Thursday, July 29, 2010

a picture = thousand word

bismilahirrahmanirrahim...


i'm still remember my lecturer pn norsyah has said that

" A picture worth a thousand word"..

in this post i would like to share with you some

picture that i have link it..


so, just click here...

from this web site, you can see how creative there are

 to spread ISLAM..subhanallah..

may Allah bless them..


another link, please click here...

some of you may have seen the picture @ image,

but at this time please spend more time to observe the image (",)...


hope we gain something from the picture...

most important thing, i can said here is ISLAM not

only in word. ISLAM can be in anything..of cause..

it depend on us, how to delivered, spread and share

this wonderful religious...insyaAllah..


last but not least..

what u can see in this picture =)


Wednesday, July 28, 2010

rezeki itu dari Allah





Bismilahirrahmanirrahim..



Assalamualaikum wbt....




Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam.

selawat dan salam ke atas nabi Muhammad saw serta keluarga dan sahabat

baginda...



apa khaba yer teman-teman sekalian?akhir-akhir ini,saya dapat

rasakan saya kurang update kolam ni..setiap kali melayari internet

ada sahaja tempat yang hendak di tuju.tambahan lagi, dah tamat belajar.

 banyak perkara yang perlu di ambil kira. nak sambung belajar

atau nak kerja. kalau sambung kat mana?kalau nak kerja kat mana?

banyak persoalan yang perlu di jawab.kepada adik-adik yang masih

belajar rancanglah sebaik mungkin yer, supaya jelas masa depan






Bagi saya yang merupakan lepasan ijazah pendidikan, terus

menjadi cikgu bukanlah jawapannya. kata orang dah ambil

 ijazah pendidikan, senanglah dapat kerja.betul ker? tidak

semudah yang di sangka... zaman sekarang ni, boleh dikatakan

penuh dengan birokrasi. insyaAllah ada baik dan ada buruknya.

kadang-kadang kita menjadi mangsa kepada arus kemodenan pada hari ni.






nak jadi cikgu pun ada birokrasinya. perlu isi borang. kemudian

tunggu untuk panggilan interview, kemudian tunggu lagi untuk

posting ke tempat yang kita inginkan, jika kita bernasib baik

dapatlah tempatnya. tapi, sekiranya tiada, kita akan di hantar

ke tempat yang ada kekosongan..begitulah ceritanya...

nampak macam mudah, tapi tempoh untuk panggilan interview

dan juga posting ambil masa lebih dari sebulan..saya rasa bukan

bakal cikgu sahaja yang mengalami situasi ini. malah bakal

ahli farmasi juga. itulah yang telah diceritakan oleh kawan saya

di johor, yang sedang menunggu posting untuk ahli farmasi...






mungkin semasa menuggu panggilan untuk interview, nama kita

tidak tersenarai..apa perasaan yer?sedih, marah, kecewa...

tambah lagi bila kita menghubungi pihak berkenaan, alasan yang

 tidak munasabah telah diberikan..tetapi, apabila kita letak semuanya

pada kuasa Allah..insyaAllah hati akan redha dan pasrah menerimanya..

setiap orang ada rezeki masing-masing yang Allah dah tentukan..






"Apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya,

redhalah dengan apa yang berlaku kerana redhanya yang kita cari.."






dipetik dari buku bekalan dalam jalan da'wah oleh mustafa masyhur:






seorang mu'min redha terhadap rezekiyang diagihkan oleh Allah swt,

kerana sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Melihat

hamba-hambaNya. Allah telah berfirman dalam surah Asy-Syu'ra:27






" Seadainya Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya,

nescaya mereka akan melampaui batas di bumi

(dengan kufur dan maksiat). Tetapi Allah menurunkan rezeki

menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang

dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui

dengan mendalam lagi Maha Melihat akan segala hambaNya"


kepada kawan-kawan yang menerima panggilan interview untuk

GST 2010, tahniah saya ucapkan..kepada yang tidak berjaya,

janganlah bersedih hati..kita cuba lagi utk hujung tahun ni...

semoga rezeki dari Allah akan menyebelahi kita insyaAllah..






Wednesday, July 14, 2010

ciptaan Allah di sabah

bismilahirrahmanirrahim...

alhamdulillah, Allah memberi kesempatan buat saya dan juga keluarga yang tersayang berjaulah ke negeri bawah bayu buat kesekian kalinya..
kadang-kadang terlintas juga,kalaulah kak long tak tinggal di sabah. mungkin tidak terjejak kaki ke sini..alhamdulillah, semuanya Allah yang susun..

insyaAllah di kesempatan ini..saya ingin kongsikan bersama teman-teman yang dikasihi sekalian keindahan ciptaan Allah..subhanallah..

ini hanyalah gamba, tapi bila dilihat dgn mata sendiri..tak dapat dinilai betapa hebatnya sang pencipta..maha suci Allah

mount kinabalu di selaputi kabus..gamba ni di ambil dari bilik hotel.


mount kinabalu sudah kelihatan sedikit demi sedikit...

mount kinabalu jelas kelihatan...subhanallah..

puncaknya batu bukan lagi tanah...


tracking ramai-ramai di botanica garden, kaki gunung kinabalu


perjalanan seterusnya ke tip of borneo...

dimana yer?

ayah sedang menunjukkan dimana tip of borneo..hujung sabah,

iaitu di kudat..


 
disini kita dapat lihat pertemuan antara dua laut.laut sulu

dan laut selat melaka..cuba perhatikan

pergerakan air di hujung batu...

pemandangan di sana,subahanallah sangat cantik.

maha hebat menciptakan alam ini

di sana ada sesuatu kami jumpa..dapat lihat perbezaan?

sebelum ke tip of borneo kami ke sg moroli.

tempat pemeliharaan ikan..ikan sangat jinak dan mesra..

nampak jer orang datang kat tepi sungai..

terus jer datang..nak makanan..


salman yang suka fish pun takut nak bg makan...geli...hi3..


alhamdulillah, jaulah kali ini berbeza sekali.kami bergerak bersama 2

keluarga.terasa kebersamaan dan ukhuwah antara kami.alhamdulillah..

semoga Allah terus memelihara silaturahim antara kami..

dan dengan jaulah ini dapat meneratkan lagi 2 keluarga besar ini.

insyaAllah


buat kak long yang tersayang,terima kasih

atas tajaan tiket pergi dan balik..

lepas ni mungkin xdapat dah tiket free =)

Tuesday, July 6, 2010

tak sabar!

Assalamulaikum wbt..

insyaAllah esok saya akan pulang ke semenanjung..

tak sabar rasanya saya nak kongsikan gambar-gambar sepanjang

saya berada di sabah..

gambar yang sangat menarik,subhanallah...
betapa hebatnya ciptaan Allah...
insyaAllah,mudah-mudahan Allah izinkan..

internet di rumah kak long tidak mengizinkan utk upload gambar yang banyak..

Friday, July 2, 2010

uwais al-qarni

Bismilahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, segala puji hanya bg Allah tuhan sekalian alam. 

Apa khaba yer teman-teman yang di kasihi sekalian?

semoga semuanya dalam keadaan  dan sentiasa di permudahkan segala urusan...insyaAllah.

saya masih lagi berada di sabah, rumah kak long. meluangkan masa bersama kak long sekeluarga dan membantu apa yang patut. seronok juga dapat berbakti untuk kakak sendiri =)...

teringat zaman remaja kami dahulu, semua benda kami kongsi bersama..kalau dah balik rumah, bercerita sampai lupa nak tido. sampai ayah ketuk pintu suruh tido =) itulah zaman remaja..

moga Allah merahmati dan memelihara hubungan kami adik-beradik...insyaAllah

insyaAllah, hajat sebenar ingin berkongsi satu kisah yang saya baca dari blog ukti yang di kasihi, syaheed awwal

mari kita sama-sama hayati..
semoga bermanfaat buat kalian, seperti mana saya..insyaAllah

Sejak berlegarnya topik ini berulang-ulang kali..tv9 sekali lagi menerusi rancangan "Tanyalah Ustaz" hari ini bersama Ustaz Badli Shah merungkai banyak tips2 berguna..

Rupanya cerita dalam entri sebelum ini yang samar-samar dah pun saya recall balik lepas tengok perbincangan Ustaz Badli Shah..

Sama sahaja dengan apa yang dikatakan Ustaz, berbahagialah sekiranya kita mencintai ibubapa terutamanya memberi ketaatan kepada ibu melebihi segalanya selagi tidak bertentangan dengan syara'...

Cerita mengenai Uwais Al-Qarni sangat-sangat hebat dan membuatkan saya tersentuh semenjak di MATRI lagi..Setiap para nabi dan Rasul mempunyai teman di syurga kelak, dan tahukah anda siapakah teman Rasulullah di syurga yang kekal abadi?..

Tentulah dia Uwais Al-Qarni..mari kita singkap bagaimana pemuda yang tidak dikenali di kalangan penduduk bumi namun namanya terkenal di kalangan penduduk-penduduk langit...MasyaAllah..

Tahukah anda bagaimana Uwais menjadi begitu terkenal dan namanya sering disebut di bibir penduduk langit?Uwais Al-Qarni, seorang pemuda miskin yang tidak dikenali dikalangan orang kebanyakkan ketika itu dan pemuda ini hidup di zaman Rasulullah namun tidak pernah bertemu baginda. 

Walaubagaimanapun,mengikut sesetengah pendapat mengatakan Uwais juga tergolong sebagai sahabat Rasulullah walaupun tidak pernah bersua..

ini kerana Uwais sangat2 berhajat menemui Rasulullah, namun ketaatan menjaga ibunya yang sudah uzur menyebabkan Uwais terpaksa memendamkan hasrat di hati..

Sehinggalah selepas berkali-kali meminta izin, akhirnya ibunya membenarkan Uwais menemui Rasulullah, tetapi dengan syarat membawa bersama ibunya..Uwais lantas bersama ibunya menunggang unta untuk menemui Rasulullah dengan jarak perjalanan 400 lebih km...

Namun, ketika baru meneruskan perjalanan, ibunya jatuh sakit yang kuar menyebabkan tidak berdaya menunggang unta..lantas, tahukah anda, Uwais sendiri mengendong ibunya dalam perjalanan ditengah-tengah padang pasir...

Bayangkan lah menggendong dalam perjalanan yang amat jauh...baru sepertiga perjalanan, ibunya meninggal dunia dan dikuburkan di tempat itu..

Uwais dalam kesedihan meneruskan perjalanan menemui Rasulullah.Setibanya di sana, Uwais bertanyakan seseorang di manakah rumah Rasulullah..Uwais sangat-sangat berhajat menemui Rasulullah..Lantas terus menangis orang itu sehingga tidak dapat berkata-kata...

Ditanya Uwais pada seorang yang lain, menangis pula orang yang lain itu..

Sehinggalah datangnya Saidina Umar dan Saidina Ali dan menyatakan Rasulullah baru sahaja wafat dan bertanya siapakah namanya..Uwais memberitahu namanya Uwais Al-Qarni...

Mendengar sahaja nama Uwais Al-Qarni, terus Saidina Umar dan Saidina Ali berkata, "Ya Uwais, doakanlah aku"...Uwais terkejut apabila disuruh begitu...

Rupa-rupanya, Rasulullah pernah memberitahu sahabat-sahabat bahwa, baginda akan mempunyai teman di syurga..Dan sahabat-sahabat semuanya berharap merekalah yang akan menjadi teman Rasulullah...

Namun, dijawab Rasulullah, temannya itu lelaki yang sebegini dan sebegini, namanya Uwais Al-Qarni..tidak terkenal di kalangan manusia, malah sangat miskin orangnya, namun namanya harum di kalangan penduduk langit dan terkenal di sana...

Itulah dia Uwais Al-Qarni...

Doanya terus sampai pada RabbNya..sebab itulah Rasulullah memberitahu apabila berjumpa Uwais, mintalah Uwais mendoakan kamu...Subhanallah..

Apa Rahsia Uwais Al-Qarni sehingga martabatnya begitu tinggi di sisi Allah? Uwais ternyata seorang anak yang taat, menjaga ibunya sehingga ibunya meninggal dunia...

Hidup di zaman Rasulullah tetapi tidak sempat menemui baginda kerana ketaatan kepada ibunya...

Menurut Ustaz Badli Shah, dalam kitab Tanbighul Qhofilin karangan Abu Laith Al-Samarkhandi..Untuk merebut title anak soleh, adaa beberapa perkara yang perlu kita perhalusi...

Antaranya apabila ibu mahu makan kita terus memenuhi hajatnya, ketika ibu meminta khidmat kita, contohnya tolong membasuh baju, terus dilunasi hajatnya, semuanya on the spot..tiada bertangguh...itu hanya sebahagian...

Sesungguhnya habit saya, suka sangat dengar tanpa tulis or rakam...

jadi banyak dah lupa... 

benarlah "Pena itu ibarat tali yang mengikat tulisan seperti tali yang mengikat kambing dari terus hilang"...

kerana otak yang tajam sahaja tidak mampu mengikat ingatan dengan begitu ampuh..

 
sekadar illustrasi uwais al-qarni dan ibunya


bila baca kisah ini, saya teringat pusat islam di uitm jengka, pahang.

suraunya nama uwais al-qarni, tp pusat islam itu di panggil awis.mungkin

susah nak sebut agaknya..saya tertanya juga siapalah uwais al-qarni

ni...alhamdulillah, bila baca kisah ini..tahulah saya siapa uwais al-qarni...

insyaAllah,moga bertemu lagi...

Tuesday, June 22, 2010

sibuk ker?

Bismilahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum wbt…
Alhamdulillah,marilah kita mengatur setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan izin Nya dapat kita hidup dgn aman dan bahagia pada hari ini…pada mereka yg bergelar student, pastinya bahagia dan seronok sekarang ni.

Mana taknya,cuti semester sedang berjalan..tp, gunakan masa sebaiknya yer adik-adik…jgn lah kita termasuk di kalangan orang yang rugi..pesanan utk diri ini juga sebenarnya, terlalu leka dgn nikmat masa dan nikmat lapang yg Allah beri…

Sibuk ker?
Satu persoalan untuk diri saya sebenarnya.
Rasanya dah lama saya tak update kat kolam ni… Cuaca panas skrng ni,mungkin boleh dikatakan satu sebab kenapa kolam atau sungai kering.tp, sekiranya kolam maya ini kering,takkan sebab cuaca panas pula yer?pastinya sebab saya sendiri..maafkan saya.
Selepas tamat peperiksaan awal mei yang lepas, kami satu rumah bertungkus lumus siapkn research. Bak kata supervisor kami “this is ur product, so do ur best!”…memang bersengkang mata jugalah..terutamanya bila sampai bab mengedit.


Buat teman-teman yang dalam rangka nak menyiapkan research, saya ingin sarankan carilah editor untuk research kalian. insyaAllah research akan lebih mantap. Janganlah jadi seperti kami, grammar..subhanallah tunggang terbalik.mungkin, itulah sebab utama kami tak boleh dapat A.

Cuti bermula..
Sebelum cuti bermula, dalam menyiapakn research shbh, pck dan mck d Kelantan sdh mula menelefon. Mengkhabarkan program remaja yang akan berlangsung cuti sekolah nanti…tak sabar rasanya nak bersama, berprogram. Meneruskan lg proses ta’ruf bersama shbh2 yang dikasihi dan disayangi kerana Allah..moga Allah memelihara ukhwah kami..

PESONA
Alamdulillah, Allah telah beri kekuatan pada kami…
Dapat menjalankan satu program yang diberi nama kem pesonaliti remaja puteri. Program ini julung kalinya diadakan di Kelantan..Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan kami. insyaAllah saya kongsikan lagi akan datang.

Kem Anak Soleh 4
Seusai PESONA. Rehat 1 hari, saya dan shbh2 lain terjun ke program Kam Anak Soleh 4. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan buat kami. Penat itu, satu yang pasti. Tp, Allah izin penat itu hilang bila melihat semangat shbh dan jg shbt. Semoga kalian terus bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab seorang muslim…takbir!
Banyak kenangan sebenarnya sepanjang PESONA dan juga KAS 4..moga Allah izinkan saya untuk berkongsi di kolam ini..insyaAllah…
 Buat shbh yg di kasihi, anis jzkillah kerana sudi hadir bersama si comei umar…terubat rindu sekian lama..maaf xdapat luang masa yang lama ye anis..
insyaAllah ptg esk saya akan ke sabah..lusa,family akan menyusul..kak long beli tiket xsama tarikh,nak dapatkan tiket yang murah =)..xsabar rsnya nak jumpa salman al-farisi..
semoga Allah merahmati perjalanan saya dan family..
sebelum terlupa,di kesempatan ini..saya ingin mengucapkan selamat

pengantin baru buat mawarku, ahli bait 303 yang telah melangsungkan

perkahwinan 7hb yg lepas...

kepada nik & kero..semoga bahagia dunia dan akhirat..



Thursday, June 10, 2010

turkish martyrs killed

something that i want to share...

 
A brief introduction to the nine Turkish Martyrs killed
 on 31 May 2010, by Israeli soldiers who attacked the
 Turkish vessel M.V. Mavi Marmara, as it attempted to
 transport humanitarian aid to the people of the Gaza
 Strip. 



1. Ibrahim Bilgen, 61, an electrical engineer from Siirt.
Member of the Chamber of Electrical Engineers of Turkey.

Married with 6 children.
Ibrahimbilgenn2




2. Ali Haydar Bengi, 39, from Diyarbakir. Graduate

of Al-Azhar University,
Cairo (Department of Arabic literature).

Married with 4 children.
Ali haydar bengi




3. Cevdet Kiliçlar, 38, a journalist from Kayseri.
Married with two children. 
Cevdet Kiliçlar




4. Ã‡etin Topçuoglu, 54, from Adana. Former amateur

soccer player and taekwondo champion,
who coached Turkey's national taekwondo team.

Married with one son.
Çetin Topçuoglu




5. Necdet Yildirim, 32, from Malatya.
Married with a three-year-old daughter.
 (Dogan News Agency) 



6. Fahri Yaldiz, 43, a firefighter who worked for

the Municipality of Adiyaman.

Married with four children.
Fahri Yaldiz



7. Cengiz Songür, 47, from Izmir.
Married with seven children.
Cengiz songur



8. Cengiz Akyüz, 41, from Iskenderun.
Married with children aged 14, 12 and nine.



9. Furkan Dogan, 19, student at Kayseri High School.

Son of Dr. Ahmet Dogan,
Assoc Prof at Erciyes University.

 A Turkish-American dual national,
 with two siblings.
Furkan Dogan


 


Semoga Allah menilai usaha-usaha kalian 

dan meletakkan roh 

kalian bersama orang-orang yang soleh