Monday, March 9, 2009

tentang dia...

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah berjumpa lagi kita dengan izin Allah swt. apa kaba semua teman2?semoga sihat hendaknya dan sentiasa dipermudahkan segala urusan.
hari ini 9 mac 2009,boleh dikatakan semua negeri di Malaysia bercuti,kerana cuti umum.tp,berapa ramaikah yang menyedari dan menghayati bahawa hari ini adalah bersamaan 12 rabiulawal,merupakan tarikh kelahiran nabi Muhammad saw,kekasih Allah swt.

semoga kita dikalangan golongan yang menyedari tentang hari ini...hari kelahiran nabi junjungan,utusan Allah yang sangat mulia,yang telah mengorbankan jiwa dan harta benda dalam menyampaikan islam kepada kita...selawat dan salam keatas baginda, ahli keluarga dan para sahabat,semoga Allah memberikan ganjaran yang tertinggi buat mereka...kadang2 saya terfikir,jika tiada pengorbanan dari rasulullah saw dan para sahabat,adakah kita dapat menikmati nikmat iman dan taqwa sepertimana kita rasai sekarang???

bagi memperingati hari kelahiran baginda,disini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang dia...tentang kehidupan dan keperibadian baginda yang sangat mulia...

Gurau Rasulullah
Rasulullah pernah bergurau dengan seorang badwi (yang sudah dewasa) bernama zahir bin hiram yang sedang menjual daganganya. dia termasuk lelaki yang buruk rupanya.lalu Rasulullah memeluknya dari arah belakang,dan menutup matanya dengan telapak tangannya, tentu dengan maksud bergurau,sehingga Zahir berteriak."Lepaskan aku..siapa ini?" setelah mengetahui bahawa yang mendakapnya adalah Rasulullah dia merapatkan dadanyanya ke dada Rasul dan beliau masih saja bergurau, "Siapa yang mahu beli budak (seperti kamu ini)?" zahir berkata."Ya Rasulullah kalau begitu aku tidak laku." jawab nabi,"ya. kamu disisi Allah mahal harganya." (HR Ahmad)

Tidur Rasulullah
Suatu ketika datang sejumlah sahabat kepada Rasulullah kemudian mereka duduk. lalu datanglah umar.ketika Rasulullah berganjak dari tempat itu umar dapat melihat ada bekas anyaman tikar kasar pada sisi kanan perut Rasulullah.kemudian umar menangis.Rasulullah bertanya."apa yang membuatmu menangis,wahai umar?" umar menjawab"demi Allah,saya tahu bahawa anda makhluk yang paling mulia,lebih mulia di mata Allah daripada kisra dan kaisar. mereka berdua bermain-main dengan dunia dan hidup dalam kemewahan,sedangkan anda wahai Rasulullah,tidur di tempat seperti ini?" Rasul menjawab, "bukankah engkau rela mereka memperoleh dunia sedangkan kita memperoleh akhirat?" "ya."jawab umar. "itulah yang sebenarnya (sedang) terjadi." kata Rasulullah (HR Imam Ahmad)

mungkin kita pernah terbaca tentang dua tingkah laku Rasulullah ini...terdapat banyak lagi contoh2 yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah untuk kita contohi.dari sudut ibadah, keberanian,kesabaran, kasih sayang dan banyak lagi.hanya tinggal penghayatan dari kita selaku umatnya.dalam meletakkan baginda sebagai qudwah hasanah (contoh terbaik) sebagai ikutan.

Allah telah menjadikan cinta kepada Rasulullah sebagai salah satu kunci untuk mencapai "manisnya iman".
seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah, yang bermaksud
"tiga hal yang apabila seseorang berada di dalamnya,pasti akan merasa manisnya iman. pertama, apabila orang itu mencintai Allah dan Rasulnya melebihi cintanya kepada yang lain." (Muttafaq Alaih)

Rasulullah juga bersabda:
"Demi jiwaku dalam genggaman-Nya,tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sampai aku lebih dicintai olehnya melebihi bapa dan anaknya."

betapa tingginya nilai cinta kepada Rasulullah saw.tp,bagaimana melahirkan rasa cinta kepada baginda?mungkin itulah persoalan yang bermain difikiran sesetengah masyarakat. dalam menghayati rasa cinta kepada Rasulullah,sama-samalah kita meneliti sirah-sirah nabi yang semerbak wangi sepanjang masa,dari sini kita akan belajar untuk mengikut jejak beliau seterusnya menanam rasa cinta kepada baginda.

ikutilah sunnah2 yang telah ditinggalakan oleh Rasulullah dengann sebaik2nya,bukan dengan memilih-milih.kerana apa yang menyedihkan,realiti hari ini. masyarakat hanya mengikut sunnah Rasulullah pada sesetengah perkara sahaja yang mana dianggap perlu sahaja akan diikuti...tidakkah apa yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah sangat relevan sepanjang zaman?kenapa ada pemilihan dalam melaksanakannya...mungkin,kita masih belum dapat mencintai Rasulullah dengan sepenuh hati...

marilah kita sama2 perbaiki diri,tanamkan rasa cinta kepada Rasulullah,insan yang paling mulia disisi Allah.
semoga suatu hari nanti kita layak untuk bertemu dengannya...
insyaAllah...

sekian sahaja buat kali ini,terima kasih buat mereka yg sudi berkunjung...

Monday, March 2, 2009

jangan putus asa

mari kita sama2 bina kekuatan,bina semangat,teruskan perjuangan!
jangan mudah putus asa...
Allah ada jwpnnya...

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "surah Al Baqarah ayat 250

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."Surah Yusuf ayat 12

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."Surah Al-Ankabut ayat 2-3

ketahuilah sahabat-sahabat sekalian...
setiap persoalan ada jawapannya...
kembali lah kepada Allah...
"ketahuilah dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang." (Al-Ra'ad:28)

Friday, February 20, 2009

kami bersamamu...

Assalamualaikum wbt...
sekadar ingin berkongsi bersama,
satu presentation telah dibuat oleh rakan sekelas,presentation sangat menarik...
kami satu kelas dibahagikan kepada empat group,setiap group perlu mereka cipta apa sahaja yang melibatkan semua hukum dan juga teori sains.

setelah masa yang diberi telah tamat,wakil setiap kumpulan dikehendaki menceritakan hasil kerja kumpulan masing-masing. semua nya tampil dengan pelbagai rekaan, ada kapal selam, kapal layar, jambatan pun ada.

apa yang menarik perhatian saya, setiap kumpulan ada ciri-ciri keselamatan yang luar biasa. boleh dikatakan semuanya berhubung kait dengan apa yang berlaku di Palestin. ada yang boleh menyelamatkan penduduk palestin hanya berada di lautan,sebab daratan dipenuhi dengan tentera yahudi. bila fikir balik,macam tak logik.tapi,zaman yang serba moden ni...semua benda boleh jadi.

kesimpulan yang dapat saya buat,palestin dihati kami semua.
walaupun,surat khabar tidak lagi memaparkan berita tentang palestin seperti sebelum ni, doa kami sentiasa bersama mereka..insyaAllah.

apalah kaba berita relawan haluanpalestin di palestin ye?
semoga Allah permudahkan segala urusan mereka disana.
berita lanjut

Sunday, February 15, 2009

kematian...

bismillahirrahmanirrahim....
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Assalamualaikum wbt...
apa kaba ye kawan2?semoga kita semua sentiasa berada dibawah rahmat Allah swt..
sekarang boleh dikatakan kita sedang menuju kepada pertengahan semester,quiz dan juga test melanda untuk semua subjek...
semoga kejayaan milik kita bersama...insyaAllah...

dikesempatan ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang sesuatu yang kadang-kadang kita boleh lupa...tentang kematian...

apa maksud kematian?
Kematian daripada perspektif Islam ialah suatu proses perpindahan daripada satu alam dari alam-alam Allah SWT ke alam Allah yang lain, iaitu berpindah dari alam dunia ke alam barzakh yang merupakan tempat penantian untuk sampai ke alam akhirat. Kematian merupakan perpindahan dari alam yang sementara ke alam yang kekal abadi. Perpindahan dari alam bercucuk tanam ke alam menuai hasil yang diusahakan di dunia.
terus klik

nasyeed...
dari masa ke masa,semakin ramai kumpulan nasyeed yang muncul dengan lagu2 kematian...lirik nasyeed dari far east, benar2 menyentuh hati saya...beberapa hari lepas,sempat saya salin liriknya untuk penghayatan sendiri...masyaAllah maksudnya sangat mendalam.terutamanya dalam rangkap
"jantung berdengup kencang menantikan malaikat datang...mengigil ketakutan gelap pekat dipandangan..selama ini diceritakan,kini aku merasakan di alam barzakh jasad dikebumikan..."

bagaimanakah keadaan kita waktu itu?

sama2lah kita persiapkan diri menanti saat itu...dimana setiap yang bernyawa pasti akan melaluinya...

wallahua'lam

Friday, February 6, 2009

cinta dan kasih sayang

bismilahirahmanirrahim..
assalamualaikum wbt....

alhamdulillah,segala puji hanya bg Allah.minggu ni terasa pantas berlalu,tup2 dah seminggu blk dari cuti.esok dah hari sabtu,ada pasar tani,bermula jugalah rutin kami,pergi pasar beli barang keperluan rumah.jadual masak akan mula seperti biasa minggu depan.

kadang-kadang fikir balik,bagus juga tinggal rumah sewa.boleh berdikari,masak sendiri.kalau kat rumah,sekadar menolong mak kat dapur.hi3...kat sini,kita sendiri mencari resepi nak masak.kadang-kadang malu juga dengan ahli-ahli rumah yang jauh lebih hebat di dapur.ahli-ahli rumah yang memahami,mawar-mawar hatiku,yang sentiasa menyinari kehidupanku...alhamdulillah.

jodoh pertemuan ditangan tuhan.sekarang ni,mawarku ada yang sudah dimiliki,pendek kata bersuami.ada juga yang akan miliki, sekarang dalam tempoh pertunangan.masih lagi tidak halal untuk banyak perkara.banyak juga persiapan yang perlu dibuat ;)

dikesempatan ini,buat mawar-mawarku...juga buat teman-teman yang berkunjung dilautan ini...
saya ingin kongsi bersama satu kisah yang saya dapat dari teman melalui email,
kisah ini sangat menyayat hati...sama-sama kita hayati...


Based on True Story..

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak .......disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .........
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya,
sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .........

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini .....
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis....tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah pak suyatno bercerita...
Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.


Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .

Sunday, February 1, 2009

Peperangan belum TAMAT...

dipetik dari ~ dunia hanya persinggahan~

Bismillahirahmanirahim...

"..ya Allah..ya Allah..wa yamujri yassahab..wa yahazamal ahzabb, ihzihum ! ihzihum ! ihzihum wan surrna 'alaihim.."

wa syattat kalimatahum wazalzzil aqdamahum ya Allah...ya qahhar..


Assalamualaikum wrh...

Sahabat-sahabat yang dikasihi oleh Allah swt..
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita menadah kedua-dua tangan cemar ini memohon keampunan ke hadrat ilahi di atas segala dosa-dosa, kelalaian-kelalaian..keterlanjuran kita..mudah-mudahan Allah swt sentiasa memberikan kita peluang untuk keredhaanNya dan jalan untuk kebaikan. Serta, setinggi-tinggi kesyukuran di atas nikmatNya yang tidak bersempadan..mencurah-curah walaupun balasan yang kita beri kepadaNya seringkali tidak setimpal dengan nikmat yang diberi..terlalu sombongkah kita kepada Allah swt..? Di antara banyak-banyak perkara yang kita miliki hari ini, anggota tubuh badan, kejayaan, kegembiraan, kekayaan, kehidupan yang sempurna, udara, makanan, pakaian, keluarga, rumah..yang mana satukah yang benar-benar milik kita ?...nah, semuanya milik Allah swt..semua sekali tidak ada yang berkecuali..hakikatnya, kita hanyalah makhluk hina yang menumpang di atas kekayaan dan kemurahan Allah swt..subhanallah. Maha suci Allah..yang Maha hebat..

"Ya Allah, tenggelamkanlah kami di dalam lautan cintaMu sehingga tidak ada yang menyibukkan kami dari menyintaiMu..."




Sidang teman yang dikasihi... Episod penderitaan di PALESTIN tidak bernokhtah lagi. Yea, masih berlaku peperangan dan dendam zionis. Meskipun kita diberitahu askar-askar zionis Israel telah keluar dari semenanjung Gaza, tapi seperti catatan Dr.Asmarawati [Dalam siri post yang lalu]...masih terdengar bunyi letupan dan tembakan di sana-sini..Palestin masih belum bebas sepenuhnya..Justeru teman-teman, bagaimana mungkin kita berhenti memboikot sedangkan perang itu belum tamat..? yea sungguh sedih..tidak dapat dibendung lagi. Rata-rata di sekitar ini, Restoran2 Mc Donald dipenuhi kembali dengan orang-orang islam..KFC, PIZZA HUT..barang-barangan zionis dibeli semula kerana peperangan telah tamat..yea itu kata media yang membeli berita dari Amerika, sekutu Zionis..Bagaimana kata saudara kita disana..? Dapatkah kalian bayangkan bagaimana perasaan mereka jika tahu kita bukan setakat tidak membantu, malah mendokong perjuangan zionis. dengan membiayai peluru-peluru mereka.uh..sangat sedih..sedih yang tidak mampu di sembunyikan lagi.. sangat lemahkah masyarakat ini untuk bertahan ..kan? sangat kurangkah kasih sayang mereka pada saudara seislam mereka..?

hm..



teman-teman..
marilah kita mendidik diri kita untuk peka, sensitif ..Sabarlah dalam menahan kehendak yang tidak syari'e..saya teringat kata seorang ustaz yang insya-Allah sangat tsiqah..katanya..melihatkan situasi sekarang, barangkali memang WAJIB untuk kita BOIKOT produk tajaan Israel dan Amerika.


Jelas terang lagi bersuluh..kenapa kita beralasan lagi..? Teringat pada kata-kata seorang menteri baru-baru ini (Semoga Allah mengampuni..) Lebih kurang bunyinya.. " kenapa rakyat malaysia nak boikot barangan israel dan amerika, sedangkan ekonomi kita bergantung kepada mereka..Janganlah melakukannya lagi..mahukah kalian jika negara kita juga bermusuh dengan Amerika..? Mahukah kita menerima nasib seperti Palestin dsb ?"..

Masya-Allah..
Apa perasaan kalian..?

Ummat islam yang menjaga periuk nasi sendiri barangkali boleh kita namakan buat mereka yang berpandangan begini bukan? Sanggup dia mengeluarkan kata-kata sedemikian. Hubungan baik dengan Musuh Allah swt lebih dijagai, ditimang-timang sedangkan nyawa saudara sendiri dibiarkan. Aduhai..setelah itu, bolehkah kita menerima insan ini sebagai pemimpin umat islam..? ..yea sudahlah. saya terasa marah benar..sukar ditahan-tahan lagi bila bercerita ttgnya..Semoga Allah swt campakkan sekelumit rasa kasih pada saudara seislam ke dalam hati insan itu..mudah-mudahan juga hati yang keras dapat dilembutkan kembali...
teman-teman yang tersayang.. Walaupun kegelapan itu masih panjang menyelubungi dunia islam..tetapi yakinlah kata Ustaz Fathi Yakan..MASA DEPAN itu tetap MILIK ISLAM..kita hanya berusaha tetapi ALLAH swt lah yang memberikan kita KEMENANGAN..insya-Allah..

situasi di Gaza tidak menentu

~di petik dari dunia hanya persinggahan~

Laporan Dr Asmarawati Md Yatim
Pakar Anaesthesiology
Doktor HALUAN di Gaza

GAZA - Letupan bom kali kedua pada hari Selasa 0230hrs tiba-tiba memutuskan bekalan air di hospital kami bertugas. Kami yang sedang melakukan pembedahan di European Gaza Hospital cemas bukan kerana takut dibom tetapi bimbang dengan nasib pesakit-pesakit kami. Kami hanya mampu berdoa agar pembedahan dan rawatan mereka tidak terjejas. Hati kecil ini terdetik juga - manalah tahu, mungkin syahid saja di sini kerana jelas dentuman bom tadi terdengar macam dekat sekali.

Suasana di Gaza masih di hujung tanduk. Setiap anak jati Palestin di Gaza seolah-olah pasrah dengan dengan takdir yang menimpa mereka tetapi tetap teguh dengan komitmen jihad mereka yang tinggi. Mereka sangat-sangat menyantuni para pekerja medikal yang mencurah tiba untuk membantu. Namun di sebalik keceriaan wajah mereka, terselit juga kesayuan nun di bola mata kerana mungkin saudara tersayang telahpun kembali kepada Penciptanya. Cara mengatasi kesedihan itu adalah dengan meneruskan jihad mempertahankan Deen dan watan mereka.

Ini bukan kali pertama saya di medan bencana. Bukan kali pertama saya melihat manusia meratap kerana kesedihan yang amat sangat setelah kehilangan orang yang disayangi, dan harta-benda dan rumah tangga yang punah ranap. Tetapi ketibaan saya buat kali pertama di Gaza ini menjadi kejutan yang amat sangat dek kemusnahan dahsyat yang tergamak dilakukan oleh sebuah negara berkuasa besar Israel ke atas sebuah semenanjung pipis bernama Gaza yang rakyatnya hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ibarat gajah membunuh nyamuk. Bacul sungguh Yahudi rupanya.

Saya dan pasukan doktor daripada Mercy Malaysia berjaya membolosi sempadan Mesir-Israel setelah lebih 48 jam menantikan kebenaran pihak tentera sempadan Mesir yang amat mencemburui siapa yang bakal melintasi masuk ke daerah Gaza. Ribuan relawan daripada pelbagai negara telah menunggu. Kami mempunyai segala dokumen yang lengkap berserta surat diplomatik tetapi itupun bukan jaminan bila kita berada di medan peperangan. Sesampai di Gaza, saya terus bersyukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya tiba juga di medan amal yang saya impi-impikan selama ini. Saya terus ditempatkan di Shahid Najar Hospital di mana kami melakukan kerja-kerja rawatan kepada pesakit dan menjalankan pembedahan. Terdapat ramai doktor di situ - Arab, Eropah dan Asia.

Keadaan di Gaza amat tegang walaupun tentera Israel sudahpun berundur sepenuhnya. Hamas mahu semua sempadannya dengan Israel dan Mesir dibuka sepenuhnya agar bantuan kemanusiaan dapat masuk tetapi tidak mahu mengiktiraf rejim zionis itu. Ini membuakkan kemarahan kaum penjajah Yahudi itu. Kelmarin, dua rakyat Palestin ditembak mati dari jarak jauh oleh sniper Yahudi. Penduduk Gaza, walaupun hidup di bawah tekanan dan dalam keadaan ketakutan, tetap tabah menghadapi dugaan harian sebegini. Inilah yang mengkagumkan saya. Dalam bahasa Inggeris, saya “extremely amazed” dengan ketabahan mereka bertahan sebegini bertahun lamanya.

Saya bersyukur kerana masih ada bekalan air dan elektrik yang mengalir di sesetengah zon operasi menyelamat kami. Tidak dinafikan bahawa bekalan perubatan ada yang terputus ataupun terhad. Begitu juga dengan peralatan bantuan perubatan. Namun ianya tidaklah begitu serius. Ada yang musnah dan ada yang rosak tidak berganti. Namun para doktor Palestin di sini tidak pernah mengeluh malah riak wajah mereka bagaikan meraikan kedatangan kami, doktor-doktor Muslim lain, ke jazirah tanah tumpah darah mereka.

Salam saya kepada semua sahabat dan rakan di Malaysia. Doakan Gaza dan rakyatnya agar dimenangkan Allah SWT dunia dan akhirat.

haluanpalestin-berita selanjutnya