Tuesday, June 11, 2013

indahnya tawakal kepada Allah




dalam kehidupan seharian kita, banyak perkara dan urusan yang bakal kita lalui dan telah kita lalui..
yang pastinya semuanya diluar kemampuan kita untuk menduga apakah yang akan berlaku...
disinilah letaknya pengharapan kita sebagai seorang hamba yang kerdil,
tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menentukan serta menyusun sesuatu keadaan...
disini jugalah letaknya konsep tawakal kepada Allah swt,
zat yang Maha Mnegetahui dan Mengatur setiap sesuatu...

Menurut pendapat Imam Ghazali r.a ;
“tawakal membawa erti bahawa kita menyerahkan diri kepada Allah sewaktu menghadapai kesusahan atau ketika menghadapi waktu yang sukar dan genting dalam hidup ini . Pada ketika ini, hati perlu di teguhkan seteguh teguhnya sehingga ia mencapai satu titik ketenangan dan ketenteraman di dalam jiwa"

menyerah diri kepada Allah di saat2 kesusahan, dimana kita meletakkan keyakinan kita hanyalah kepda Allah semata-mata..bukanlah kepada sesuatu yang lain..


Ibnu Rajab Rahimahullah dalam Jami’ul Ulum wal Hikam berkata :
“Tawakal adalah penyandaran hati pada Allah untuk meraih berbagai kemaslahatan dan menghilangkan bahaya dalam urusan dunia mahupun akhirat, menyerahkan semua urusan kepadaNya serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa tidak ada yang memberi, menghalangi, mendatangkan bahaya dan mendatangkan manfaat kecuali Allah semata.”

indahnya kehidupan seseorang itu bila dia sandarkan setiap permasalahan dan setiap sesuatu perkara, hanyalah kepada Allah swt..bukanlah meletakkan pengharapan kepada Zat yang lain.

Kata Dr yusof Qardawi yang mengatakan bahawa tawakal adalah ibadah hati. Pabila kita ada keyakinan dalam hati (penyerahan mutalk kepada Allah), kita akan berusaha.Usaha adalah menuju hasil yang baik.Jadi jika kita benar – benar yakin, keputusan samada baik atau beruk adalah hak Allah.Usaha kita itu tidak bertentangan dengan tawakal kepad Allah SWT.

marilah kita beriman dengan firman Allah dalam surah at-talaq,ayat 3:
yang bermaksud : Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusaNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bg setiap sesuatu.

Kata Imam Abu Qassim al-Qusyairi r.a :
Ketahuilah sesungguhnya tawakal itu terletak di dalam hati. maka gerakn lahiriah adalah sesuatu yang tidak bertentangan dengan tawakal yang ada di dalam hati setelah seseorang meyakini bahawa rezeki itu datangnya dari Allah. jika terdapat kesulitan, maka hal itu adalah kerana takdir- Nya. Dan jika terdapat kemudahan maka hal itu kerana kemudahan dari-Nya.

***
sama-sama kita tingkatkan rasa tawakal kita kepda Allah swt..terutama diri saya sendiri dalam meniti hari untuk menerima kehadiran 'orang baru'.rasa tidak sabar, memang tidak dinafikan, moga Allah permudahkan semuanya..
buat teman-teman semua,mohon doa untuk saya yer..
moga kehidupan kita sentiasa dirahmati, dibantu dan dipermudahkan oleh Allah swt...siapalah kita tanpa petunjuk dan hidayah darinya...



Saturday, June 8, 2013

Israk mikraj

Alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah..
beberapa hari yang lepas, telah berlalu satu hari kebesaran islam...

hari yang diberi nama israk mikraj,di mana kejadian rasulullah di bawa dari masjidil haram ke masjidil aqsa dan dari masjidil aqsa ke sidratul muntaha.

Israk & Mikraj 4

melalui perjalanan ini, rasulllah telah telah diperlihatkan dengan pelbagai suasana dan keadaan manusia dengan izin Allah ditemani dengan malaikat jibril..

Israk & Mikraj 3

banyak perubahan yang berlaku pada umat islam selepas kejadian israk mikraj,yang paling utama ialah kewajipan umat islam dalam melaksanakan solat, 5 waktu setiap hari. rasanya peristiwa israk mikraj ni dah ramai yang tahu kan?mcmmana rentetan rasulullah merayu waktu solat itu dikurangkan daripada 50 ke 5 waktu seperti mana skrg..

namun saya teringt petikan khutbah jumaat pada 7hb, dari siaran IKIM. imam berkata, sebelum rasulullah di memulakan perjalanannya, dadanya telah dibedah  oleh malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Ini mengambarkan bahawa hati tersebut perlulah suci dan bersih sebelum bertemu dengan Zat yang Maha Agung, Allah swt. dalam kehidupan kita juga septutnya begitu, seharusnya kita sentiasa dalam keadaan hati supaya tidak mudah hanyut dan tertipu dengan bisikan syaitan...

peristiwa ini juga telah berlaku setelah kematian kekasih rasulullah iaitu siti khadijah,..ada pendapat ulama yang mengatakan peristiwa ini telah disusun oleh Allah swt untuk memujuk kekasihNya setelah kematian isteri yang tercinta..wallahua'lam...

bila teringatkan rasulullah, pergorbanannya dan ketabahan nya..
menyampaikan apa yang telah dilaluinya sepanjang kejadian israk mikraj..
memberikan keyakinan kepada semua umat islam pada ketika itu..

membuatkan diri rasa ingin menitis air mata...
hati terdetik, hebatnya rasulullah...
dalam memberi keyakinan kepada umat islam pada ketika itu..

nak kongsi satu lagu dengan teman sekalian...
selalu berkumandang dari corong IKIM.FM


insyaAllah itu sahaja coretan buat kali ini...
rasa mcm terabur je,post kali ni...
mungkin bnyak sngt nak share... (^-^)

terima kasih atas kunjungan kalian ke kolam ini...
semoga Allah merahmati kalian semua..

Monday, May 6, 2013

PRU 13 tahun 2013

alhamdulillah terjawab sudah segala persoalan..
semoga itulah yang terbaik...

namun ada sesuatu yg menerjah fikiran..timbul kerisauan, 5 tahun yang bakal mendatang...
di bawah pembentukkan kerajaan malaysia yang baru...

saya kira ini kalilah, saya benar2 mengikuti keputusan PRU,walaupun xsepenuhnya...
ada juga rasa kerugian, sudah mendaftar tp xdapat mengundi...
bukan tidak mahu,tapi keadaan tidak mengizinkan...

ingin saya petik kata2 dari shbh yang di kasihi sinar islami..

Entah kenapa Risau sungguh dengan janji-janji yang ditaburi, tidak kira di pihak kerajaan mahupun yang dikatakan pembangkang kini. Janji senang dituturi tapi sukar ditepati, apatah lagi senang dimanipulasi oleh manusia yang lemah dan cinta duniawi. Moga Allah sedarkan pemimpin yang dipilih rakyat agar lebih takut dengan azab melantun bicara tanpa memikir isinya kerana neraka itu jelas bukan membakar kulit tapi hingga ke isi malah tulang sekali. Selamat berkhidmat dengan hati yang suci. Amanah itu jangan para YB khianati, nanti kelak azab menanti.

Majulah.. majulah.. langkah tak pernah berhenti. Positif itu ubat.. kerana Allah sentiasa mendidik diri bahawasanya Dia Maha Berkuasa atas segalanya yang belum kita miliki.


semoga yang diberi amanah dapat menjalankan amanah yang diberikan sebaiknya...
kerana pemimpin yang adik pasti Allah memberi ganjaran dan nilai yang hebat disisiNya..insyaAllah

Thursday, April 25, 2013

masalah remaja...

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: كُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَقَالَ: يَـا
غُلاَمٌ ، اِحْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ ، اِحْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تِجَـاهَكَ ، وَإِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِااللهِ ، وَاعْلَمْ أَنّ اْلأُمَّـةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوْكَ بِشَيْئٍ لَمْ يَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْئٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ ، وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْئٍ لَمْ يَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْئٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ ، جَفَّتِ اْلأَقْـلاَمُ وَطَوِيَتِ الصُّحُفُ .
(رَوَا هُ التُّرْمُذِى وَقاَلَ: حَسَنٌ صَحِيْحٌ)

Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.
(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)

bismilahirrahmanirrahim...
sebagai pembuka bicara, alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah.tuhan sekalian alam, yang menjadikan setiap sesuatu dengan asbabnya yang tertentu dan kuasa Allah yang Maha Hebat lagi Maha Berkuasa..

Alhamdulillah,dapat juga saya mencoretkan sesuatu di kolam maya ini sambil bertugas menjaga pusat akses di sekolah selaku AJK guru pusat akses. antara tugas-tugas khas di sekolah selain daripada mengajar.

saban hari yang terdekat ini, kedengaran sahaja berita-berita disiplin pelajar yang tak seronok didengari oleh guru atau orang luar.ada sahaja permasalahan yang timbul.kadang2 kami dikalangan guru, timbul persoalan kenapalah pelajar suka bertindak sedemikian?

bila dihubungkan dengan hadis di atas, saya dapat simpulkan, pelajar hari ini lebih rela mengikut kehendak perasaan, kehendak hati dan emosi daripada memohon pertolongan daripada Allah swt.kadang2 masalah yg timbul bukanlah dari kalangan pelajar yang lemah malahan ada juga dari kalangan pelajar yang pandai, kelas depan.bila benda sudah berlaku, barulah mereka sedar kesilapan mereka..

tapi,bukanlah salah mereka yang masih berada pada peringkat umur yang sentiasa ingin mencuba. kita sebagai golongan dewasa, sebagai guru, warga pendidik dan juga ibubapa harus menekankan konsep yakin kepada tuhan, jadikan tuhan sebagai tempat mengadu dan memohon pertolongan.minta sesuatu, mintalah dengan Allah dengan cara yang paling mudah iaitu berdoa..

semoga kita, golongan dewasa dapat membantu dan membawa remaja hari ini dekat kepada illah, dekat dan sentiasa mengharap kepada Allah swt..

"Memelihara Allah bererti memelihara agamanya. Memelihara agama bererti menjadi orang yang menuruti hukumnya dan mengikuti peraturannya. Dan itu tidak mungkin dapat dilakukan tanpa amal bakti, usaha dan ikhtiar. Melaksanakan suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya.
Para remaja hari ini terdedah dengan bermacam pengaruh negatif. Sungguh ramai di kalangan mereka yang jatuh kelembah kehinaan. Mereka sebenarnya boleh mendapat pemeliharaan Allah. Tetapi bagaimana mereka akan mendapat pemeliharaan Allah kalau mereka sendiri tidak berusaha memelihara Allah?
Setiap orang tua mesti berusaha untuk memberi kefahaman tentang konsep yang terkandung dalam hadis ini kepada anak-anak mereka. Jika mereka dapat memahami dan mengamalkan konsep ini, selain tugas orang tua akan menjadi lebih ringan dan juga insya Allah para remaja mereka akan selamat di dunia dan di akhirat."

wallahua'lam...




Wednesday, March 20, 2013

result SPM


inAllah esok result SPM 2012 bakal d umumkan...
good to all my students..
especially 5b n 5c..
moga Allah beri yang terbaik...
cg pun nerves sekali...

Sunday, February 24, 2013

hati tak tenang?

kadang-kadang Allah uji kita dengan hati yang tak tenang...
resah sentiasa...

bagaimana nak merawat hati yang tak tenang ye?

pesanan dari ibnu mas'ud carilah hati ti tiga buah tempat iaitu

Pertama: Tempat orang membaca Al-Qur’an dengan mendengarkan baik-baik 

atau ia membaca sendiri Al-Qur’an itu dengan baik dan tartil.


Kedua: Mendatangi majlis ta’lim atau tempat-tempat orang yang sedang 

menuntut ilmu, mendengarkan syarahan.


Ketiga: Datang ke tempat-tempat yang sunyi untuk menyendiri dengan 

beribadah & dapat merasakan manisnya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.



Seorang hukamak pernah berkata:

“Ubat hati itu ada lima perkara iaitu membaca Al-Qur’an dengan kefahaman, 


mendekati orang soleh, bangun malam untuk beribadah, mengurangkan makan 

dan menghadiri majlis ilmu”.



ketiga-tiga tempat itu kalau kita perhatikan,tidak lain tidak bukan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah..
dalam rangka mengingatkan kita kepada Allah swt...
tuhan dan zat yang maha hebat dari segalanya..

bertepatan dengan firman Allah dalam surah Ar-Ra'du ayat 28:

{الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ}
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan 

mengingat Allah hati menjadi tenteram”.

semoga kita semua sentiasa dalam keadaan hati yang tenang sentiasa...
tenang dengan mengingati Allah...

bukan tenang dengan mendengar hiburan duniawi yang hakikat sebenarnya melaghakan hati dan juga roh kita...nauzubillah..

post pertama untuk 2013

bismilahirrahmanirrahim....

segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam..alhamdulillah..tiada kalimah yang lebih bermakna untuk kita sama-sama bersyukur dengan semua nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita..semoga dengan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan ini, membuatkan diri kita bertambah dekatNya..

sedar tak sedar sudah hampir penghujung februari rupa2nya..cepatnya masa..semoga masa yang berlalu itu terisi dengan kehidupan kita yang sentiasa di mulakan dengan keikhlasan,insyaAllah..sentiasa mengharapkan kehidupan yang diredhai Allah swt...

mcm tak percaya juga, saya dah hampir 2 bulan biarkan kolam ini tidak berupdate...mohon maaf buat tetamu yang berkunjung...

penghujung 2012 saya dan suami sempat ke USM, bersama pelajar2 USM,KTD dan masyarakat yang Allah pilih untuk bersama dalam malam solidariti palestine..majlis tersebut bertambah semangat dengan ucapan oleh wartawan palestin yang menceritakan suasana geting yang berlaku di palestine di saat pihak israel menyerang tanpa henti...



 semangat remaja yang hadir di gegarkan  lagi denga persembahan yang penuh bersemangat dari kumpulan shoutul harakah..lagu2 yang disampaikan benar2 menaikkan semangat para hadirin..menaikkan rasa cinta kepada tanak air palestin dan menaikkan juga rasa benci kepada zionis..





saya sendiri teruja dengan semangat para remaja muslimah kita..semoga semangat ini bukan hanya pada malam ni sahaja ye adik2 yang di kasihi...

peristiwa yang menarik, ketika shoutul harakah membuat persembahan, ada adik2 comel naik ke pentas..menunjukkan semangat mereka bersama-sama shoutul harakah di atas pentas..mungkin juga atas dorongan abi masing-masing =)..

buat  rakan-rakan yang ingin melihat suasana pada malam tersebut boleh lah ke link ini,malam solidariti. 

kamera yang saya ada tidak mampu untuk menceritakan suasana malam tersebut...

akhir kalam semoga kita semua, umat islam dapat mendirikan solat di masjid al-aqsa dengan aman dan tenang satu hari nanti..ameen..