outstation, mesyuarat, kursus dan sebagainya.kadang-kadang kita tak pernah fikirkannya, termasuklah saya sendiri. tentang apa ye?tentang MATI...pernahkah kalian terlintas tentang MATI?

Allah swt telah berfirman yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu). Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan." (An-Najm:42-44)

yang hidup pasti akan mati....

dikesempatan ini, marilah kita sama2 semak diri kita,adakah kita dapat menjawab ketiga-tiga soalan ini dengan baik.adakah cukup persediaannya untuk kita menjawab soalan ketiga?kerana kita mungkin tersalah semasa menjawab soalan kedua.

wallahua'lam, sekadar perkongsian. semoga bermanfaat buat kita semua dalam rangka mencapai maradhatillah.





mid term break



Assalamualaikum wbt...
alhamdulillah dapat menghantar sesuatu,setelah sekian lama tidak bersuara...
ada blog ni benar2 menguji diri saya,bagaimana mengurus masa sebaik mungkin,sbb itulah masa itu kehidupan...ada yg mngatakan jika seseorg dpt menguruskan masa sebaik mungkin,insyaAllah dia dapat menguruskan kehidupannya dengan baik...

pernah juga saya terbaca kata "jika inginkan sesuatu pekerjaan itu siap sebaik mungkin,berilah pada org yg sibuk,krn org yg sibuk pandai menguruskan masanya"-betul ker?sama2 kita fikirkan...

bermula semalam,hari sabtu,kebanyakkan IPTA di malaysia sudah mula cuti pertengahan semester.ada yg dah beli tiket awal2 semester lagi,terutamanya yg menghala ke timur...tempat saya juga tu ;)...Allah izin,masa org lain sibuk beli tiket,diri sendiri tekad tak nak balik..dah dekat2 nak cuti,barulah terasa nk balik..alhamdulillah ada tiket...xsabar juga nk balik,bawa tetamu istimewa...orang sabah ;)

sama2 kita manfaatkan cuti sebaik mungkin!

Wednesday, January 14, 2009

tidakkah kita merasakannya...

Assalamualaikum wbt...

hari berganti hari...
minggu berganti minggu...
masuk hari ni,bg sesetgh IPT kita sudah pun masuk ke minggu ke tiga pengajian..
tidakkah kita merasakanya?

hari berganti hari,
minggu berganti minggu...
masuk hari ni,hampir 20 hari israel mengadakan serangan secara besar-besaran keatas palestin...
tidakkah kita merasakanya?

sedih dan sayu rsnya bila melihat di dada akhbar gamba kanak-kanak yg bermandikan darah...
setiap hari,pasti ada saja kekecaman yg dilakukan oleh tentera zionis...
bg pihak kita,apa yg kita boleh lakukan adakah setakat mengatakan boikot?
sebenarnya byk yg boleh kita lakukan...
antaranya...

1) Follow up the news about what is happening in Gaza. The number of shuhada', injured people, the volume of destructions etc.

2) Download pictures of the massacre and distribute to your friends via print outs, e-mails, on the mobile.

3) Follow up on the achievements of the Palestinian resistance heroes in Gaza. What victories they achieve every day, how many soldiers they kill, how many tanks they destroy.

4) Call the people of Gaza tell them where you from and share with them your feelings of sympathy and support and your confidence that they will win in this war. You can call this number 009708285xxxx. Replace the x's with any number.

5) Paste pictures of Gaza on your notebooks, in your romm, PC desktops.

6) Participate in as much activities about Gaza as you can. Talks, gathering, seminars.

7) Organize activities on what is happening in Gaza in your neighborhood, in your mahallah, surau's (e.g: Organize Qiyamullai in grops especially for the people of Gaza) etc.

8) MAKE THIS THE MOST IMPORTANT TOPIC OF YOUR DISCUSSIONS AMONGST YOUR FRIENDS. MAKE IT THE FIRST THING AFTER GREETING THE PEOPLE YOU MEET THAT YOU TELL OR ASK ABOUT.

9) BOYCOTT!!! BOYCOTT!!! BOYCOTT ISRAELI & AMERICAN PRODUCTS.

10) REMEMBER THEM IN YOUR DO'A AND PRAYER.

sama2 kita cuba utk laksanakannya...

Monday, January 5, 2009

semester baru bermula

assalamualaikum semua...semoga sentiasa di bawah rahmat Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan...

bagaimana dgn sem yg baru shj bermula?
sama2 kita mulakan sem baru ini dgn niat yg ikhlas dalam menuntut ilmu, dengan keiklasan, insyaAllah kerja-kerja yg kita lakukan tak terasa beban nya...cuba lah ;)

mungkin ada antara kita yg mdapat keputusan yg tidak seperti dihajati semester lepas,jgnlah kita berputus asa..anggaplah ianya batu lonjatan utk kita terus maju ke hadapan,mungkin kejayaan itu milik kita utk semester ini...tiada siapa yg tahu...kerana semuanya terjadi atas kehendak Allah SWT...siapalah kita utk menolah takdir yg telah Allah ciptakan...

rasanya setakat itu dulu,sebagai permulaan...
insyaAllah ada masa berjumpa lg..
sama2 kita doakan kejayaan kita bersama utk semester ini...
insyaAllah

#byk yg hndk di kongsi, iA moga diizinkan Allah utk di kongsi bersama kwn2 semua.