
Kelab Remaja HALUAN Kelantan,
sila klik di sini
Hari ini bersamaan 9 zulhijjah merupakan hari yang di tunggu oleh jemaah haji untuk melakukan ibadat wukuf di arafah, bagi kita yang tidak melakukan ibadah haji, adalah di galakkan untuk berpuasa sunat...teman-teman puasa hari ini?
dikesempatan yang ada ini,saya ingin berkongsi dengan teman-teman sekalian tentang ibadah wukuf di arafah...
di petik dari:
syaheed awwal
Hari Wukuf dianggap hari-hari paling mencabar bagi menguji daya ketahanan para jamaah sama ada dari mental, fizikal atau spritual. Suasana yang sangat panas terik membayangkan perhimpunan yang lebih besar, lebih panas dan lebih padat iaitu perhimpunan di Padang Mahsyar.
Pada hari Wukuf, jemaah haji akan berhimpun di Padang Arafah selama separuh hari sebelum ke Muzdalifah.
Arafah merupakan tempat yang sangat penting pada ibadah Haji, dimana di Arafah ini jamaah haji harus melakukan Wukuf. Wukuf merupakan rukun Haji dan tanpa melaksanakan Wukuf di Arafah maka hajinya tidak sah.
Keadaan di Arafah ini merupakan replika di Padang Mahsyar saat manusia dibangkitkan kembali dari kematian oleh Allah SWT.Saat itu semua manusia sama di hadapan Allah SWT, yang membedakan hanyalah kualitas imannya.
Wukuf secara harafiah bererti berdiam diri. Wukuf di Arafah adalah berada di Arafah pada waktu antara tergelincirnya matahari (tengah hari) tanggal 9 Dzulhijah sampai matahari terbenam dengan berpakaian ihram.Pada saat wukuf disarankan untuk memperbanyak doa sambil menghadap kiblat dan mengangkat kedua tangan. Juga memperbanyak taubat memohon ampunan Allah SWT.Sebab saat wukuf adalah saat yang utama untuk berdoa, memohon ampun dan bertaubat.
Selain itu juga perbanyak ibadah lainnya seperti membaca Al Qur'an, takbir, tahmid, tahlil dsb. Selama wukuf jangan sampai melakukan sesuatu yang tidak elok atau tidak sesuai dengan kesucian ibadah saat Wukuf.
Adapun keutamaan Arafah adalah sebagaimana sabda Rasulullah SAW ,"Do'a yang paling baik adalah doa di hari Arafah".
Dalam riwayat lain Rasulullah SAW juga bersabda ,"Tidak ada hari paling banyak Allah menentukan pembebasan hamba-Nya dari neraka kecuali hari Arafah".
Jutaan umat Islam meninggalkan Mekah menuju ke Arafah. Tidak ada dalam dunia satu hari perjalanan yang paling sibuk dan sesak melainkan perjalanan ke Padang Arafah. Kesesakan yang sangat luar biasa di dunia. Bayangkan ribuan bas akan bergerak menuju ke tempat yang sama. Anehnya setiap jamaah haji berjaya sampai ke Padang Arafah sebelum tempoh wukuf berakhir.
Jarak antara Mekah ke Padang Arafah cuma 21km, masa yang diambil oleh bas yang membawa jamaah haji ke Arafah tidak sama, paling cepat 20 minit boleh sampai dan paling lama sehingga memakan masa berjam-jam. Berada di Padang Arafah tidak diperlukan lama, hanya sekadar berada seketika pada waktu-waktu wukuf sudah memadai dan sah wukufnya.
Di Arafahlah peluang terbaik untuk menumpukan sepenuh hati ibadah kita kepada Allah swt. Doa di Padang Arafah antara yang paling mustajab. Jamaah haji tidak akan melepas peluang untuk membaca al Quran, berwirid, berzikir, solat sunat dan berdoa.
source :haji & umrah-misbahul munir blog..
kebiasaannya,selepas selesai solat hari raya..ibadah korban akan di adakan..dimana lembu akan disembelihkan dan daging-daging lembu ini akan di agihkan kepada orang yang memerlukan..
disini,saya titipkan satu video, bagaimana ibadah korban dilakukan...
semoga bermanfaat..

Bismillahirrahmanirrahim....
Bismillahirrahmanirrahim...Hari pertama 14/10/09, kami pasukan kedua Team Misi Kemanusiaan Padang terus dibawa ke sebuah desa di kawasan pendalaman iaitu Desa Batu Mengaum. Kehadiran kami seakan-akan memang dinanti-nantikan oleh penduduk disitu. Wajah mereka kelihatan sugul dan muram terutama dikalangan org dewasa. Rumah mereka rosak atau roboh. Tiada yang selamat. Mereka hanya tinggal di dalam khemah-khemah, ada juga yang terpaksa berteduh dibawah runtuhan atap zink. Keadaan yang menjadi bertambah sulit buat mereka apabila hujan turun. Mereka hanya mengisi perut dengan mee segera, kerana ketiadaan wang untuk membeli beras. Melihatkan kanak-kanak disana, apalah yang mereka tahu tentang sebuah kesengsaraan dari tragedi itu, mereka tetap ceria dan gembira.
Klinik bergerak Haluan dibuka dari jam 3.00 ptg dan berakhir pada jam 10.00 malam. Jumlah pesakit yang dirawati adalah 150 orang. Sememangnya team kami berazam untuk memberi yang terbaik kepada penduduk kampung. Walaupun agak keletihan dengan jumlah pesakit yang ramai, kami sentiasa ceria melayan kerenah mereka dan kanak-kanak.
Situasi disana benar-benar mentarbiyah kami tentang hakikat sabar dalam menghadapi karenah mereka. Mana tidaknya, selepas ubat diberi, mereka meminta pula ubat untuk ibu dirumah, selesai itu, mereka minta pula ubat cacing untuk anak. Pelbagai permintaan dan ragam. Terasa memang geram…tetapi bila diingatkan kembali kita membawa risalah dakwah, ana tukarkan mind-setting dari perasaan geram kepada perasaan kasih sayang dan simpati. Bila ana berikan semua ubat yang diminta ana pun tanya dia “ Macam mana ibu..sudah puas hati? “ Dia pun menjawab “Sangat puas hati pak..terima kasih pak…” dia terus berlalu dari situ sambil tersenyum puas.
Kami memang keletihan, keringat pun masih belum kering, perut pun dah terasa lapar. Dalam hati kami ada kepuasan, nikmatnya berada dijalan Allah. Perjalanan yang penuh dengan tarbiyah, makna sebuah kasih sayang, pengorbanan dan kesabaran dalam menempuh ujian.Teringatakan maksud firman Allah "Berangkatlah kamu sama ada didalam keadaan senang atau susah dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu dijalan Allah.." Ana terlalu bersyukur kerana terpilih mengikuti misi kali ini.Sebelum datang ke Pariaman ana selalu berdoa kepada Allah agar dipilih mengikuti misi ini. Syukur kepada Allah hajat ana termakbul.Ameen.