Saturday, September 12, 2009

pemburu Lailatul-Qadar



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


Apa khaba teman-teman semua,alhamdulillah Allah mengizinkan lagi kita berada di bulan yang mulia ini, bulan ramadhan. Marilah kita sama-sama rasa bertuahnya dan beruntungnya kerana dapat berada dalam bulan ini dan seterusnya berada di penhujung ramdhan iaitu 10 yang terakhir.


Saya teringt hari khamis lepas, imam di masjid negeri membuat pengumuman “kepada muslimin dan muslimat, TAHNIAH kerana dapat berada dalam 10 ramdhan yang terakhir…..” pengumuman ini dibuat untuk memaklumkan semua hadirin tentang aktiviti qiammulai yang akan di adakan di masjid bermula pada malam tersebut jam 4 pagi. Bila terdengar perkataan tahniah, tak dapat saya nak gambarkan perasaan di hati bercampur baur, gembira dan sedih. Gembira kerana dapat berada hingga ke penghujung ramadahan, tapi sedih kerana ramadhan dah menuju ke penghujungnya…


Awalnya rahmah,

pertengahannya pengampunan,

dan pengakhirannya di jauhkan api neraka…

awal dan pertengahan ramadhan sudah pun berlalu,tinggal sekarang pengakhiranya.


insyaAllah post kali ini, saya ingin berkongsi tentang satu malam yang sangat istimewa, lailatul- qadar. Menurut para ulama, lailatul qadar adalah kemuncak ramadhan kerana kemuliaannya yang telah diterangkan dalam surah al-Qadar.


“sesungguhnya kami menurunkan al-quran ini pada malam lailatul-qadar.

Dan tahukah engkau apakah dia kebesaran malam lailatul-qadar itu?

Lailatul-qadar lebih baik dari seribu bulan.

Pada malam itu turun para malaikat dan jin dengan izin Allah membawa segala perkara. Sejahteralah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar”

( surah al-Qadar:1-5)


Abu Hurairah ra berkata:

Rasulullah saw bersabda:

“Siapa yang bangun pada malam lailatul qadar ( untuk solat atau berzikir) terdorong oleh iman dan mengharap pahala, maka akan diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. (R.Bukhari, Muslim)


Pada penhujung ramadhan ini,sama-samalah kita menyibukkan diri dengan amal ibadat yang boleh mendatangkan pahala yang berlipat ganda. Ibadah yang saya maksudkan termasuklah membaca Al-Quran, beriktikaf di masjid, berzikir, beristighfar, bertaubat, solat –solat sunat dan berdoa. Tiada amal ibadah yang khusus untuk malam lailatul qadar.


Marilah kita sama-sama dapatkan bonus paling hebat untuk tahun ini, di bulan yang mulia ini.Janganlah kita lepaskan peluang. Dimana saidatina Aishah ra pernah berkata:


“Adalah Rasulullah saw sentiasa bersungguh-sungguh dalam beribadah pada Ramadhan, tidak seperti bulan lain. Dan pada malam terakhir Ramadhan, baginda semakin bersungguh-sungguh dalam beribadah tidak seperti pada malam lain” (Riwayat Muslim)


Mesti teman-teman tertanya, bonus apa yang saya maksudkan. Bonus bukan hanya untuk gaji sahaja, bonus pahala pun ada juga Allah sediakan untuk kita. Sesiapa yang beribadah di malam lailatul qadar, ianya lebih baik dari seribu bulan iaitu beribadah seperti puasa dan bangun malam.Satu tempoh masa yang panjang, seribu tahun bersamaan 83 tahun. Kehidupan kita sendiri belum pasti sampai berapa tahun…


Justeru marilah kita mencari lailatul-qadar. Malam ini harus dicari,bukan ditunggu.marilah kita jadi pemburu lailatul qadar.


Rasulullah saw bersabda:

“Tanda malam lailatul Qadar, suasana malam bersih hening terang seakan-akan ada bulan, tidak terasa dingin atau panas, dan tidak ada bintang yang dilemparkan kepada syaitan hingga fajar dan paginya matahari terbit tiada bercahaya panas tajam seakan-akan bagaikan bulan purnama.”


Aisyah ra bertanya kepada:

Ya Rasulullah jika aku mendapati lailatul qadar maka apakah yang sebaiknya aku berdoa?

Jawab Nabi saw:

“Bacalah Allhumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’fu anni ( Ya Allah Engkaulah Maha pengampun, maka maafkanlah aku) (R. Ahmad, Attirmidzi, Annasa’i, ibn Majah)


Saya ada satu persoalan yang ingin di lontarkan kepada teman-teman semua. Layakkah sebenarnya untuk kita mendapat kemuliaan malam lailatul qadar? Dengan kelemahan dri melawan nafsu dan sedikit amal? Sudikah Allah memberi kita peluang untuk kita bertemu malam ini?


Marilah kita sama-sama doakan,semoga Allah memberi peluang, menunjukkan jalan serta memberi hidayah buat kita semua pada tahun ini untuk bertemu dengan lailatul qadar…ameen


sumber rujukan:

tafsir Ibnu Katsier

Tuesday, September 8, 2009

Alhamdulillah...selesai...

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt....

Apa khaba yer teman-teman semua, semoga semuanya sihat sejahtera di bulan yang mulia ini...bagaimana dengan ramadhan kali ini?moga Allah berikan kesihatan yang terbaik buat kita semua untuk melaksanakan ibadah di sepanjang bulan ramadhan tahun ini.

Alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah tuhan sekali Alam. tiadalah kalam yang paling indah yang dapat saya lafazkan disaat ini, kerana dengan bantuan dan izinNya saya dan kawan-kawan telah pun selesai menjalankan sesi praktikal kami di sekolah masing-masing.Alhamdulillah...
permulaan yang agak sukar untuk dilalui oleh setiap "trainee teacher",mana tidaknya...sebelum ni asyik belajar teori sahaja dalam kelas.bila dah masuk ke medan sebenar,barulah tercari-cari teori mana yang harus di pakai...akhirnya,ada juga yang buat teori sendiri =)

berada di sekolah benar-benar membuat saya terfikir tanggungjawab besar seorang insan yang dinamakan guru.di zaman yang serba moden hari ini,cikgu memainkan peranan yang sangat besar.lebih-lebih lagi berhadapan dengan pelajar yang manja pada hari ini,yang sentiasa menharapkan perhatian dari cikgu,juga mengharapkan pembelajaran yang menyeronokkan.
kenapa pelajar manja?pada pendapat saya,ada dua sahaja sebab kurang kasih sayang dari keluarga atau terlebih kasih sayang dari keluarga.

bila kurang kasih sayang dari keluarga,guru-guru di sekolah lah menjadi tempat untuk mereka menumpang kasih...cikgu-cikgu praktikal lah biasanya menjadi perhatian mereka.mana tidaknya,cikgu-cikgu praktikal,semuanya muda-muda...macam kakak jer...

bila terlebih kasih sayang dari keluarga,pelajar susah menerima arahan dari guru dan pihak sekolah.ada sahaja alasan yang diberi.kadang-kadang peraturan sekolah tidak dipatuhi,apabila di tegur atau di denda,pastinya ibubapa akan datang ke sekolah...susah juga yer bila situasi macam ni terjadi.

mana-mana sekolah pastinya menhadapi situasi sebegini kerana inilah realiti sekolah pada hari ini.macam tak percaya kan?

guru ibarat lilin
dulu saya tak percaya guru ibarat lilin,membakar diri untuk menerangi kegelapan.apabila menjadi cikgu selama 3 bulan,barulah saya sedar pengorbanan guru sebenarnya bukanlah ibarat lilin,bahkan lebih daripada itu.sentiasa berkorban untuk pelajarnya. pengorbanan ini lebih bermakna bagi cikgu tersebut jika dia benar-benar ikhlas dalam kerja-kerja yang dilakukan.

4 baiduri dan 4 zamrud
dua kelas yang mempunyai sedikit sebanyak perbezaan.namun,memberikan saya pelbagai kenangan...insyaAllah banyak kenangan manis =) ....kenangan indah yang tidak mungkin terucap.
teringat pada hari pertama mendapat senarai nama mereka,tak tahu nak di gambarkan macam mana.mana taknya..sebelum ni,saya tak pernah berpeluang mengenali orang cina dengan lebih dekat walaupun diri sendiri ada keturunan cina.tp, alhamdulillah saya dapat menghafal nama mereka.walaupun pada awalnya,ada juga yang tersalah sebut =)....

rasa rindu pula hendak panggil nama-nama mereka.shenrun,wee juan,hema,logas,zai kai, wee seh,beng sheng,gopi...nama-nama yang selalu buat bising.tapi pandai...semuanya lelaki...

4 baiduri

tapi,sedikit rasa tidak puas hati..pada hari terakhir,Allah izin kamera

not well function.hanya beberapa gambar sahaja yang boleh di ambil...

mungkin ada hikmah disebaliknya..


insyaAllah gambar yang tersimpan di ingatan tiada nilainya...

jika orang bertanya,bagaimana pengalaman menjadi cikgu praktikal?

pastinya,saya ada pelbagai pengalaman yang boleh dikongsi bersama insyaAllah =) ...


alhamdulillah...

inilah pengalaman yang tidak ternilai dapat saya rasakan..


ini sahaja buat kali ini,terima kasih kerana sudi berkunjung..

insyaAllah pada masa akan datang saya ingin berkongsi dengan teman-teman semua tentang

satu malam yang sangat istimewa..


malam lailatul qadar...

sama-sama kita jadi pemburu malam lailatul qadar...

beberapa hari sahaja tinggal..

Wednesday, August 26, 2009

school break

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam.kepadaNyalah selayaknya segala pujian.marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran kerana telah dipanjangkan umur oleh Allah swt untuk bertemu dengan ramadhan pada tahun ini.bulan yang dinanti-nantikan dan dirindukan oleh para ulama' dan para sahabat,kita pun turut merinduinya juga =)...dimana bulan ini,

awalnya rahmah,
pertengahannya keampunan,
akhirnya di jauhkan dari api neraka.

hanya tinggal pada kita untuk mengunakannya semaksima mungkin.

kebelakangan ini,saya lihat banyak post yang saya hantar sekadar copy and paste,ceteknya ilmu saya ni.maaf yer,jika blog ini tak mampu memberi teman-teman input yang berkesan...diri ini masih dalam proses,insyaAllah..moga Allah bantu.

seperti yang kita sedia maklum,sekarang ni musim cuti sekolah.saya pun turut sama cuti.dapatlah rasa nikmat cikgu,dapat cuti panjang =)...tapi,rasa sedikit jangkal,mana taknya,kawan-kawan semua di kampus.biasanya midterm break ada juga aktiviti dapat di lakukan.sekurang-kurangnya aktiviti haluan...rindu rasanya saat-saat sibuk menguruskan KAS dan juga KMK..kesibukkan yang terasa nikmatnya =)...apa khabar yer sahibah2 yang dikasihi,moga Allah permudahkan urusan kalian.rindunya pada kalian...

sebelum cuti sekolah bermula,ada juga saya bertanya student,"what is your plan during school break?"...macam-macam jawapan ada."sleep,playing game,watching televisyen,tgk movie,...."
dalam hati terdetik,enjoy nyer remaja zaman sekarang ni...
remaja islam mcm mana agaknya nyer?


bermula cuti sekolah,saya pulang ke kampung halaman,di timur malaysia.Alhamdulillah,dapat sambut awal ramadhan di kampung.istimewa sekali saya rasakan,biarpun mak dan ayah berada di bangi.tetapi suasana ramadhan tetap saya rasakan bersama adik lelaki yang tersayang..satu-satunya adik lelaki yang saya ada..alhamdulillah,dah bertambah soleh =)...


solat sunat terawih
Alhamdulillah,Allah memberi lagi kesempatan kepada saya dan adik untuk menunaikan solat terawih di stadium negeri...seronok sangat dapat solat terawih di sana.walaupun hanya 8 rakaat.imamnya adalah imam dari mesir.bukanlah kerana taranum yang membuat saya terpikat,tapi kerana bacaan yang dibacakan oleh imam sheikh ahmad rejab.bacaannya seoleh-olah memperdengarkan kita satu kisah yang sangat menarik.kadang-kadang suaranya lantang,kadang-kadang sayu..itulah isi kandungan dalam Al-Quran...subhanaAllah...
sebenarnya,saya juga kagum dengan sheikh ni,tahun lepas beliau sudah datang ke Kelantan.Allah izin,tahun ni dia datang kembali.terubat rasa rindu pada suaranya....

panjang pula celoteh saya petang ni...

sebelum berundur.saya ingin berkongsi sedikit bahan yang saya perolehi dari risalah yang diedarkan oleh penganjur solat sunat terawih.

Allah telah menjadikan bulan Ramadhan sebagai satu bulan yang mulia berbanding bulan-bulan yang lain dengan beberapa kelebihan dan keistimewaan,antaranya ialah:

1) bau mulut orang berpuasa lebih wangi daripada haruman kasturi di sisi Allah.
2) para malaikat memohon keampunan untuk orang yang berpuasa sehingga dia berbuka
3) syurga dihias setiap hari pada bulan Ramadhan
4) syaitan-syaitan dibelenggu sepanjang bulan Ramadhan
5) pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup
6) terdapat pada bulan ini Lailatul Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan.sesiapa yang tidak mengambil peluang untuk membuat kebaikan dan beramal padanya maka dia telah melepaskan semua peluang kebaikan (moga Allah beri kesempatan untuk kita bertemu dengan Lailatul Qadar).
7) orang-orang yang berpuasa akan mendapat keampunan pada malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan.
8) pada setiap malam Ramadhan tersenarai di sisi Allah nama-nama hambaNya yang bebas daripada api neraka.

insyaAllah itu sahaja buat kali ini,moga Allah mengizinkan lagi pertemuan kita pada masa akan datang...
sama-sama kita gunakan bulan Ramadhan kali ini semaksima munkin.
moga kita dapat latih diri kita untuk banyak bersabar...juga dapat menguatkan lagi jasmani dan rohani...rohanilah yang utamanya.

wallahua'lam.

Sunday, August 23, 2009

Welcoming Ramadhan....


Ramadhan is a very important part of every Muslim’s life. Ramadhan is the month of giving and mercy, and during this month Allah blesses the believers with forgiveness and great reward.

This is a time to stop and contemplate, to look inwards and out, it is a time to set our goals. We should ask ourselves what we want to achieve this month, - something we will carry into our futures...

DHIKR DURING RAMADHAN

Ramadhan is a very special time for worship, both collectively as well as individually. While study circles, congregational prayers and other activities are carried out collectively there are also many opportunities for individual worship.


Dhikr (or Zhikr) is the remembrance and glorification of Allah in order to become closer to Him. Dhikr is practiced around the globe by Muslims who glorify and praise Allah. Dhikr can be done either silently in your heart, or audibly with a group of people, asking for forgiveness or praising the greatness of Allah.


If we look at our everyday lives we all, in some way or another, participate in Dhikr. Whether it is through a conscious effort after salah, or just at times of distress or happiness – we all feel the need to remember Allah. Dhikr is a form of worship that carries much reward.


Abu Hurairah reported that Allah's Messenger (may peace be upon him) said:


“Allah, the Exalted and Glorious stated: I am near to the thought of My servant as he thinks about Me, and I am with him as he remembers Me. And if he remembers Me in his heart, I also remember him in My Heart, and if he remembers Me in assembly I remember him in assembly, better than his (remembrance), and if he draws near Me by the span of a palm, I draw near him by a cubit, and if he draws near Me by a cubit I draw near him by the space (covered by) two arms. And if he walks towards Me, I rush towards him..” (Hadith from Sahih Muslim & Bukhari)


Supplication (dua) is not only the continuous outpouring of a person’s heart before their Lord, but it is also an expression of their sense of nearness to Allah. We acknowledge the might and power of Allah as well as the grace and blessings we are given. If we could conceive how much a person supplicates, what he supplicates for, and the way that he supplicates, then we could start to understand how much love they have for Allah in their soul.


Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: He who uttered these words:


" There is no god but Allah, the One, having no partner with Him. Sovereignty belongs to Him and all the praise is due to Him, and He is Potent over everything" one hundred times every day there is a reward of emancipating ten slaves for him, and there are recorded one hundred virtues to his credit, and one hundred vices are blotted out from his scroll, and that is a safeguard for him against the Satan on that day till evening. And no-one brings anything more excellent than this, except one who has done more than this (i.e who utters these words more than one hundred times and does more good acts) and he who utters:" Hallowed be Allah, and all praise is due to Him," one hundred times a day, his sins are obliterated even if they are equal to the extent of the foam of the ocean”. (Hadith Sahih Bukhari)


This hadith shows us how by increasing our remembrance of Allah, we can increase the amount of reward we obtain. Dhikr does not have to be organised, or complicated. It is something which can be done quickly, and if done with sincerity of the heart it can have a huge positive effect. Dhikr can be done at any time, almost anywhere. Here are some verses from the Qur’an encouraging remembrance:


"Truly Allah leaves to stray whom He wills; but He guides to Himself those who turn to Him in penitence. Those who believe and whose hearts find satisfaction in the remembrance of Allah: for without doubt in the remembrance of Allah do hearts find satisfaction.” 13: 27-28 The Holy Qur’an


“Bring your Rabb to remembrance deep in your soul with humility and in reverence without raising your voice, both in the mornings and in the evenings; and be not of those who are heedless.” 7:205 The Holy Qur’an


“Those who remember Allah while standing, sitting, and lying on their sides, and meditate on the creation of the heavens and the earth. Then cry out:" Our Rabb! You have not created this in vain. Glory to You! Save us from the punishment of Fire.” 3:191 The Holy Qur’an


Whatever we are doing, we can always remember and praise Allah. If we remember Allah in all our actions then we will be rewarded not only for the intention, but also for the act that is carried out.


This short poem sums up how our actions can be part of Dhikr and how every part of the body praises Allah:

Dhikr of the eyes, which consists in weeping
Dhikr of the ears, which consists in listening
Dhikr of the tongue, which consists in praise
Dhikr of the hands, which consists in giving
Dhikr of the body, which consists in loyalty
Dhikr of the heart, which consists in fear and hope
Dhikr of the spirit, which consists of utter submission and acceptance.



Saturday, August 15, 2009

sharing


Alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam...marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran kepada Allah swt diatas kesihatan yang Allah berikan kepada kita.

disaat kita sihat,kita tak rasa betapa nikmatnya kesihatan yang Allah berikan tetapi,disaat sakit barulah kita akan rasa betapa nikmatnya bila kita sihat...

bagaimana agaknya pesakit-pesakit H1N1 yer?
disini saya ingin berkongsi satu pengalaman seorang kakak melihat adiknya melawan H1N1..
sama-sama kita hayati...

GOLONGAN yang berisiko tinggi dijangkiti selsema babi H1N1 adalah perokok, pengidap asma, kanak-kanak, perempuan mengandung dan golongan emas.


Pada peringkat awal tanda-tandanya adalah batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tidak kuat.

Peringkat kedua adalah bila pengidap susah bernafas, simptom macam pengidap asma, pada peringkat ini jika kita memegang orang yang dijangkiti atau berada di dalam bilik yang sama risiko jangkitannya adalah 80 peratus. Masa ini pengidap perlu di kuarantin di hospital.

Masalahnya sekarang semakin ramai yang dijangkiti. Hospital tidak cukup katil dan bilik kuarantin.
Seperti kes adik saya, apabila beliau pengsan baru ditahan di hospital.

Fasa kritikal
Apabila virus menjangkiti paru-paru. Dari ujian X-ray kita dapat lihat virus menutupi paru-paru. Dalam kes adik saya amat menakutkan sekali bila tengok x ray itu.

Pada peringkat ini, pesakit perlu bantuan oksigen peringkat paling tinggi dan disuntik ubat antiviral, sejenis dadah yang kuat. Sekurang-kurangnya seminggu bergantung kepada bantuan penafasan oksigen. Peratus untuk sembuh pula bergantung kepada umur dan ketahanan badan.

Kerana itu, bayi dan kanak-kanak yang sampai kepada tahap kritikal biasanya meninggal dunia. Adik saya hari ini, hari yang ke lapan, masih memerlukan oksigen. Kasihan dia. Masa tahap kritikal itu tercungap-cungap dia bernafas, sampai menangis.

Sampai satu tahap dia berguling atas simen sebab dah tidak tahan, hampir putus asa, sampai dia boleh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia, itu lelaki tu, bayangkan kalau perempuan atau budak-budak.

Terima kasih doktor
Kami sekeluarga cuma boleh tengok dia dari cermin. Tidak boleh masuk dalam bilik kuarantin. Doktor dan jururawat sahaja yang dibenarkan masuk, siap pakai baju plastik.

Kami berkomunikasi melalui SMS, bagi dia al-quran biar dia baca, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah, bagi air yasin. Alhamdulillah dia semakin pulih. Ada hikmahnya. Semua keluarga bersatu menyokong adik kami yang dijangkiti H1N1.

Masalahnya hospital swasta tidak terima kes H1N1, sekarang ini semua bergantung kepada hospital kerajaan yang kebanyakkan doktornya masih muda. Doktor yang merawat adik saya berusia 28 tahun.

Satu doktor 5 pesakit, kasihan pula tengok doktor-doktor itu, berhempas pulas hendak selamatkan pesakit. Kami sekeluarga begitu terharu dengan pengorbanan doktor-doktor ini, terutamanya di hospital Ampang. Dari pengalaman kami, ada doktor yang sampai bermalam di hospital semata-mata untuk merawat pesakit.

Rasa nak peluk dan cium dia orang sebab selamatkan adik saya.

Thanks to Allah.

teringat satu hadis,mungkin teman-teman pernah mendengar hadis ni,
dapatkan saham keuntungan dalam masa 5 waktu sebelum tiba 5 waktu yang lain:
1)masa kamu hidup sebelum kamu mati

2)masa kamu sihat sebelum kamu sakit

3)masa kamu lapang sebelum kamu sibuk
4)masa kamu muda sebelum kamu tua
5)masa kamu senang sebelum kamu susah

Friday, August 14, 2009

Marwa el-Sherbani

bismillahirrahmanirrahim....
Apa khaba yer teman-teman sekalian?semoga sihat sentiasa dan dipermudahkan segala urusan...alhamdulillah,Allah memberi lagi kesempatan kepada kita untuk berjumpa di ruangan yang sederhana ini...

sama-sama lah kita jaga kesihatan sebaik mungkin,memandangkan influenze A semakin mengganas sekarang ni..melihat kepada angka kematian yang sentiasa meningkat,siapa yang tidak gerun...ambiklah langkah berjaga-jaga...antaranya cuba elakkan berada di tempat orang yang ramai,pendek kata tempat yang crowded...housemate saya sendiri hujung minggu lepas balik kampung naik bas di pudu,sampai hari ni selsema dan batuk lagi..insyaAllah dalam tempoh bertambah baik...banyakkan makan buah-buahan dan minum air...air masak yer bukan air manis bukan juga air sejuk

di kesempatan ini,hajat di hati nak berkongsi sesuatu dengan teman-teman sekalian.mungkin ada di antara kalian sudah mendengar berita ini,mungkin ada juga yang belum.



pernahkah teman-teman mendengar nama MARWA EL-SHERBANI?

beliau adalah seorang muslimah yang telah dibunuh kerana

mempertahankan jilbabnya..


pembunuhan yang sangat menyayat hati...

diatas adalah gamba arwah bersama keluarganya....

untuk maklumat lanjut,

jom klik

semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya...

Thursday, August 6, 2009

siapkan diri untuk ramadhan


Assalamualakum wbrt...
Alhamdulillah,Allah memberi lagi kesempatan untuk kita berjumpa di kolam ini...
apa khaba yer teman-teman semua?moga semuanya sihat..walaupun H1N1 sedang melanda hampir di setiap negeri..
sihat iman itu yang utama =)

hari ini 15 sya'ban, atau dikenali nisfu sya'ban..dikesempatan yang ada saya ingin berkongsi dengan teman-teman semua tentang nisfu sya'ban..insyaAllah..moga Allah izinkan...

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda:
“Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”

marilah kita bermunajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:

“Allhuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan“

bermaksud :

“Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan
Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan.”

Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.

nisfu syaaban
Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu
sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya,

"Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."


Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.
"Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."


buku catatan

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

pada malam nisfu sya'ban,umat islam di galakkan:
1.Solat sunat nisfu sya'aban

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada
Allah


ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

teman-teman,

marilah kita sama-sama jadikan hari-hari dalam syaaban untuk kita sama-sama kita muhasabah diri dan sama persiapkan diri dalam menerima kedatangan ramadhan, bulan kerahmatan juga bulan keampunan...

ramadhan bulan yang dirindukan oleh rasulullah saw dan para sahabat...juga bulan yang kita sama-sama rindukan....

tak tahulah kenapa,saya betul-betul rindukan ramadhan =)

mungkin teman-teman juga dapat merasakannya....

sama-samalah kita berdoa moga Allah panjangkan usia kita,diberi kesempatan untuk bertemu ramadhan..seterusnya dapat melipat gandakan amalan-amalan kita..insyaAllah...

terima kasih atas kunjungan teman-teman =)....