Friday, September 16, 2011

arwah ayah long yang di kasihi..

bismilahirrahmanirrahim...
tanggal 13 september bersamaan hari selasa merupakan hari jadi housemate saya dan juga merupakan teman rapat saya sepanjang berada di Limbang. kami posting sama-sama di sini, alhmdlh byk pengalaman kami kongsikan bersama...

 dan tanggal 13 september juga menjadi tarikh buat saya sekeluarga redha dengan pemergian bapa saudara yang dikasihi, ayah long..pagi, sampai di sekolah saya dapat msg dr adik yang berada dikuantan mengatakan ayah long dah tenat.entah mengapa hati dah berdebar, saya cuba tenangkan hati dan panjangkan doa moga Allah susun yang terbaik.

arwah ditahan di HKB pada 23 ramadhan lagi, di tahan kerana mengalami internal bleeding..saya berasa sedikit kecewa, kesempatan balik beraya selama 5 hari di kelantan tak dapat saya gunakan untuk ziarah arwah di hospital. asyik tangguh je. amalan menangguh memang tak bagus, akhirnya pasti menyesal. 

pemergian arwah memang tak disangka. arwah sangat aktif, selepas pencen arwah sentiasa menjaga kesihatan, katanya badan ini amanah dari Allah.kita kene jaga.selalu pesan pada anak saudaranya, supaya exercise, jaga kesihatan. arwah suka swimming, cycling and surfing internet.gaya hidup arwah, adalah gaya hidup orang yang sihat.tp, ajal maut di tangan Allah, semua manusia pasti akan menemui ajalnya..banyak kenangan kami adik-beradik dengan arwah.setiap kali jumpa dgn arwah pasti kami teringat dengan datuk kami.muka mereka memang seiras..perangai pun lebih kurang.

pepun, semoga roh ayah long disusuri rahmat, mendapat keampunan dari Allah serta di tempatkan bersama dengan orang yang beriman dan beramal soleh...Al-Fatihah...ameen.


last moment with arwah ayh long, pada 3jun 2011...

Saturday, August 20, 2011

palestine dan ramadhan

bismilahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah...


Apa khaba ye teman-teman yang dikasihi sekalian?
bagaimana dgn ramadhan kali ini?sudah pertengahan kita ni...20 yang pertama menuju ke pengakhiran..insyaAllah 10 terakhir akan datang juga..tapi, sebagai orang yang beriman dan bertauhidkan kepada Allah swt.bukan 10 terakhr yang kita nantikan, sepatutnya, awal ramadhan lagi kita cuba untuk memaksimakan amalan ibadah kita..teringat kat pck shaari ptg semalam, orang yang beriman menggunakan peluang ramadhan pada tahun ini, sejak awal ramadhan lagi..bukanya sampai 10 terakhir baru nak tingkatkan amalan...


alhamdulillah, pada hari selasa yng lepas, satu program ceramah telah diadakan di sekolah saya yang disampaikan oleh wakil aman palestine. ceramah disampaikan lebih kurang sejam lebih.walaupun ringkas, pada saya ianya cukup untuk mengingatkan pelajar tentang saudara seakidah yang berada disana, dan pastinya untuk peringatan diri saya juga...


tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk mengutip derma kepada rakyat palestine, sepertimana yang kita sedia maklum, di bulan ramadhan kita digalakkan memberi sedekah dalam apa jua bentuk.memberi wang atau mungkin juga memberi makanan atau iftar untuk berbuka puasa.


alhamdulillah, walaupun dari pemerhatian saya pelajar asrama lelaki tidaklah semua yang hadir berbanding dengan pelajar perempuan.namun, saya harap sedikit sebanyak ianya dapat memberi kesan kepada yang hadir.semoga yang hadir dapat kongsikan apa yang mereka saksikan dalam paparan video kepada kawan mereka.



lagu palestine oleh gabungan kumpulan nasyeed malaysia....dengar dan lihat banyak kali, makin meninggi rasa benci kepada zionis



sama-samalah kita semua mendoakan saudara seagama, 
seakidah kita di sana..
masih ada lagi antara kita yang tak ambil tahu, 
dan tidak tahu apa yang terjadi di palestine...

teringat, pada satu hari, pelajar saya menegur tentang sticker yang saya tampal di kalkulator saya,sticker yang tertulis " palestine, we are with you" dan juga beberapa bendera palestine..

insyaAllah, itu sahaja untuk kali ini..terima kasih atas kunjungan teman-teman yang dikasihi...
ramadhan sudah menuju ke penghujungnya..
sama-sama kita tingkatkan semua amalan...
dan jgn lupa untuk menjadi pemburu lailatul qadar..

Sunday, August 7, 2011

tentang ramadhan....


tentang ramadhan....sumber, peribadi rasulullah

4 Kasih Sayang Allah SWT Zahirkan Pada Orang Mukmin 
Di Bulan Ramadhan

1-Allah SWT anugerahkan rasa rindu dan cinta pada bulan Ramadhan untuk orang mukmin yang terpilih.
2- Allah SWT mendekatkan orang mukmin yang berada jauh daripada Allah SWT diluar bulan Ramadhan.
3- Allah SWT  menunaikan permintaan orang yang melakukan perkara haram diluar bulan Ramadhan tetapi bertaubat di bulan Ramadhan.
4- Allah SWT menunjukkan jalan Taubat atau jalan kebaikkan kepada mereka yang melakukan kejahatan diluar bulan Ramadhan ( Dengan kehendak dan pilihan Allah SWT ).

5 Nikmat Khusus Untuk Umat Muhammad SAW Dalam Bulan Ramadhan
1- Pada malam pertama bulan Ramadhan Allah SWT akan menilik setiap wajah insan-insan yang berpuasa.
2- Mulut umat Nabi Muhammad SAW yang berpuasa akan berbau lebih wangi daripada Kasturi pada hari Kiamat nanti.
3- Umat Nabi Muhammad SAW yang berpuasa akan mendapat Doa Keampunan daripada Para mailaikat siang dan malam.
4- Allah SWT akan mengarah kepada Syurga agar bersiap dan berhias  dengan penuh keindahan  agar sedia menerima kedatangan umat Nabi Muhammad yang menunaikan puasa Ramadhan.
5- Pada malam terakhir Ramadhan Allah SWT bersedia mengampun segala dosa umat Nabi Muhammad yang berpuasa kecuali dosa-dosa yang berkaitan dengan manusia.
Suntingan daripada hadis dalam ceramah agama.
Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. 
( Solusi . m/s : 27 ).


bekalan dari ramadhan

bismilahirrahanirrahim...


Alhamdulillah, Allah telah megizinkan kita bertemu lagi dengan bulan yang penuh barakah, bulan ramadhan...bulan yang dinantikan oleh setiap sahabat rasulullah, para ulama', setiap muslim dan pastinya kita juga menantikan kedatangan ramadhan tahun ini...bulan yang menjadi sumber bekalan bagi setiap muslim yang menyedari hakikat istimewanya ramadhan.


masa pantas berlalu,10 ramadhan hampir berlalu..saya mengajak diri saya dan teman-teman yang dikasihi, jangan kita bazirkan masa yang berlalu..mungkin, bg adik-adik yang sedang bercuti dapat manfaatkan ramadhan kali ini semaksima mungkin. namun, bagi yang berkerja dan baru berkerja sperti saya, buat yang terbaik untuk ramadhan bukanlah halangan..sama-sama kita rasai ramdhan bukan bulan yang meletihkan,tapi bulan yang menguatkan hati dan juga fizikal kita..insyaAllah...


hari ini, saya cuba mencari serba sedikit tentang ramadhan..menambahkan lagi ilmu yang kurang...
insyaAllah,
teman-teman yang dikasihi, dikesempatan ini ingin saya kongsikan satu post yang di ambil dari ukhti yang dikasihi amnani akhili...
semoga bermanfaat untuk kalian, sepertimana saya...


RAMADHAN; JOM JADI JUTAWAN PAHALA !

Beberapa hari yang lalu, saya berpeluang menemubual seorang pensyarah 
di Kolej Teknologi Darul Naim tentang Ramadhan untuk dimuatkan dalam 
majalah Haluan. Beliau adalah Al-Fadhil Ustaz Mohd Noor Bin Awang Kecik,
yang sebelum ini telah lama berkhidmat sebagai pensyarah di UiTM Machang. 
Berikut saya sertakan teks penuh temu ramah 
bersama beliau. Semoga bermanfaat buat kita semua, InsyaAllah.

Bagaimana seharusnya sikap seorang mukmin sebelum dan selepas 
Ramadhan?

Ramadhan begitu istimewa di hati setiap mukmin dengan segala fadilatnya.
 Bukan saja 
dalam Ramadhan tapi sebelum dan selepasnya. Umpamanya, di ambang 
Ramadhan lagi kita perlu rasa gembira dan dan positif terhadap 
kedatangannya. Apabila menemuinya kita perlu rasa berjaya. 
Tetapi siapa yang fikir negative akan rasa letih dari awal lagi.

Sebelum Ramadhan lagi kita perlu rancang bagaimana mengisinya 
dengan segala bentuk ketaatan kerana pada bulan ini amalan sunnah  
akan memperoleh pahala fardhu.

Jadi selepas Ramadhan sepatutnya kita menjadi hamba yang jujur, ikhlas, 
dan amanah.Ini kerana Ramadhan berbeza dengan ibadah lain yang kita 
boleh lihat secara zahir pelaksanaannya. Tetapi ibadah puasa, kita tidak 
boleh membezakan sama ada seseorang itu berpuasa atau tidak. 
Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.

Jadi hasil tarbiyyah Ramadhan melatih ikhlas, jujur dan amanah. Terutama 
dengan Allah, ibubapa, dan juga diri sendiri. Sepatutnya latihan intensif 30 
hari sepanjang Ramadhan memberi impak. Lahir remaja berwajah baru, 
bersikap baru kesan Madrasah Ramadhaniyyah yang sepatutnya memberi 
perubahan dalam hidup. Hala tuju, survival dan matlamat hidup semuanya 
menjadi jelas. Alangkah malangnya jika kita tergolong dalam 
yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: “Betapa ramai orang yang 
berpuasatapi tidak mendapatkan apa-apa baginya kecuali rasa lapar.” 
(HR An-Nasaie dan Ibnu Majah)

Bagaimana pula ketika Ramadhan? Apakah bekalan yang boleh kita 
perolehi sepanjang Ramadhan?

Pelbagai bekalan yang boleh kita dapati daripada Ramadhan,antaranya 
bekalan Al-Quran.Di dalam Ramadhan remaja seharusnya semakin dekat 
dengan Al-Quran dan mereka perlu melazimi tabiat hebat ini di bulan-bulan 
lain. Mereka perlu benar-benar merasai hakikat Quran sebagai hudan 
linnas (petunjuk bagi manusia).

Bekalan kedua ialah Siyaam (Puasa). Puasa adalah bekal yang 
hebat. Rasulullah saw menggalakkan puasa 6 Syawal. Selain itu baginda 
menganjurkan puasa Isnin khamis dan puasa hari-hari cerah (Yaum bayadh) 
agar kita sentiasa cintakan amalan berpuasa dan bukan semata-mata di 
bulan Ramadhan.


Bekalan seterusnya ialah Qiyamullail. Remaja harus 
dilatih cintakan Qiyam.
Bukan apabila ada program qiyam jama’ie saja baru buat. Jika telah biasa 
dilatih, akan jadi darah daging yang sebati dalam hidup. Kita harus jaga 
qiyam ini kerana saat yang paling rapat antara kita dengan Allah  adalah 
ketika sujud.

Bekalan keempat adalah Infaq. Jangan menunggu masa tua atau beralasan 
tidak kaya untuk tidak berinfak. Ini kerana Rasulullah tidak mensyaratkan kaya 
itu sebagai syarat yang membolehkan berinfak. Rasulullah menggalakkan 
semua orang walaupun tidak kaya. Sebab itu baginda menganjurkan infaq juga 
walaupun dengan sebiji tamar, segelas air atau susu.

Di bulan Ramadhan, remaja harus berlumba-lumba menjadi jutawan 
pahala dengan melakukan amalan-amalan ini sebanyaknya. 
Jika dari segi infaq pula, tak semestinya infaq yang berbentuk material,
malah sepanjang Ramadhan juga kita telah dilatih gemar mendermakan 
masa dan tenaga. 

Tidak lokek membantu orang dan sebagainya. Selain itu remaja harus 
menjadikan dirinya seorang yang sentiasa bermanfaat kepada Islam dan 
ummah kerana Rasulullah bersabda Khayrunnaas anfa’ahunm linnaas. 
Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling bermanfaat 
kepada orang lain. Tidak guna jika seseorang itu menjadi seorang 
Perdana Menteri sekalipun, jika kita 
tidak dapat memberi manfaat kepada Islam.

Remaja perlu anggap pahala seperti duit. Dengan duit kita boleh mendapatkan 
apa saja yang kita kehendaki. Begitu juga fungsi pahala. Di Akhirat kita 
boleh dapat apa saja yang kita hajati. Justeru kita perlu transfer segala 
yang kita miliki agar menjadi pahala. Contohnya laptop, motor, telefon bimbit, 
semua itu boleh menjadi sumber pahala jika kita gunakan dengan sebaiknya.

Janganlah kita menggunakan segala yang dipunyai itu sebagai alat 
membantu kita memaksiati Allah kerana itu bermakna kita sedang transfer 
hal milik kita menjadi dosa.

Sebagaimana yang kita sering dengar, Ramadhan adalah bulan 
perubahan. Tapi perubahan yang bagaimana yang kita harapkan?

Perubahan yang paling besar dan utama ialah mengikis kerosakan. 
Sebagaimana kaedah yang digariskan para ulama’ ; Dar’ul Mafasid Awla 
Min Jalbil Masolih. Membuang kerosakan itu lebih baik daripada menjana 
kebaikan. Bererti kita wajar melakukan perubahan dengan mengikis buang 
segala yang tidak baik dalam diri kita dari segi aqidah, akhlaq dan pemikiran.

Malangnya masyarakat kita hari ini sibuk beramal tapi dalam masa yang 
sama tidak mahu menanggalkan maksiat daripada kehidupan mereka. 
Padahal target kita selepas Ramadhan semua dosa terampun dan kita dapat 
kembali kepada fitrah. Rugilah kita Allah beri kita sebulan jika kita tidak 
merebut betul-betul peluang itu.

Sepatutnya proses tarbiyyah dan tazkiyyah sepanjang Ramadhan dapat 
melahirkan kita semula sebagai seorang yang suci bersih sebagaimana 
baru dilahirkan dalam keadaan fitrah. Beringatlah terhadap sabda Rasulullah 
SAW : Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan
tetapi dosanya 

tidak juga diampuni. (Diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari)

Bagaimanakah kita ingin memastikan kesinambungan madrasah 
Ramadhan apabila Ramadhan telah meninggalkan kita nanti? 
Bagaimana untuk istiqomah kesungguhan beramal seperti 
di bulan Ramadhan?

Allah jadikan manusia dengan matlamat ubudiyyah yakni perhambaan diri 
setiap ketika pada Allah. Itulah  yang dikatakan hamba rabbani. 
Jika kita hanya suka beribadah di bulan ramadhan saja, jadilah 
kita hamba ramadhan. Janganlah bersungguh di bulan ramadhan
saja kerana taklif ubudiah itu seharusnya berjalan setiap masa. 
Cuma dalam bulan Ramadhan  Allah tawarkan latihan yang lebih 
intensif yang disertai tawaran-tawaran hebat. 

Kita wajib beramal kerana Allah sahaja bukan kerana Ramadhan.Jadi 
momentum untuk beramal harus sentiasa meningkat dari semasa ke semasa 
tidak kira di bulan mana sekalipun.

Pesanan Ustaz kepada buat golongan remaja?

Golongan remaja sangat istimewa dan dapat perhatian serius Rasulullah. 
Dalam banyak hadith Rasulullah khususkan dengan panggilan Ya 
Ma’syaral Syabab. Ini merupakan satu panggilan penghormatan yang 
menggambarkan baginda mengambil berat terhadap golongan muda 
kerana mereka memiliki banyak potensi. 

Baginda pernah bersabda: “Aku didokong oleh pemuda sedangkan 
orang tua menolak dakwahku.” Begitu juga dalam Quran Allah 
memuji generasi muda. “Sesungguhnya mereka adalah 
pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami 
tambahkan petunjuk kepada mereka. 
(Al-Kahfi :13)


Remaja dan Ramadhan-harus ada pertalian rapat bukan semasa tua baru 
ingin menghargai Ramadhan. Pada bulan Ramadhan seharusnya remaja 
dibimbing dan diberi persediaan secukupnya untuk menghadapi 
survival 11 bulan lagi dengan bekalan Ramadhan. Remaja cemerlang 
adalah remaja bertaqwa. 

Yakni mereka yang takut pada Allah sejak masih muda.

Dalam hal mengumpul bekalan akhirat tiada istilah tunggu masa tua. 
Tanggapan sebegitu harus dibuang jauh-jauh. Persoalan taqwa dan melakukan 
kerja-kerja Islam bukan untuk org tua, sebaliknya tugas org muda kerana 
tenaga dan idea mereka masih banyak. Malah sebenarnya persediaan 
awal itu mustahak. Persiapan di waktu muda itu penting untuk kegunaan 
sehingga ke hari tua. Sebaik-baik bekalan di masa muda ialah Al-Quran, 
bekalan iman dan bekalan Ramadhan kerana tujuan terakhir Ramadhan 
itu ialah taqwa (La’allakum Tattaqun- Mudah-mudahan kamu bertaqwa).

Perjalanan masih jauh, justeru kita perlu menyiapkan bekal sebanyaknya. 
Di pertengahan jalan terdapat banyak simpang siur. Sesiapa yang tidak 
mempunyai bekalan tarbiyah dan jihad yang secukupnya pasti akan gugur 
di tengah perjalanan. Menurut Syeikh Mustafa Masyhur- Al-Mutasaqitun 
‘Ala Toriq Ad-Dakwah (Golongan Yang Gugur Di Sepanjang Jalan Dakwah), 
antara bekal terbesar itu adalah Ramadhan.

Kedatangan Ramadhan seumpama pengembara yang musafir jauh di 
padang pasir, tiba-tiba terjumpa taman yang redup, indah dan terdapat 
bekalan air yang banyak. Jadi alangkah ruginya jika tidak ambil peluang 
masuk ke taman itu dan melengkapkan diri dengan pelbagai bekalan yang 
terbentang luas.



ayuh, teman-teman yang dikasihi...jgn berada dalam lamunan lagi...kita sekarang berada dalam bulan ramadhan..jgn biarkan ramadhan berlalu tanpa bekalan yang kita ambik darinya...ayuh tingkatkan amal,semoga diakhir nanti kita peroleh nilai taqwa di sisi Allah..inAllah..


***setiap tahun, apabila melalui dan mangakhiri ramadhan, saya sentiasa berfikir bertemu lagi kah saya dengan ramadhan, dengan siapa saya akan bersahur ,berbuka dan pergi terawikh nanti?..
tahun ni, walaupun dah bergelar isteri tapi masih belum berkesempatan bersahur dan berbuka dengan kekasih hati, hadiah dari Ilahi...
insyaAllah moga, Allah beri kesempatan nanti..

Saturday, July 23, 2011

jaulah dan ziarah ke brunei

Alhamdulillah, dengan izin Allah saya dan ahli-ahli usrah berkesempatan jaulah dan ziarah ke brunei. kami 7 orang semuanya, yang paling seronoknya cg Aini, tak sampai lagi sebulan sampai limbang dah g jalan brunei.


di sini saya sertakan gamba kami di sana...
brunei darul salam, sebuah negara islam..


sign board ke brunei dari imegresen kuala lurah


masjid di brunei, masjid umah ali namanya..kalau xsilap




gambar masjid dari bangunan yayasan Sultan Hassanal Bolkiah




di brunei bahasa melayu dan tulisan jawi  digunakan..




jame' asr..sangat cantik dan mewah..luar dan dalam..




sampai sahaja kami di jame' asr, kami disambut dengan hujan..




cikgu-cikgu semenanjung yang berkhidmat di limbang...

memang tak puas kami ambil gambar di sini..




air panjut yang menghias didepan masjid...




perhatikan bahasa yang digunakan..tuan patik..kalau di Malaysia tuanku..

alhamdulillah, jaulah kami kesana bukan sahaja mengisi masa malah lebih lagi..dapat ziarah pck syaari dan mck ni, hati juga terisi.pck dan mck memberi layanan yang istimewa untuk kami,moga Allah sahaja yang membalasnya...

teringat lagi kata pck, kita mesti rasa izzah dengan islam..rasa hebat dengan islam, walau kemana sahaja kita pergi..

bagi saya, rasa syukur yang amat sangat kerana Allah permudahkan jaulah kami.pada mulanya, nk bawa 2 orang sahaja. tapi, 'last minute' tambah lagi 5 orang..alhamdlh..moga Allah merahmati jaulah kami dan ukhwah kami.semoga jaulah ini bukan kali pertama dan terakhir..insyaAllah.

*teringt pula jaulah dengan bait 303...sentiasa merindui kalian,moga Allah lindungi kalian dengan rahmatNya..

Thursday, July 21, 2011

rasailah hikmah di sebalik susunan Allah...

bismilahirrahmanirrahim...

saya ingin kongsiakan satu kisah yang saya dengar dari 'roomate saya' dah lama sebenarnya saya simpan kisah ini untuk dikongsikan di sini...

kisah ini berlaku pada orang yang saya kenal, saya namakan A. tapi, kami tidaklah rapat.kenal nama,kenal orangnya...ada jugalah bercakap, cuma kami tidaklah rapat sangat sebabnya tak sama kos pengajian.dia, sama kos dengan 'roomate' saya, kejuruteraan awam.

dari cerita 'roomate saya', A telah berkahwin dengan rakan sekelas mereka U.Alhamdulillah, dah jodohkan tak kemana.majlis perkahwinan bagi pihak perempuan telah diadakan pada bulan 4, pihak lelaki pula pada bulan 6.mereka adalah pasangan yang bahagia, walaupun tinggal berjauhan sorang di Melaka, sorang lagi di Johor. setiap hujung minggu mereka akan berjumpa.

pada hari jumaat beberapa minggu yang lepas. U, iaitu si suami telah berasa tidak sihat sewaktu berkerja di 'site' dan telah diberi kebenaran oleh ketuanya untuk berehat. sewaktu berehat, U telah tertidur dan berdengkur dengan agak kuat. kawan U ingin mengejutkannya, namun Allah maha berkuasa. sewaktu kawan U ingin kejutkannya dari tidur. U sudah tidak bernafas lagi dan meninggal dalam tidur. saya dengar kisah ini,memang rasa sangat terkejut.memandangkan usia perkahwinan mereka yang baru sahaja berapa bulan. tambahan lagi, A baru sahaja mengandung 2 bulan. ya Allah, moga kau tabahkan hati A...hebat betul ujian Allah untuk A..disaat A mengandung dan memerlukan suamnyai, Allah ambilnya.



bila fikirkan balik apa yang terjadi pada A dan U.memang saya rasa simpati, tambahan pula ucapan takziah untuk keluarga U memenuhi 'wall' facebooknya.semua orang sayangkan dia.tapi, Allah lagi sayangkanya.

Allah dah berfirman dalam surah Al-Baqarah. apa yang kita suka, tak semestinya baik untuk kita, dan apa yang kita tak suka tak semestinya tidak baik untuk kita.hanya Allah yang megetahui..


bila fikirkan pasal PJJ, perkahwinan jarak jauh.bukan sekadar fikir, tetapi melaluinya. tawakkal dan redha Allah sahaja yang diharapkan.sepertimana yang saya sedang lalu sekarang..moga Allah pelihara dari kesedihan dan kegelisahan. moga jarak yang terbina ini,menguatkan lagi rasa kasih dan sayang antara kami..

PJJ di kalangan suami isteri bukan lagi perkara luar biasa pada hari ini.lebih-lebih lagi di kalangan guru, kerana bukan senang nak minta pindah dari satu sekolah ke satu sekolah.hal ini, sedang di lalui oleh 'housemate' saya nik zakiah. moga Allah terus tabahkan hati nik dan suami, semoga baby yang bakal  lahir akan jadi setabah mama dan papanya...insyaAllah.

semoga kita sentiasa berlapang dada dengan apa yang Allah susunkan untuk kita..
insyaAllah, Allah takkan dan tidak pernah menzalimi hamba-hambanya selagi kita tidak melakukan apa yang Allah murka...

Thursday, July 7, 2011

jom siapkan diri sambut ramadhan

insyaAllah, esok hari khamis. bolehlah kita sama-sama puasa sunat dan juga sebagai persiapan untuk menerima ramadhan yang hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi..


sejak akhir-akhir ini, ramai juga cikgu di sekolah sudah mula puasa sunat tak kurang juga yang puasa ganti.maklumlah ada yang bersalin di bulan ramdhan, dengan automatiknya perlulah ganti puasa selama sebulan.satu tempoh yang lama juga tu.mak saya juga pernah kena ganti puasa selama sebulan, kerana melahirkan saya. cabarn juga ye, puasa ganti disaat orang lain tidak berpuasa...


inyaAllah, di kesempatan yang ada ini saya ingin kongsikan satu post dari haluan kelantan oleh: Ustaz Ali Irfan Jamaluddin (Pengerusi HALUANSiswa Kelantan) . di kesempatan ini, saya ingin mengajak teman-teman yang di kasihi mempersiapkan diri untuk menyambut kedatangan ramadhan agar ramadhan kali    ini lebih bermakna dalam erti kata lain lebih baik daripada tahun lepas, insyaAllah..



“ Sedar atau tidak, beberapa minggu lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan”
“ Jadi, kita perlu rancang dan bersiap sedia untuk memasuki bulan Ramadhan,”
“ Jadilah kita insan-insan yang ingin dan hajatkan amalan soleh yang terbaik di sepanjang bulan Ramadhan,”
 
Ramadhan, ia telah memberikan banyak kesan, pengaruh dan sentuhan kepada saya. Banyak peristiwa-peristiwa turning point yang terjadi kepada saya di bulan-bulan Ramadhan. Lantas itu, setiap kali bulan Ramadhan akan tiba – saya terasa akan sesuatu yang istimewa.
 
Kita bersiapkan diri untuk mengejar ganjaran atau trofi di dalam bulan Ramadhan itu, trofi taqwa. Ganjaran, hadiah dan pemberian Allah SWT kepada yang benar-benar fokus amalan di bulan ini.
 
“ Kita start dengan warming up menuju Ramadhan!,”
 
Saya kongsikan warming up menuju Ramadhan yang saya ambil berdasarkan panduan para ulama dan tips-tips oleh kitab-kitab tulisan para ilmuan Islam sebagai rujukan bersama.
 
• Lakukan pembacaan buku daripada kitab-kitab, buku-buku dan artikel-artikel berkaitan dengan Ramadhan. Salah satunya buku, yang ditulis oleh Prof Dr Yusof al-Qardawi – Ibadah dalam Islam. Sebenarnya terdapat banyak buku-buku yang menulis, membincangkan dan membahaskan berkaitan ibadah puasa dan Ramadhan. Saat ini, kedai-kedai buku banyak mempromosikan buku-buku yang berkualiti berkaitan perkara ini.
 
• Lakukan warming-up dengan berpuasa setiap Isnin dan Khamis. Ia adalah latihan yang akan memberikan kesan yang mendalam kepada jiwa dan hati kita. Bagi, mereka-mereka yang perlu menggantikan puasa yang perlu diganti – amat sesuailah menyelesaikannya dengan segera dan terancang. InsyaAllah.
 
• Latihan dan intensif tidur awal dan membiasakan diri untuk bangun awal. Anggap seperti seolah-olah kita sudah berada di bulan Ramadhan. Minda, hati dan fizikal disettkan kea rah itu. Biasakan diri di awal pagi dengan amalan seperti solat sunat, berzikir dan membaca Al-Quran.
 
• Mulakanlah membaca Al-Quran setiap hari dengan penuh tadabur, khusyuk dan terancang. Tambahkan jumlah ayat yang dibaca dari satu hari ke satu hari. Mudahan-mudahan kita menjadi insan yang menghidupkan Al-Quran dalam kehidupan sehingga menjadi kebiasaan.
 
• Luangkan masa mendengar lantunan bacaan Al-Quran daripada pasangan anda, qari-qari yang terkenal dan kaset-kaset radio. Boleh juga memasang MP3 Al-Quran di kereta atau laptop di celah-celah waktu yang terluang. InsyaAllah, rasailah perbezaan dalam kehidupan anda.
 
• Biasakan diri untuk sentiasa memelihara wudhuk. Berwudhuk menyebabkan kita sentiasa berada di dalam keadaan suci, bersih dan jernih. Bulan Ramadhan adalah bulan yang bersih dan ia sendiri membersihkan diri kita daripada dosa dan maksiat.
 
• Dekati, hampiri dan bergaul dengan orang-orang yang alim, warak dan soleh. Saat ini, kita perlu mengutip sebanyak mungkin mutiara, hikmah, ilmu dan pengetahuan yang berguna daripada mereka terutamanya berkaitan dengan ibadah puasa dan Ramadhan itu sendiri.
 
• Setiap malam sebelum tidur, bermuhasabahlah diri kita. Mohonlah keampunan, kerahmatan dan keredhaan daripada Allah SWT. Bersungguh-sungguh mengamati diri sendiri dan pintalah kekuatan agar dikekalkan dalam kebaikan sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan yang penuh barakah.
 
• Perbanyakanlah mendirikan solat sunat setiap hari, terutamanya di saat sepertiga malam. Luangkanlah masa untuk solat sunat seperti solat sunat Rawatib, Dhuha, Taubat, Hajat dan Tahajud.
 
• Dalam sehari, berikanlah masa untuk bersendirian untuk berzikir kepada Allah SWT. Masa-masa sebegini sangat penting untuk mendekatkan jiwa dan menghampirkan diri kita kepada Allah SWT.
 
• Mulakanlah amalan bersedekah, sedikit demi sedikit. Kita rancang kewangan kita untuk bersedekah. Bahagi-bahagikan kewangan kita untuk fakir miskin, pembangunan institusi-institusi pendidikan, pembinaan masjid, belanja kawan berbuka puasa dan sebagainya. Ia adalah pelaburan yang sangat menguntungkan.
 
• Bantulah orang lain yang sangat-sangat memerlukan sama ada dalam bentuk keilmuan, bantuan kewangan, pertolongan kudrat dan kemahiran yang kita miliki. Ia akan melatih sifat pemurah dan jiwa yang luhur.
 
• Luangkan masa bersama ahli keluarga, rakan dan sesiapa sahaja disekitar anda dan berbincangkanlah tentang Ramadhan yang bakal tiba, persediaan, harapan, perlaksanaan dan sebagainya. Moga-moga ia akan memberikan tiupan semangat untuk meraih trofi Ramadhan yang sangat berharga.
 
• Bagi yang berkemampuan untuk mengerjakan umrah, maka rancanglah ia dengan sebaiknya. Tiada kenikmatan yang lebih indah daripada beribadah dengan penuh keikhlasan, kejujuran dan keasyikan di Tanah Suci Mekah.
 
• Hebah-hebahkan, war-warkan dan maklumkan tentang ketibaan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi kepada kenalan, sahabat handai dan sesiapa sahaja melalui SMS, emel, FB, twitter dan blog-blog anda. Sebagai peringatan untuk kita lakukan yang terbaik untuk Ramadhan.
 
Marilah sama-sama kita mengejar trofi Ramadhan dan juga medal atau piala taqwa. Natijah bagi orang-orang yang beriman, bersungguh-sungguh dan tekun dalam ibadah Ramadhan.
 
Harapan saya, persiapan Ramadhan kali ini akan memberikan lembaran baru dan sinar kejayaan kepada kita untuk merasai sesuatu yang luar biasa setelah berada di dalam Bulan Ramadhan. Itulah hajat, cita-cita dan keinginan saya.
 
Fokus saya ialah :
 
“Ingin menjadikan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.”
“ Ramadhan yang terbaik dalam hidup.”
 
InsyaAllah.
 
Jom, kita start warming-up sekarang.
 
Artikel penuh boleh layari website Langitilahi.Com. – Warming up mengejar piala taqwa!

sebelum mengakhiri post kali ini, 
sama-sama kita koreksi diri kita, renung kembali ramadhan yang lepas...
adakah semua amalan-amalan sunat sepanjang ramadhan dapat kita laksanakan?
dapat kah kita hidupkan 10 malam terakhir?

jika tidak,semoga Allah memberi kita peluang dan umur yang panjang,dapat berjumpa 
ramadhan pada tahun ini..insyaAllah..