Thursday, April 25, 2013

masalah remaja...

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: كُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَقَالَ: يَـا
غُلاَمٌ ، اِحْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ ، اِحْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تِجَـاهَكَ ، وَإِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِااللهِ ، وَاعْلَمْ أَنّ اْلأُمَّـةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوْكَ بِشَيْئٍ لَمْ يَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْئٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ ، وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْئٍ لَمْ يَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْئٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ ، جَفَّتِ اْلأَقْـلاَمُ وَطَوِيَتِ الصُّحُفُ .
(رَوَا هُ التُّرْمُذِى وَقاَلَ: حَسَنٌ صَحِيْحٌ)

Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.
(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)

bismilahirrahmanirrahim...
sebagai pembuka bicara, alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah.tuhan sekalian alam, yang menjadikan setiap sesuatu dengan asbabnya yang tertentu dan kuasa Allah yang Maha Hebat lagi Maha Berkuasa..

Alhamdulillah,dapat juga saya mencoretkan sesuatu di kolam maya ini sambil bertugas menjaga pusat akses di sekolah selaku AJK guru pusat akses. antara tugas-tugas khas di sekolah selain daripada mengajar.

saban hari yang terdekat ini, kedengaran sahaja berita-berita disiplin pelajar yang tak seronok didengari oleh guru atau orang luar.ada sahaja permasalahan yang timbul.kadang2 kami dikalangan guru, timbul persoalan kenapalah pelajar suka bertindak sedemikian?

bila dihubungkan dengan hadis di atas, saya dapat simpulkan, pelajar hari ini lebih rela mengikut kehendak perasaan, kehendak hati dan emosi daripada memohon pertolongan daripada Allah swt.kadang2 masalah yg timbul bukanlah dari kalangan pelajar yang lemah malahan ada juga dari kalangan pelajar yang pandai, kelas depan.bila benda sudah berlaku, barulah mereka sedar kesilapan mereka..

tapi,bukanlah salah mereka yang masih berada pada peringkat umur yang sentiasa ingin mencuba. kita sebagai golongan dewasa, sebagai guru, warga pendidik dan juga ibubapa harus menekankan konsep yakin kepada tuhan, jadikan tuhan sebagai tempat mengadu dan memohon pertolongan.minta sesuatu, mintalah dengan Allah dengan cara yang paling mudah iaitu berdoa..

semoga kita, golongan dewasa dapat membantu dan membawa remaja hari ini dekat kepada illah, dekat dan sentiasa mengharap kepada Allah swt..

"Memelihara Allah bererti memelihara agamanya. Memelihara agama bererti menjadi orang yang menuruti hukumnya dan mengikuti peraturannya. Dan itu tidak mungkin dapat dilakukan tanpa amal bakti, usaha dan ikhtiar. Melaksanakan suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya.
Para remaja hari ini terdedah dengan bermacam pengaruh negatif. Sungguh ramai di kalangan mereka yang jatuh kelembah kehinaan. Mereka sebenarnya boleh mendapat pemeliharaan Allah. Tetapi bagaimana mereka akan mendapat pemeliharaan Allah kalau mereka sendiri tidak berusaha memelihara Allah?
Setiap orang tua mesti berusaha untuk memberi kefahaman tentang konsep yang terkandung dalam hadis ini kepada anak-anak mereka. Jika mereka dapat memahami dan mengamalkan konsep ini, selain tugas orang tua akan menjadi lebih ringan dan juga insya Allah para remaja mereka akan selamat di dunia dan di akhirat."

wallahua'lam...