Sunday, September 9, 2012

jom amalkan itsar


Bismilahirrahmanirrahim....
alhamdulillah, ramadhan sudah pun berlalu dan syawal juga sudah menghitung hari untuk meninggalkan kita..
bagaimana dengan amalan2 kita sepanjang ramadhan adakah diteruskan?atau terhenti dan terbantut seusai hadirnya syawal?sama2 kita teliti balik amalan kita,terutama saya sendiri...

insyaAllah dalam keterbatasan waktu yg ada, saya ingin kongsikan satu post yang diambil dari haluansisswa utara...hajat di hati ingin kongsikan semasa ramdhan,tapi Allah bagi bulan syawal saya post artikel ni =)..

semoga bermanfaat...


 "Pilihlah isteriku, dan nikahilah."
Inilah ungkapan itsar seorang sahabat Ansar, Sa'ad bin Rabi' r.a. kepada pemuda Muhajirin Mekah, Abdul Rahman bin Auf r.a. selepas dipersaudarakan oleh Rasulullah di Madinah selepas hijrah. Berkata Sa'ad lagi,

"Wahai saudaraku, ini adalah harta kekayaan yang telah aku kumpulkan selama ini. Aku akan membahagikannya menjadi dua bahagian; untukmu dan untukku. Separuh dari rumah ini juga milikmu. Aku juga mempunyai dua orang isteri. Aku akan membawanya kepadamu, dan terserah lah kepadamu untuk memilih sesiapa antara mereka yang kamu sukai. Aku akan menceraikannya, hingga setelah selesai masa iddahnya, engkau bisa menikahinya,"


Sesungguhnya itsar adalah akhlak khusus orang-orang beriman; akhlak orang-orang yang mahu membeli syurga. Itsar ertinya mengutamakan kehendak saudara Muslim melebihi kehendak dirinya sendiri, setinggi-tinggi darjat dalam ukhuwwah. Bahkan, jika menelusuri sirah, istar bukan lagi mengutamakan kehendak sahabat, tetapi mengutamakan keperluan sahabat melebihi keperluan diri sendiri, sehingga harga bayarnya ialah nyawa. Seperti kisah Ikrimah bin Abu Jahal dalam perang Yarmuk. Pada saat titisan air minuman menghampiri bibirnya, dia terdengar rintihan sahabat meminta air. Disegerakan kehendak sahabat, meminta air diberikan kepada sang sahabat yang juga merintih sepertinya. Hingga akhirnya beliau syahid tanpa sempat meminum air.

Itsar ini, perumpamaannya ialah kita sangat ingin memiliki sesuatu, atau sangat memerlukan sesuatu, namun selepas Allah melapangkan urusan tersebut untuk kita, tiba-tiba datang seorang sahabat yang juga memerlukannya. Lalu, dengan hati yang basah iman kita pun memberikan nikmat tadi kepada sahabat tersebut. Seperti itulah itsar, seperti tidak memiliki nikmat duniawi yang dihajati kerana telah memberinya kepada orang lain. Subhanallah...

"Matikan lampu, sibukkan anak-anak,"
Seorang lelaki datang menghampiri Rasulullah s.a.w. dan berkata, "Wahai Rasulullah, aku sangat lapar, dan sangat memerlukan makanan," Lalu Rasulullah bertanya kepada beberapa isteri baginda s.a.w. "Apakah kalian mempunyai makanan?" Namun jawab para isterinya, "Demi Allah yang mengutusmu dengan kebenaran, kami hanya mempunyai air,"

Maka, Rasulullah s.a.w. berdiri di tengah-tengah para sahabat baginda dan berkata, "Siapakah di antara kalian yang bersedia menerima orang ini sebagai tetamunya?" Seorang sahabat ansar bangun, dan berkata, "Wahai Rasulullah, aku akan menerimanya sebagai tetamu,"

Sahabat Ansar tersebut pun membawa tetamunya ke rumah. Di rumahnya, berkatalah sang isteri sahabat tersebut, "Yang ada hanya cukup untuk persediaan anak-anak kita saja,"

Sahabat yang mulia ini dengan lembut menjawab kata-kata isterinya, "Sibukkan lah mereka dengan sesuatu. Jika mereka menginginkan makan malam, ajaklah mereka tidur hingga tetamu kita datang. Kalau sudah datang, letakkanlah makanan itu dan padamkanlah lampu, supaya dia beranggapan bahawa kita ikut makan bersamanya. Supaya dia mahu makan, letakkanah makanan itu di hadapannya,"

Akhirnya tetamu itu pun duduk makan. Dan dia memang menyangka tuan rumah yang meraikannya juga sedang makan bersamanya. Ketika subuh datang, sahabat yang mulia ini di sambut Rasulullah s.a.w. di masjid dengan ucapan, "Sesungguhnya Allah sangat takjub terhadap apa yang kalian berdua lakuan pada malam tadi."

Peristiwa ini persis sebuah drama, namun ia merupakan kisah nyata keimanan para sahabat. Bagaimana dengan diri kita? Bukankah keadaan kita jauh lebih baik dari keluarga sahabat Rasulullah s.a.w. tadi ketika Islam memerlukan sedekah kita? 

"Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang mereka berikan kepada mereka (orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itu lah orang-orang yang beruntung." [Al-Hasyr: 9]

Orang-orang Muhajirin hanya memiliki sehelai pakaian yang melekat pada tubuh mereka, padahal mereka dahulu adalah orang-orang kaya di Mekah. Kaum Muhajirin adalah golongan pedagang dan peniaga, sedangkan kaum Ansar terdiri dari para petani sahaja. Kaum Ansar bukan orang-orang kaya seperti kaum Muhajirin ketika di Mekah. Apa yang kaum Ansar miliki adalah hasil titik peluh mengutip hasil bumi di tanah Madinah dan sekitarnya. Namun,  sikap itsar yang dipemerkan oleh kaum Ansar sangat luar biasa. Ketika Rasulullah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar, proses pemilihan hanya lah melalui undian. Jika ditanya, "Si Fulan ini saudara siapa?" Maka semua orang-orang Ansar akan berkata, "Saudaraku ya Rasulullah!"

Hari ini solat selalu kurang khusyuk. Ibadah kurang mengesani hati. Haji dan umrah menjadi ibadah tahunan. Namun, kemanisan ibadah masih belum bisa diraih. Kita telah berhempas pulas untuk meraih khusyuk dalam ibadah-ibadah harian. Namun, masih belum berjaya memasuki horizon yang penuh keasyikan itu. Fikiran masih bermain-main dengan angan-angan kehidupan sejurus takbiratul ihram diangkat. Mengapa?


Saudaraku, mari lah kita perhatikan, bagaimana generasi awal meraih khusyu' disaat perut mereka lapar, disaat anak-anak mereka di rumah memakai baju yang lusuh, dan isteri-isteri mereka menguli roti sehingga luka jemari-jemari mereka, seperti saidatina Fatimah puteri Rasulullah s.a.w. dan Asma' puteri Abu Bakr. Tetapi, mereka adalah generasi yang khusyuk, yang menikmati setiap ibadah yang dilaksanakan. Hari ini kita kekenyangan, berehat di dalam rumah yang nyaman, tidur di atas tilam yang selesa, mempunyai pekerjaan yang baik, anak-anak yang cemerlang dan sihat. Tetapi tidak. Hati kita sangat sukar meraih khusyuk. Mengapa hai saudaraku?

"Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahui." [Ali Imran: 92]

Berinfaqlah! Istar lah! Itulah jawapannya. Buat hati yang masih terlalu keras, setelah menjauhi segala maksiat, meraih rezeki yang halal, dan melakukan segala perintahNya yang wajib, tetapi hati masih kering dan mencintai dunia. Di atas setiap dosa yang dilakukan dalam satu hari, bersedekahlah. Jika tidak mampu bersedekah, maka itsar lah, seperti itsarnya para sahabat Rasullah. Istar menumbuhkan rasa nikmat beriman kepada Allah. Ia melatih diri meletakkan redha Allah melebihi redha yang selainNya. Kerana mengejar redhaNya, kita memberikan rezeki yang dicintai kepada orang lain, memberikan peluang yang ditunggu-tunggu selama ini kepada orang lain, memberikan kenikmatan yang sedang dinikmati kepada saudara seiman. Inilah tujuan istar dan tujuan sedekah. Iaitu mengutamakan redha Allah melebihi keinginan nafsu. 

Rasulullah s.a.w. bersabda ketika baginda bertemu dengan Asma' binti Abu Bakr,
"Berifaqlah dan janganlah kamu menghitung-hitung hartamu, kerana Allah juga akan menghitung-hitung rezekiNya untukmu, dan janganlah engkau bakhil dengan hartamu, kerana Allah juga akan bakhil kepadamu," [ HR Bukhari]

Oleh itu, berinfaqlah dan jangan merasa sayang terhadap harta yang dimiliki, kerana Allah juga akan menghitung-hitung rezekiNya untuk kita. Renunglah firman Allah,
"Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir). Sedangkan Allah menjanjikan untukmu ampunan dariNya dan kurnia. Dan Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui." [Al-Baqarah: 268]

Syaitan selalu menakutkan-nakutkan manusia dengan kemiskinan dan kefakiran. Ketika kita mahu menginfaqkan sebahagian rezeki, syaitan akan membuka gambaran tentang keperluan-keperluan kita yang belum dipenuhi. Demikianlah syaitan menghalang tangan-tangan manusia dari bersedekah, berinfaq dan mengutamakan keperluan orang lain. Laknatullah sentiasa berusaha membisikkan dunia agar kita beralasan untuk memberi demi keperluan harian dan masa depan, dan seterusnya. Syaitan sentiasa mempengaruhi jiwa manusia dengan keraguan hingga terhalang keinginan untuk berinfaq.

"Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yg telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian pada salah seorang di antara kamu, lalu dia berkata: Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan kematianku sampai waktu yang dekat, yg menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang soleh." [Al-Munafiqun:10]

Menurut para ulama, ayat ini menafsirkan bahawa perkara yang paling dikesali ketika kematian menjemput anak Adam ialah hartanya yang belum disedekahkan, seperti yang Allah gambarkan dalam ayat tersebut. Kerana hidupnya telah dia habiskan mencari harta atau rezeki, namun dia akan meninggalkan semuanya pada anak-anak. Hingga di saat maut menjemput, dia akan berkata, "Mengapakah aku harus meninggalkan hartaku?"

Itsar dan bersedekah adalah dua perkara yang sangat akrab hubungannya. Barangsiapa yang mencintai dirinya, dia akan mencintai hartanya. Tetapi barangsiapa yang mencintai Islam dan Allah, dia akan mencintai saudaranya melebihi cintanya kepada diri sendiri. Oleh itu, antara jalan meraih cinta Allah ialah mencintai sahabat. Untuk mencintai sahabat, jiwa harus memiliki sebuah akhlak, iaitu kepekaan perasaan. Ia adalah perasaan yang indah dan dalam terhadap orang lain, yang lahir dari jiwa yang jernih, sehingga dapat memahami hajat yang terpendam dalam jiwa sahabat, tanpa sahabat tersebut mengungkapkannya. Dalam konteks umat Islam tanpa daulah hari ini, kita harus merasai keperitan saudara-saudara di Palestin, Myanmar, Somalia, dan seluruh dunia. Hari ini dakwah memerlukan harta kita. Oleh itu, berniagalah dengan Allah menggunakan modal harta yang kita miliki. Kerana balasannya adalah keredhaanNya, kejernihan hati, kerinduan pada akhirat dan syurgaNya.

Akhir kalam, marilah merasai nikmat di atas senyuman orang lain..kerana pemberian yang bukan lebihan dari rezeki Ilahi, tetapi dari sesuatu yang kita cintai. Sebagaimana para Ansar merasai manisnya memberikan isteri yang dicinta kepada sahabat Muhajirin. Seperti Ikrimah merasai dua kemanisan; kemanisan itsar dan kemanisan syahid ketika ajal menjemputnya pergi. Maha Suci Allah! Inilah rahsia kekhusyukan mereka, rahsia iman yang berkobar-kobar, dan terus berkobar...

sama2 kita amalkan itsar dalam kehidupan kita, utamakan orang lain daripada diri kita sendiri..
moga Allah bagi kekuatan untuk amalkan dalam kehidupan ini..

Saturday, August 4, 2012

hari ini 15 ramadhan

Bismilahirrahmanirrahim...
hari ini 15 ramadhan, ada satu tragedi telah berlaku pada tarikh ini satu ketika dahulu..
jom baca!

dipetik dari tragedi hitam 15 ramadhan


Mari bersama kita mengambil kesempatan untuk memperingati peristiwa  Tragedi Hitam 15 Ramadan yang berlaku 20 tahun (hijri) yang lalu di Masjid Ibrahimi, Khalil (Hebron), Palestin.
Penjenayah terkutuk yang bertanggung-jawab terhadap tragedi ini adalah seorang doktor Yahudi bernama Baruch Kopel Goldstein yang telah mendapat sokongan jitu daripada pihak tentera Zionis Israel.
Baruch Goldstein 2 Tragedi Hitam 15 Ramadhan....
Penjenayah Tragedi Hitam Masjid Ibrahimi (Hebron Massacre)
Goldstein telah dilahirkan oleh sebuah keluarga Yahudi Ortodox di Brooklyn, New York pada 9 Disember 1956. Beliau telah dibesarkan oleh ibu-bapanya dengan pendidikan agama Yahudi dengan memulakan pengajian sekolahnya di Sekolah Agama Yeshiva of Flatbush dan kemudiannya di Yeshiva University.
enstein college 300x199 Tragedi Hitam 15 Ramadhan....
Albert Enstein College of Medicine, New York City
Beliau menyambung pengajian perubatan di Albert Einstein College of Medicine, New York. Dia kemudiannya berkhidmat bersama Jewish Defence League (JDL), sebuah pertubuhan militan Yahudi yang diasaskan oleh kenalannya di zaman kanak-kanak iaitu Rabbi Meir Kahane.
Goldstein berhijrah ke Palestin yang dijajah(yang dikenali sebagi Israel) pada tahun 1983. Beliau berkhidmat sebagai seorang doktor dalam pasukan penjajah Israel Defence Force (IDF) sebagai anggota simpanan sebelum dinaikkan pangkat sebagai anggota tetap IDF.
IDF soldiers tallitot and weapons 300x225 Tragedi Hitam 15 Ramadhan....
Pasukan pengganas IDF
Goldstein bekerja sebagai doktor yang komited dengan agamanya dan tinggal di penempatan Israel yang bernama Kiryat Arba berhampiran dengan bandar al-Khalil (kini dipanggil Hebron) di mana beliau bekerja sebagai doktor di unit kecemasan. Beliau begitu komited dan telah terlibat dalam merawat mangsa keganasan Arab-Israel tetapi beliau menolak sebarang tugasan untuk merawat rakyat bangsa Arab (Palestin).
Tragedi Hitam 15 Ramadan 1414 H
hebron mosque 300x198 Tragedi Hitam 15 Ramadhan....
Masjid Ibrahimi dan Maqam Ibrahim. Lokasi istimewa untuk umat Islam, Yahudi dan Kristian..
Pada awal pagi Februari 25, 1994 (15 Ramadan 1414) bersempena dengan hari Purim (menurut agama Yahudi), Goldstein telah memasuki Masjid Ibrahimi di Bandar al-Khalil (Hebron) dengan memakai pakaian seragam tentera berserta pangkatnya. Beliau masuk ke dalam masjid Ibrahimi pada waktu subuh dengan gaya sebagai pegawai tentera yang sedang bertugas. Seramai kira-kira 500 orang jemaah sedang membuat persiapan subuh pada ketika itu.
masacre 254x300 Tragedi Hitam 15 Ramadhan....Bagai lakonan yang dirancang licik, beberapa orang tentera Israel yang tidak berpakaian seragam juga telah bersama beliau di dalam operasi ini dengan mengunci semua pintu-pintu masjid. Sepantas kilat, Goldstein kemudiannya melepaskan tembakan dengan membunuh seramai 29 orang jamaah yang sedang bersolat subuh dan telah mencederakan seramai 125 orang jamaah yang lain.
thumb 300x166 Tragedi Hitam 15 Ramadhan....
Darah yang bertompokan membasahi Masjid ibrahimi
Menurut pengawal masjid yang bernama Mohammad Suleiman Abu Saleh, dia bersama beberapa jamaah yang lain telah menangkap Goldstein yang kemudian bergelut untuk melepaskan diri tetapi telah dipukul sehingga mati oleh jamaah yang terselamat daripada tembakan awalnya.
Tragedi ini telah menyebabkan berlakunya beberapa rusuhan di beberapa tempat dan seramai 25 orang rakyat Palestin yang lain telah dibunuh oleh IDF pada minggu yang berikutnya dengan alasan untuk mengekalkan keamanan. Manakala seramai 5 orang Israel telah dibunuh oleh rakyat Palestin yang bangkit menentang kezaliman ini.
Kerajaan Israel kemudiannya telah mengenakan perintah berkurung selama dua minggu kepada 120,000 penduduk Palestin di Khalil (Hebron). Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin telah menelefon pemimpin PLO, Yasser Arafat dan menyifatkan serangan itu sebagai jenayah dan perbuatan yang menjijikkan oleh seorang yang tidak siuman.
honor killer 300x286 Tragedi Hitam 15 Ramadhan....
Penghormatan terakhir kepada penjenayah
Namun tindakan tersebut hanyalah sebahagian daripada ribuan siri tipu muslihat mereka banyak. Malahan ramai di kalangan Yahudi Zionis yang beranggapan bahawa Goldstein adalah seorang wira mahu pun seorang ‘wali’ boleh kebanyakan mereka.
Baruch Goldstein tomb Tragedi Hitam 15 Ramadhan....
Dianggap sebagai Makam Pahlawan.
Di perkuburannya juga telah didirikan tanda peringatan yang menjadi tumpuan pelawat dari masa ke semasa sehingga ke hari ini.
Sejarah jenayah Zionis kepada umat islam terus berulang dari masa ke semasa. Adakah kita sekadar mahu menjadi pemerhati terhadap rentetan sejarah yang berliku ini?
Ramadan adalah bulan perjuangan.
Selamat berjuang….

*** yahudi sentiasa mempunyai agenda untuk menhancurkan umat islam, mereka tidak pernah berhenti untuk mengalahkan agama Allah..
bagaimana pula kita????

Friday, August 3, 2012

ramadhan dan rohingya...

bismilahirrahmanirrahim....

alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian, selawat dan salam keatas rasulullah saw serta sahabat dan keluarga baginda...
marilah kita sentiasa menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dengan atas nikmat yang Allah kurniakan, janganlah kita menjadi golongan yang suka meminta-minta, mudah berkeluh resah dan tidak rasa cukup dengan apa yang ada..
nikmat Allah, kurniaan Allah tak pernah kurang..
sepertimana firman Allah:
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (An-Nahl: 18)
masyaAllah banyaknya nikmat Allah...

salam ramadhan kareem buat teman-teman yang dikasihi sekalian,
alhmdulillah kita sudah menjangkau ke pertengahan ramadhan..setiap kali terawikh saya suka mendongak ke langit, meninggikan 'angle of elevation' saya dari permukaan bumi =)...melihat bulan yang beransur berubah ke bulat, menuju bulan pernama.lantas hati berkata, masyaAllah cantiknya Allah buat bulan..

terawikh saya tahun ni berubah tempat dari tahun lepas, masih lagi di bumi Allah limbang.cuma, tahun ini saya dan 'housemate' lebih suka untuk meimarahkan surau sekolah kami.pada masa yang sama dapat bersama pelajar-pelajar dan mendekati mereka,insyaAllah..mudah2an Allah beri kekuatan buat kami.

seusai terawikh beberapa hari yang lepas, saya sempat berbual ringkas dengan seorang ustzh sekolah.perbualan kami berkisar tentang apa yang berlaku dengan saudara kita yang ditindas tidak dibela, mereka ditindas oleh kuasa yang menganggap diri mereka hebat dan berkuasa,sedarlah.. tiada yang hebat dan berkuasa melainkan Allah swt. betapa kejamnya sikap manusia pada hari ini, ingatlah Allah pasti memberi balasan ke atas mereka yang berbuat jahat terhadap umat islam di atas bumi Allah ini..Allah tidak pernah memungkiri janji..

insyaAllah dikesempatan ini saya ingin kongsikan berita tentang saudara kita iaitu saudara muslim rohingya yang berhadapan dengan maut dalam ramadhan ini. artikel ini dipetik dari web haluan.

ARAKAN, MYANMAR, 14 Julai 2012 -- Rusuhan dan pembunuhan susulan di wilayah Arakan di Myanmar yang meletus sejak 3 Jun lalu masih berterusan. Agensi-agensi bantuan kemanusiaan memberi amaran akan berlakunya tragedi kemanusiaan sekiranya masyarakat dunia tidak menyekat tindakan pihak berkuasa Myanmar meminggir puluhan ribu mangsa keganasan iaitu etnik Rohingya daripada dunia luar.
Keadaan masyarakat Rohingya yang terperangkap di barat Myanmar itu dikelaskan oleh petugas-petugas kemanusiaan sebagai sebuah penjara terbuka. Semalam, Jumaat 13 Julai, seramai 10 petugas bantuan kemanusiaan termasuk lima orang petugas PBB ditangkap oleh pihak berkuasa Myanmar. Tindakan ini menyebabkan usaha bantuan kemanusiaan tidak dapat digerakkan walaupun mangsa-mangsa sedang berhadapan dengan krisis makanan dan kesihatan yang meruncing.
rohingya-02Masyarakat Rohingya berhadapan dengan kelaparan akibat sekatan darurat yang dikenakan ekoran rusuhan tersebut. Menurut wakil NGO Action Against Hunger, Tarik Kadir, mangsa-mangsa kini sedang berhadapan dengan masalah kesihatan dan malnutrisi. "Masalah malnutrisi sudahpun melanda. Kami jangka ia akan meningkat secara mendadak jika bantuan kemanusiaan tidak diberikan secara terus kepada mereka dengan bebas tanpa bertangguh lagi. Petugas-petugas kemanusiaan perlukan jaminan keselamatan," kata beliau. NGO tersebut terpaksa meninggalkan wilayah utara Arakan itu, di mana terdapat 800,000 Rohingya sedang berhadapan dengan masalah malnutrisi. Dengan kekurangan akses kepada rawatan perubatan, keadaan mereka akan bertambah buruk.
"Dengan musim hujan yang bakal tiba, dalam berhadapan dengan semua masalah ini (keadaan masyarakat Rohingya dan kekangan yang dihadapi oleh NGO), kita tidak perlu sebarang perkiraan, tunggulah ketibaan krisis kemanusiaan", sambung Tarik Kadir.
Timbalan Pengarah Human Rights Watch (HRW) bagi Asia, Elaine Pearson yang baharu pulang dari lawatan ke Arakan turut mendakwa berlakunya tangkapan beramai-ramai oleh pihak berkuasa Myanmar ke atas masyarakat Rohingya. "Polis, askar dan polis sempadan menembak dan membunuh Rohingya, manakala mereka yang ditangkap dipisahkan dari dunia luar," kata beliau sebagaimana dipetik oleh akhbar The Guardian UK.
Akhbar The Guardian UK turut melaporkan bahawa seorang penduduk di Maungdaw di utara Arakan melihat sekumpulan lelaki Rohinhya, termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun didera di sebuah stesen polis. Setelah menjalani interogasi berkaitan serangan dan rusuhan di bandar tersebut, pihak polis menyerahkan mereka kepada pemuda-pemuda Arakan yang berada di stesen berkenaan. "Saya lihat pemuda-pemuda Arakan membakar kemaluan seorang tua menggunakan cerut (rokok) dan memukul pemuda Islam yang ditangkap itu dengan batang besi dan menjolok dubur mereka menggunakan batang kayu".
Sebuah lagi NGO, Arakan Project, mendakwa sekumpulan sami bertindak menyekat bantuan makanan daripada dibawa masuk ke kota Sittwe. Wakilnya, Chris Lewa berkata laporan kejadian serupa turut berlaku di tempat-tempat lain.  
Statistik sebenar tentang kemalangan manusia akibat tragedi ini sukar untuk dikumpul kerana pihak berkuasa Myanmar menghalang pemerhati luar daripada memasuki wilayan utara Arakan, tempat masyarakat Rohingya berteduh. "Kita bimbang tidakan ini adalah usaha untuk menyekat Rohingya daripada makanan dan menyebabkan kebuluran, seterusnya menyebabkan mereka berhijrah lari keluar," kata Lewa.
Bayangkanlah bagaimana masyarakat Rohingya berhadapan dengan tindakan zalim pihak pemerintah sejak tahun 1942 lagi. Ramadhan yang bakal menjelang disambut gembira oleh kita di Malaysia, namun mereka mungkin tidak sempat untuk memikirkan perkara lain selain menjaga survival akidah dan keluarga mereka. Yang pasti, kita sebagai seorang yang beriman tidak boleh berdiam diri. Sekurang-kurangnya hulurkanlah munajat dan doa ikhlas sepanjang Ramadhan, semoga Allah mengampunkan kealpaan kita dan memberi kedamaian kepada masyarakat Rohingya, saudara seakidah kita.
Sebarang derma dan sumbangan untuk membantu masyarakat Rohingya ini bolehlah disalurkan melalui:
"Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN" di Maybank bernombor 5622 6350 2611.
rohingya-03Walaupun ada pelarian Rohingya yang berjaya menyelamatkan keluarga ke negara jiran, mereka dihalang mendarat dan dipaksa beredar pulang.
rohingya-05Rumah-rumah masyarakat Rohingya dibakar dalam rusuhan.
rohingya-06Foto terbitan AFP ini menunjukkan kampung-kampung Rohingya yang dibakar oleh pelampau Arakan. Ramai Rohingya yang dibunuh, ditangkap, diperkosa dan tidak kurang yang melarikan diri ke sempadan Bangladesh.
rohingya-07Keadaan khemah pelarian Rohingya yang sangat dhoif dan tidak mempunyai infrastruktur asas mahupun saliran air. Penempatan ini tidak akan dapat bertahan apablia musim hujan tiba nanti.

--------------
Sumber disusun oleh Nizam Awang daripada Majlis Ulama Rohingya dan The Guardian UK.
mungkin ada yang tertanya siapakah muslim rohingya...insyaAllah, klik di link di bawah untuk maklumat lanjut
  1. siapa rohingya-ini langkahku
  2. pembunuhan etnik rohingya-mindaahad
  3. khutbah sentuh isu rohingya-malaysia harmoni
kita sentiasa ingt kan, setiap muslim itu bersaudara..
Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.”
Hadith riwayat Muslim.
sama-sama kita doa sepanjang ramadhan ini..moga nasib muslim rohingya di bela, dan ditingkatkan kesabaran dalam hati mereka menempuh ujian dariNya..
ujian Allah itu sentiasa ada, jangan sangka diri kita sendiri tidak di uji....
insyaAllah itu sahaja untuk kali ini,semoga bermanfaat..
terima kasih atas kunjungan kalian..semoga ramadhan tahun ini yang terbaik..sentiasa kita semak mutaba'ah amalan kita sepanjang ramadhan ini...moga2 semua amalan dapat laksanakan,insyaAllah...

Tuesday, July 17, 2012

Doa Seperti Akses Internet

salam sejahtera buat pembaca yang budiman..
semoga kalian di bawah rahmat Allah..


dah lama saya simpan artikel ini, untuk tatapan bersama...
rasanya kita sentiasa perlu kepada internet..
namun ada masanya ia laju...cepat saja loading...
tp,kadang kala ada juga masanya perlahan..sampai ada yang nak marah...


insyaAllah,disini saya nak kongsikan tentang doa, cara cepat untuk kita dapatkan sesuatu dari Allah..
seperti mana kata seorang sahabat, doa ni ibarat senjata seorang muslim...


kalau internet nak loading information, gambar, etc...tetapi doa ni kita nk loading rahmat Allah, rezeki Allah dan pengampunan allah..hebatkan doa...


jom sama2 kita baca..semoga bermanfaat buat semua..insyaAllah

Doa Seperti Akses Internet
oleh: ibnu islami


dakwatuna.com - Internet dan pengguna internet saat ini telah hampir digunakan dari semua kalangan, dari mahasiswa, anak sekolah, orang kantoran, ibu rumah tangga, pengangguran, anak TK, dari yang digunakan untuk main game, interaksi sosial, mencari wawasan, mencari ruang, hingga internet telah menjadi target-target program perusahaan dan pemerintahan “Internet masuk desa”.
Lalu ada apa dengan doa? Dalam menggunakan internet, melakukan akses dipengaruhi biaya/paket yang dikeluarkan, waktu dan tempat mengakses internet, belum lagi hardware-software yang digunakan untuk mempercepat akses, dan doa pun juga seperti akses internet.
Kecepatan akses internet, kadang tergantung kapan kita menggunakan internet, di pagi hari, siang, sore, atau malam, kalau jam-jam aktivitas menggunakan internet lebih lambat, begitu juga dimana kita menggunakan internet, di kampus, di rumah, di perkotaan, di desa, kadang ada orang yang membangun mini tower signal untuk mendapat sinyal kuat, kadang mencari tempat-tempat yang menyediakan akses kecepatan yang lebih, pakai modem paket bulanan, mingguan, harian, unlimited, atau dengan kuota yang kecepatan tergantung harga dari paket. Bagaimana dengan doa? Hadits Rasulullah:
1. Sepertiga Akhir Malam
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
“Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga akhir malam terakhir, lalu berfirman: Barangsiapa yang berdoa, pasti akan Kukabulkan, barangsiapa yang memohon pasti akan Aku perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti akan Ku ampuni.” (HR Bukhari)
2. Di saat berbuka puasa
Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash Radhiyallahu’anhu, dia mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa pada saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (HR Ibnu Majah)
3. Pada shalat fardhu sebelum salam di tasyahud akhir
Dari Abu Umamah Radhiyallahu’anhu, Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam ditanya tentang doa yang paling didengar oleh Allah Subhanahu wata’alla, beliau menjawab:
“Di pertengahan malam yang akhir dan pada setiap dubur shalat fardhu.” (HR At Tirmidzi dan dishahihkan oleh Al-Albani)
4. Di antara adzan dan iqamah
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu’anhu, Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
“Doa tidak akan ditolak antara adzan dan iqamah.” (HR Abu Daud, dishahihkan Al-Albani)
5. Pada saat sedang turun hujan
Dari Sahl bin Sa’ad Radhiyallahu’anhu, Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda:
“Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa pada waktu adzan dan doa pada waktu turun hujan.” (HR Hakim dan dishahihkan oleh Al-Albani)
6. Pada waktu bangun tidur malam hari bagi orang yang bersuci dan berdzikir sebelum tidur
Dari ‘Amr bin ‘Anbasah Radhiyallahu’anhu bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
“Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya.” (HR Ibnu Majah)
Ada waktu-waktu yang memang membuat doa itu menjadi lebih spesial dibanding doa-doa di waktu lain, seperti di antara yang telah disebutkan di atas. Sepertiga malam, akses di internet di waktu malam akan lebih cepat karena apa? Pengguna internet pada tidur, pengguna internet berkurang, dan sepertiga malam adalah waktu doa, karena merekalah yang bangun di kala orang lain tidur dan waktu yang sulit untuk bangun, mereka berdiri untuk shalat di saat orang lain terbaring di tempat tidur, mereka membasahi diri mereka dengan air wudhu dan tangisan di saat orang lain sedang menutup matanya. Jangan mengeluh ketika hujan, berdoalah karena hujan adalah rahmat, banjir, longsor, dan bencana yang terjadi di saat hujan, bukan karena hujannya, tapi coba introspeksi kerusakan apa yang telah diperbuat manusia, di saat orang banyak mengeluh, “yah hujan, pake hujan segala lagi, kok hujan sih” maka janganlah menjadi pribadi-pribadi yang seperti itu, berdoalah yang baik.
Dan tempat dimana orang itu berdoa, betapa banyak orang-orang mencari tempat makan yang ada akses internetnya, tempat prasarana umum yang ada akses internetnya, maka seharusnya kita juga mencari tempat-tempat yang di situlah doa mudah terkabulkan, di masjid, di majelis ta`lim, di Masjidil Haram, tempat-tempat yang telah Allah berkahi dan memiliki keutamaan karena Allah yang telah memberikannya, rumah-rumah yatim karena di sana banyak anak yatim, santuni anak yatim, rumah para ulama(sekolah, pondok pesantren) bukan karena rumahnya tapi karena di sana ada ulama dan orang-orang shalih, mereka adalah orang-orang yang dekat dengan Allah, silaturahim ke rumah ulama, ke rumah guru-guru, ke rumah saudara-saudara dan perbanyaklah saudara yang shalih,
Doa seorang muslim terhadap saudaranya tanpa sepengetahuan saudaranya
Dari Abu Darda’ Radhiyallahu’anhu, dia berkata bahwa Nabi Muhammad Shalallahu’alaihi Wasallam bersabda:
“Tidak seorang muslim berdoa untuk saudaranya yang tidak ada dihadapannya kecuali ada seorang malaikat yang ditugaskan berkata kepadanya: ‘Aamiin, dan bagimu seperti yang kau do’akan.” (HR Muslim)
Bukan ke kuburan, bukan ke dukun, melakukan kesyirikan dengan bertawasul kepada orang-orang yang sudah mati, perbanyaklah pulang ke rumah yang masih orang tuanya hidup, pergi ke pantai mengarung sesaji, meminta kepada setan. Lalu perbanyaklah waktu di rumah yang orang tuanya masih hidup, berbaktilah:
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu’anhu, dia Rasulullah Shalallahu’alaihi wasallam bersabda:
“Tiga doa yang tidak ditolak; doa orangtua terhadap anaknya, doa orang yang sedang puasa, dan doa seorang musafir.” (HR Baihaqi dan dishahihkan oleh Al-Albani)
Selain tempat dan waktu, kita juga membayar paket internet. Maka paket doa adalah dengan amalan-amalan baik yang kita lakukan, shalat, puasa, baca Quran, sedekah, silaturahim, mohon ampun, berhenti dan berusaha semaksimal untuk berkurang maksiat yang kita lakukan tiap waktunya dan amalan lainnya, bahkan kita diperbolehkan berdoa dengan menyebut amalan baik kita(bertawasul dengan amalan baik). Dalam berdoa yang ditekankan adalah kita hidup ini sebenarnya dalam keadaan berperang, selain berperang dengan godaan setan, nafsu, maksiat, kita juga sedang berperang dalam doa, usaha, dan dalam tawakkal, maka kita juga harus punya dan memanfaatkan strategi-strategi yang telah Allah dan RasulNya beritahukan, memang Allah maha Mengabulkan, Maha mendengar, Maha mengetahui, tapi kita sedang berperang setidaknya doa kita juga berperang dengan maksiat yang telah kita lakukan, karena sesungguhnya maksiat adalah penghalang terkabulnya doa. Wallahu`alam.





ayuh sahabat sekalian...tunggu apa lagi...sama2 tingkatkan amal...
tingkatkan doa kita..pergantungan kita kepada Allah swt...
lebih-lebih lagi ramdhan sudah memanggil..mudah2an kita dapat berada dalam madrasah ramadhan pada tahun ini..inAllah

Thursday, June 21, 2012

pintu syaitan

bismilahirrahmanirrahim....
alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam.selawat dan salam kepada sahabat serta keluarga baginda saw..

semua tahu kan,gamba apa di atas?..itulah pintu, hanya sekeping kayu tetapi bila buka, kita terus boleh masuk.bila tuan rumah buka pintu,itu tandanya dia mengizinkan kita masuk ke rumahnta..nak masuk kereta pun ada pintu..seronok kan,bila nak masuk kereta ada org tolong bukakan =)...

tahukah rakan-rakan yang dikasihi sekalian, dalam diri kita juga ada pintu,kalau kita buka pintu ni siapa akan masuk yer?

dipetik dari buku apa ertinya saya menganut islam di tulis oleh Fathi Yakan, seorang salihin berkata 


"Saya telah merenung dan memikirkan cara-cara dari pintu manakah syaitan masuk ke dalam diri manusia, ternyata ia masuk ke dalam diri melalui sepuluh pintu."


bahayanya, dalam diri kita ada pintu untuk syaitan..saya mengajak kawan-kawan semua mari kita kenali dan fahami kesepuluh pintu itu...pintu


Pertama:
Tamak dan buruk sangka, maka aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada.


Kedua:
Cintakan kehidupan dunia dan panjang angan-angan, lalu aku menghadapinya dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang boleh berlaku saban waktu.


Ketiga:
Cintakan kerehatan dan kemewahan, lantas aku menghadapinya dengan keyakinan bahawa kenikmatan itu akan hilang dan balasan buruk pasti menanti.


Keempat:
Kagum terhadap diri sendiri ('Ujub), lantas aku menghadapinya dengan rasa terhutang budi kepada Allah dan kepada akibat yaburuk.


Kelima:
Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lalu aku menghaddengan mengenali hak-hak mereka serta menghormati mereka secara wajar.


Keenam:
Hasad (dengki), lalu aku menghadapinya dengan sifat berpada (qana'ah) dan reda terhadap kurniaan Allah kepada makhluknya.


Ketujuh:
Riya' dan sukakan pujian orang. Lalu aku menghadapinya dengan ikhlas.


Kelapan:
Bakhil (kedekut), lalu aku menghadapinya dengan menyedari bahawa apa yang ada pada makhluk akan binasa manakala yang kekal itu berada di sisi Allah.


Kesembilan:
Takabbur (membesarkan diri), lalu aku menghadapinya dengan rasa tawaduk.


Kesepuluh:
Tamak haloba, lalu aku menghadapinya dengan mempercayai ganjaran yang disediakan di sisi Allah dan tidak tamak terhadap apa yang ada di sisi manusia.


Di antara arahan-arahan yang di anjurkan oleh Islam sebagai jalan untuk mengelak serangan dan tipu daya syaitan ialah agar sentiasa seseorang itu mengingati Allah apabila memulakan setiap pekerjaan. 


Satu riwayat daripada Abu Hurairah berhubung dengan hal ini menyebutkan: "Syaitan bagi orang-orang mukmin telah bertemu syaitan bagi orang-orang kafir, lalu di dapati syaitan bagi orang-orang kafir dalam keadaan gemuk-montel sedangkan syaitan bagi orang-orang mukmin dalam keadaan kurus kering bertelanjang dan kusut masai. 
Lalu syaitan bagi orang-orang kafir itu bertanya kepada syaitan bagi orang-orang mukmin: Kenapa kamu kurus kering?. 


Lalu ia menjawab: "Aku bersama seorang lelaki yang apabila ia makan ia menyebut nama Allah, lalu aku terus kelaparan, apabila ia minum ia menyebut nama Allah, lalu aku terus dalam keadaan dahaga, apabila ia memakai pakaian ia menyebut nama Allah menyebabkan aku terus bertelanjang. Apabila ia memakai minyak rambut juga ia menyebut nama Allah menyebabkan aku terus kusut masai". Kemudian syaitan bagi orang-orang kafir itu berkata: "Tetapi aku bersama lelaki yang tidak berbuat demikian sedikitpun, maka bolehlah aku berkongsi makan, minum dan pakai dengannya".


so, mcm mana kawan2..nak syaitan tu gemok ke kurus?
mestilah nak kurus kan, jom kita tutup semua pintu tu rapat2..
jgn bg syaitan masuk. ye...


inAllah, ada rezeki kita jumpa lagi...
terima kasih atas kunjungan =)....

Thursday, June 7, 2012

selingan:cuti pertghn tahun


alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah...
mari lah kita sentiasa dalam keadaan bersyukur dengan apa sahaja yang Allah 
berikan untuk kita..


cuti sekolah berbaki beberapa hari shj lagi..
berat je hati nk balik ke limbang...
bila teringtkan pelajar,amanah n tanggungjwb..cuba juga kuatkan hati...


kepada cikgu2,kawan2, dan juga adik2 sekolah yg sedang menikmati cuti sekolah..
manfaatkan cuti anda ye..
yang penting quality masa yang kita digunakan bukan
quantity masa yg kita ada..betul ke?