Monday, May 6, 2013

PRU 13 tahun 2013

alhamdulillah terjawab sudah segala persoalan..
semoga itulah yang terbaik...

namun ada sesuatu yg menerjah fikiran..timbul kerisauan, 5 tahun yang bakal mendatang...
di bawah pembentukkan kerajaan malaysia yang baru...

saya kira ini kalilah, saya benar2 mengikuti keputusan PRU,walaupun xsepenuhnya...
ada juga rasa kerugian, sudah mendaftar tp xdapat mengundi...
bukan tidak mahu,tapi keadaan tidak mengizinkan...

ingin saya petik kata2 dari shbh yang di kasihi sinar islami..

Entah kenapa Risau sungguh dengan janji-janji yang ditaburi, tidak kira di pihak kerajaan mahupun yang dikatakan pembangkang kini. Janji senang dituturi tapi sukar ditepati, apatah lagi senang dimanipulasi oleh manusia yang lemah dan cinta duniawi. Moga Allah sedarkan pemimpin yang dipilih rakyat agar lebih takut dengan azab melantun bicara tanpa memikir isinya kerana neraka itu jelas bukan membakar kulit tapi hingga ke isi malah tulang sekali. Selamat berkhidmat dengan hati yang suci. Amanah itu jangan para YB khianati, nanti kelak azab menanti.

Majulah.. majulah.. langkah tak pernah berhenti. Positif itu ubat.. kerana Allah sentiasa mendidik diri bahawasanya Dia Maha Berkuasa atas segalanya yang belum kita miliki.


semoga yang diberi amanah dapat menjalankan amanah yang diberikan sebaiknya...
kerana pemimpin yang adik pasti Allah memberi ganjaran dan nilai yang hebat disisiNya..insyaAllah

Thursday, April 25, 2013

masalah remaja...

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: كُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَقَالَ: يَـا
غُلاَمٌ ، اِحْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ ، اِحْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تِجَـاهَكَ ، وَإِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِااللهِ ، وَاعْلَمْ أَنّ اْلأُمَّـةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوْكَ بِشَيْئٍ لَمْ يَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْئٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ ، وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْئٍ لَمْ يَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْئٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ ، جَفَّتِ اْلأَقْـلاَمُ وَطَوِيَتِ الصُّحُفُ .
(رَوَا هُ التُّرْمُذِى وَقاَلَ: حَسَنٌ صَحِيْحٌ)

Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.
(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)

bismilahirrahmanirrahim...
sebagai pembuka bicara, alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah.tuhan sekalian alam, yang menjadikan setiap sesuatu dengan asbabnya yang tertentu dan kuasa Allah yang Maha Hebat lagi Maha Berkuasa..

Alhamdulillah,dapat juga saya mencoretkan sesuatu di kolam maya ini sambil bertugas menjaga pusat akses di sekolah selaku AJK guru pusat akses. antara tugas-tugas khas di sekolah selain daripada mengajar.

saban hari yang terdekat ini, kedengaran sahaja berita-berita disiplin pelajar yang tak seronok didengari oleh guru atau orang luar.ada sahaja permasalahan yang timbul.kadang2 kami dikalangan guru, timbul persoalan kenapalah pelajar suka bertindak sedemikian?

bila dihubungkan dengan hadis di atas, saya dapat simpulkan, pelajar hari ini lebih rela mengikut kehendak perasaan, kehendak hati dan emosi daripada memohon pertolongan daripada Allah swt.kadang2 masalah yg timbul bukanlah dari kalangan pelajar yang lemah malahan ada juga dari kalangan pelajar yang pandai, kelas depan.bila benda sudah berlaku, barulah mereka sedar kesilapan mereka..

tapi,bukanlah salah mereka yang masih berada pada peringkat umur yang sentiasa ingin mencuba. kita sebagai golongan dewasa, sebagai guru, warga pendidik dan juga ibubapa harus menekankan konsep yakin kepada tuhan, jadikan tuhan sebagai tempat mengadu dan memohon pertolongan.minta sesuatu, mintalah dengan Allah dengan cara yang paling mudah iaitu berdoa..

semoga kita, golongan dewasa dapat membantu dan membawa remaja hari ini dekat kepada illah, dekat dan sentiasa mengharap kepada Allah swt..

"Memelihara Allah bererti memelihara agamanya. Memelihara agama bererti menjadi orang yang menuruti hukumnya dan mengikuti peraturannya. Dan itu tidak mungkin dapat dilakukan tanpa amal bakti, usaha dan ikhtiar. Melaksanakan suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya.
Para remaja hari ini terdedah dengan bermacam pengaruh negatif. Sungguh ramai di kalangan mereka yang jatuh kelembah kehinaan. Mereka sebenarnya boleh mendapat pemeliharaan Allah. Tetapi bagaimana mereka akan mendapat pemeliharaan Allah kalau mereka sendiri tidak berusaha memelihara Allah?
Setiap orang tua mesti berusaha untuk memberi kefahaman tentang konsep yang terkandung dalam hadis ini kepada anak-anak mereka. Jika mereka dapat memahami dan mengamalkan konsep ini, selain tugas orang tua akan menjadi lebih ringan dan juga insya Allah para remaja mereka akan selamat di dunia dan di akhirat."

wallahua'lam...




Wednesday, March 20, 2013

result SPM


inAllah esok result SPM 2012 bakal d umumkan...
good to all my students..
especially 5b n 5c..
moga Allah beri yang terbaik...
cg pun nerves sekali...

Sunday, February 24, 2013

hati tak tenang?

kadang-kadang Allah uji kita dengan hati yang tak tenang...
resah sentiasa...

bagaimana nak merawat hati yang tak tenang ye?

pesanan dari ibnu mas'ud carilah hati ti tiga buah tempat iaitu

Pertama: Tempat orang membaca Al-Qur’an dengan mendengarkan baik-baik 

atau ia membaca sendiri Al-Qur’an itu dengan baik dan tartil.


Kedua: Mendatangi majlis ta’lim atau tempat-tempat orang yang sedang 

menuntut ilmu, mendengarkan syarahan.


Ketiga: Datang ke tempat-tempat yang sunyi untuk menyendiri dengan 

beribadah & dapat merasakan manisnya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.



Seorang hukamak pernah berkata:

“Ubat hati itu ada lima perkara iaitu membaca Al-Qur’an dengan kefahaman, 


mendekati orang soleh, bangun malam untuk beribadah, mengurangkan makan 

dan menghadiri majlis ilmu”.



ketiga-tiga tempat itu kalau kita perhatikan,tidak lain tidak bukan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah..
dalam rangka mengingatkan kita kepada Allah swt...
tuhan dan zat yang maha hebat dari segalanya..

bertepatan dengan firman Allah dalam surah Ar-Ra'du ayat 28:

{الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ}
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan 

mengingat Allah hati menjadi tenteram”.

semoga kita semua sentiasa dalam keadaan hati yang tenang sentiasa...
tenang dengan mengingati Allah...

bukan tenang dengan mendengar hiburan duniawi yang hakikat sebenarnya melaghakan hati dan juga roh kita...nauzubillah..

post pertama untuk 2013

bismilahirrahmanirrahim....

segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam..alhamdulillah..tiada kalimah yang lebih bermakna untuk kita sama-sama bersyukur dengan semua nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita..semoga dengan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan ini, membuatkan diri kita bertambah dekatNya..

sedar tak sedar sudah hampir penghujung februari rupa2nya..cepatnya masa..semoga masa yang berlalu itu terisi dengan kehidupan kita yang sentiasa di mulakan dengan keikhlasan,insyaAllah..sentiasa mengharapkan kehidupan yang diredhai Allah swt...

mcm tak percaya juga, saya dah hampir 2 bulan biarkan kolam ini tidak berupdate...mohon maaf buat tetamu yang berkunjung...

penghujung 2012 saya dan suami sempat ke USM, bersama pelajar2 USM,KTD dan masyarakat yang Allah pilih untuk bersama dalam malam solidariti palestine..majlis tersebut bertambah semangat dengan ucapan oleh wartawan palestin yang menceritakan suasana geting yang berlaku di palestine di saat pihak israel menyerang tanpa henti...



 semangat remaja yang hadir di gegarkan  lagi denga persembahan yang penuh bersemangat dari kumpulan shoutul harakah..lagu2 yang disampaikan benar2 menaikkan semangat para hadirin..menaikkan rasa cinta kepada tanak air palestin dan menaikkan juga rasa benci kepada zionis..





saya sendiri teruja dengan semangat para remaja muslimah kita..semoga semangat ini bukan hanya pada malam ni sahaja ye adik2 yang di kasihi...

peristiwa yang menarik, ketika shoutul harakah membuat persembahan, ada adik2 comel naik ke pentas..menunjukkan semangat mereka bersama-sama shoutul harakah di atas pentas..mungkin juga atas dorongan abi masing-masing =)..

buat  rakan-rakan yang ingin melihat suasana pada malam tersebut boleh lah ke link ini,malam solidariti. 

kamera yang saya ada tidak mampu untuk menceritakan suasana malam tersebut...

akhir kalam semoga kita semua, umat islam dapat mendirikan solat di masjid al-aqsa dengan aman dan tenang satu hari nanti..ameen.. 

Tuesday, December 18, 2012

video: dont forget Allah


bismilahirrahmanirrahim 



 

alhamdulillah, dirumah IKIM.FM sentiasa terpasang..
sememangnya saluran yang mendidik jiwa..
sentiasa terdengar lagu ni..
hajat nk share di kolam untuk semua..

semoga kita semua sentiasa ingat Allah in our daily life..
insyaAllah..
dont forget Allah..OK!!!


***insyaAllah post akan datang nak share aktiviti saya sepanjang cuti ni...
moga Allah bagi peluang n ruang..

redhalah dengan penyusunan dariNya

bismilahirrrahmanirrahim...

Alhamdulillah...segala puji hanya bagi Allah...

cuti sekolah berbaki berapa hari sahaja lagi...semoga diri ini sedar, perlunya teruskan perjuangan sebagai seorang pendidik di bumi limbang..insyaAllah itulah yg terbaik Allah susun...

kita merancang, Allah juga merancang..

semoga Allah sentiasa mendidik kita untuk sentiasa redha dengan apa yang telah di susunkan untuk kita...

apa yang Allah susun,itulah yang terbaik utk kita..insyaAllah...kerana Dia Maha mengetahui keperluan diri kita..Allah beri apa yg kita perlukan, bukan apa yang kita inginkan..setuju x?

semuanya Allah dah tentukan...

bertepatanlah dengan hadis ini...


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): “Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya,amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.”
-muttafaqun’alaih-
semoga kita sentiasa mengharapkan keredhaan dariNya dalam setiap apa yang kita lakukan..
       redhalah dengan apa yang berlaku, kerana redhaNya yang kita mahu =)..