Friday, February 5, 2010

kursus jati diri & kesukarelawan

kilk pada image untuk lebih jelas


Alhamdulillah,dengan izin Allah program kursus jati diri & kesukarelawan

hampir menuju ke penghujungnya. dijangka 7hb feb 2010,

iaitu hari ahad ni adalah hari penutup. hajat sangat untuk berbakti

bersama-sama, namun perancangan Allah lebih tersusun..





saya hanya sempat singgah sekejap-sekejap saja

sepanjang cuti sem tempoh hari...

dapat jugallah berkenalan dengan adik2 peserta...alhamdulillah...

banyak persoalan yang bermain difikiran mereka sebenarnya, terutamanya

tentang "campus life"...


nak sangat dengar pengalaman kakak-kakak di IPT (",)

insyaAllah kalian pasti akan merasainya juga...

insyaAllah..




kepada adik-adik peserta,semoga kalian mendapat menimba

ilmu sebanyak mungkin sepanjang program..

kalianlah harapan ummah...

generasi rabbani,generasi pewaris..


insyaAllah..




kepada fasilitator yang setia dari awal program,

tahniah dan syabas diucapkan..

semoga Allah menilai dengan nilaian yang terbaik

setiap usaha antum..

insyaAllah..




Thursday, February 4, 2010

Perhimpunan Perdana Palestin


untuk lebih jelas,

sila klik pada image,

inAllah boleh di baca..

Tuesday, February 2, 2010

Islam akan tetap terbela (3)

bagaimana yer kesudahan kisah perdebatan antara gembala kambing dan cendekiawan?

pasti teman2 tertanya..apakah maksud disebalik perbuatan cendekiawan dan gembala kambing..

insyaAllah ini kisah yang seterusnya...


Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing.

Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali.

Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja?

(Asyhaduallah ilaha illallah...)

Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.

Jawapannya betul kerana sambungannya,

(wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)"


"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua?

Gembala
kambing memberi jawapan, lima.

Betullah...

Bila hamba tunjukkan lima
jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja?

Jawapan yang diberikan
enam jari, sebab rukun iman ada enam"

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi?

Gembala kambing
menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa.

Bila hamba
mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi.

Betullah... kerana Allah yang jadikan
langit dan bumi."

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur...

betullah...

Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan
akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.

Kemudiannya
gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan.

Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing
tersebut, adakah soalan itu dah bocor?

Gembala kambing pun bercerita...


BERSAMBUNG....


Sunday, January 31, 2010

syahsiah yang baik

sambil-sambil menyiapkan slide untuk presentation esok hari.. saya sempat ziarah ke blog pck yang saya kasihi Dr Ariff... ada post yang baru dari pck dan saya ingin kongsi bersama kalian. semoga bermanfaat (",)

Da'wah Melalui Syahsiah yang baik
oleh :
Dr Ariff

Assalamualaikum sahabat yang dikasihi sekelian. Semoga kita terus istiqamah diatas jalanNya.Beberapa hari yang lalu saya ke KL ziarahi ibunda yang dikasihi.Disamping itu saya balik ke KB bersama puteri kedua saya yang bercuti selama 3 minggu.Dia belajar di Universitas Hasanuddin Makassar,Indonesia.Di sepanjang berada didalam kapalterbang, dia asyik bercerita mengenai pengalaman hidupnya semasa di Makassar. Sejuk hati saya kerana perbualan kami hanya berkisar diatas tajuk Islam.Dia bercerita mengenai betapa nikmatnya melaksanakan kerja dakwahnya bersama akhwat-akhwat seusrahnya.Ada satu kesah yang menyentuh perasaan saya mendengarnya. Boleh kita jadikan sebagai bahan tarbiyah.....

lebih kurang begini kesahnya..


Disatu hujung minggu, puteri saya bersama rakan seusrahnya merancang untuk berkelah di kawasan air terjun di Banti Murung, kira-kira 30 km dari Rusun Rusunawa (Rumah susun sederhana sewa) tempat tinggal pelajar Malaysia. Ia merupakan rehlah tarbawi yang dirancang untuk mengikat hati-hati rakan seusrahnya.Mereka pergi seramai 6 orang dengan menaiki sebuah kereta yang disewa, 120,000.00 Rupiah sehari. Pemandu kereta itu seorang Indonesia dalam empat puluhan. Dia hanya memakai seluar pendek sahaja.Pakaian seperti ini adalah perkara biasa saja disana Bila kereta mula bergerak, pemandu kereta itu terus membuka keset lagu rock. Maklumlah dia nak berhibur sambil memandu.Anak saya dan rakan-rakannya memulakan perjalanan dengan membaca doa perjalanan bersama-sama.


Seketika kemudian, seorang dari rakan anak saya, Nabila meminta secara hormat agar pemandu itu memperlahankan sedikit radio kerana mereka nak membaca ma'thurat. Lantas mereka membaca bersama-sama. Ma'thurat merupakan kumpulan doa-doa yang sering dibaca oleh Rasulullah saw. Pemandu itu kelihatan diam sahaja.Tak lama kemudian dia memadamkan radio kesetnya tanpa disuruh. Dia kelihatan memikirkan sesuatu.

Mungkin juga dia hairan melihat remaja Malaysia bertindak begitu. Setelah habis membaca ma'thurat.

Tetiba dia memecah kesunyian apabila dia berkata :


" Baguslah adik-adik ni...ambil bidang apa?

" Kami ambil bidang perubatan Pak" jawab anak saya.


" Saya cukup tertarik dengan kamu semua, sebenarnya saya sudah jarang lihat orang-oarang muda yang praktis dengan Islam..." Wajahnya nampak serius.

Kemudian dia menyambung dengan katanya.

" Ini yang sudah hilang dari remaja Indonesia, mereka hanyut dengan dunia hiburan, Islam sudah hilang dari hidup mereka..."

Walaupun dia sebahagian dari kelompok masyarakat Indonesia, namun dia dapat lihat perbezaan diatara yang Islamik dan tidak Islamik.


Setelah tengah hari seperti yang dijanjikan , pemandu taxi itu datang kembali. Yang menariknya dia telah menukarkan pakaiannya kepada pemakaian yang lebih sopan dan berseluar panjang.

Sebelum berpisah pemandu taxi sempat mempelawa anak saya dan rakan-rakannya
.

" Saya amat senang dengan kamu semua, lain kali kalau mau pergi mana-mana....bilang aja sama saya, tambang pun boleh saya kurangkan sedikit.Saya suka bawa orang-orang soleh seperti kamu..

"
Lalu dia memberikan no handphonenya kepada anak saya. Sebab itulah, dimana sahaja kita berada,

kita mesti membawa "syahsiah Islamiyah". Kita mesti ujudkan "tamayyuz" (perbezaan) dengan suasana yang tidak Islamik.


penerapan syahsiah islamiah dlm diri kita..
mampu mengajak orang sekeliling kearah memahami islam..

insyaAllah.
.
justeru,sama-samalah kita hidupkan islam dalam diri kita..

Thursday, January 28, 2010

tarbiyyah

‘’Fikirkanlah bahawa Allah adalah segala-galanya bagi kita,

tarbiyyah pula merupakan penghubung antara kita dengan Allah..

Jika kita terhenti tarbiyyah,

maka kita akan kehilangan segala-galannya iaitu Allah swt’’



Tuesday, January 26, 2010

Islam akan tetap terbela (2)


Bermulalah soalan,

cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin.

Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin.

Dan jawapannya betul.


Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala
kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.

Kemudian,cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga!


Raja mula berfikir,hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.Betul lagi...


Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan
pedang dan halakan ke langit.

Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul!


Lalu cendekiawan menepuk tangan.

Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul...


Maka tamatlah sesi perdebatan.Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing.Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya.


BERSAMBUNG....

Monday, January 25, 2010

The Chosen One-Maher zain



In a time of darkness and greed

It is your light that we need

You came to teach us how to live

محمد يا رسول الله



You were so caring and kind

your soul was full of light

You are the best of mankind

محمد خير خلق الله



صلّوا على رسول الله

الحبيب المصطفى

Peace be upon The Messenger

The Chosen One


From luxury you turned away

And all night you would pray

Truthful in every word you say

محمد يا رسول الله



Your face was brighter than the sun

Your beauty equaled by non

You are Allah Chosen One

محمد خير خلق الله



صلّوا على رسول الله

الحبيب المصطفى

Peace be upon The Messenger

The Chosen One



I'll try to follow your way

And do my best to live my life

as you taught me

I pray to be close to you

On that day and see you smile

When you see me


صلّوا على رسول الله

الحبيب المصطفى

Peace be upon The Messenger

The Chosen One


صلّوا على رسول الله

Oh

Peace be upon.. Oh

The Chosen One


lyric by sakinah omar



ingin sekali bertemu dengan mu..

namun,layakkan diri ini?