Saturday, October 31, 2009

catatan dari padang 2

InsyaAllah di sini sambungan catatan misi 2 dari Padang...

Pariaman mempunyai 17 mukim dan kira-kira 320 buah kampong (Desa). Team kami hanya berkhidmat di lima buah kampung. Masjid dan surau di daerah Pariaman memang banyak , kira-kira 620 buah. Banyak masjid yang dibina mengikut suku kaum. Fahaman yang diamalkan disesuatu masjid sering berbeza. Kami sempat solat dibeberapa buah masjid dan itulah yang kami perhatikan.Keadaan dikawasan pendalam jauh lebih teruk. Kebanyakan masjid dan surau tidak terurus dan agak kotor. Ada diantaranya yang tidak memiliki tandas.


Ketika kami memberi khidmat perubatan di Desa Koto Tinggi, Pariaman, kami telah melihat masjid mereka yang runtuh.Maklumat dari jurupandu kami seorang muslimat PKS, masjid itu hanya digunakan ketika majlis-majlis seperti Maulidul Rasul, Isra’ mi’raj dan solat hariraya.Solat jemaah 5 waktu tidak ada. Anjing-anjing berkeliaran seperti ternakan lain. Penghuni pun kebanyakannya orang tua dan kanak-kanak . Sempat seorang pesakit wanita bercerita kepada saya. Dia kesempitan hidup, maklumlah isteri ke 2. Makan pun tidak cukup. Bila dia mengadu kepada suaminya. Suaminya mencadangkan agar dia menjadi seorang pelacur, jalan mudah dapat duit..


” Saya ngak sanggup Pak….walaupun rumah saya hancur, kerjapun ngak ada, saya tak sanggup lakukan itu” Kelopak matanya bergelinangan dengan airmata. Dalam hati saya tertanya juga, apa perlunya dia cerita semua ini, sedangkan tugas saya hanya untuk memberikan rawatan. Walaupun besar kemungkinan dia tidak solat ,tapi saki baki aqidah masih ada. Mental mereka benar-benar tertekan. Apa yang mampu saya katakan agar dia jangan sekali lupa pada Allah, minta dia jangan tinggalkan solat dan banyakkan berdoa agar Allah bebaskan dia dari penderitaan hidup ini. Sememangnya begitulah ujian Allah swt. Kesempitan hidup seringkali banyak menjauhkan manusia dari Allah swt, padahal Allah menjanjikan ganjaran yang cukup besar bagi orang-orang yang bersabar menahan penderitaan.


Kami dibantu oleh seorang relawan wanita PKS Indonesia, baru berusia awal dua puluhan. Melalui syaksiah dan cara dia berinteraksi dengan kami, kami tahu pasti dia seorang remaja yang berada dalam suasana tarbiyah.. Dia bersama abangnya sibuk membantu penduduk kampung mendapatkan rawatan disamping menjadi penterjemah kepada kami. Apabila sampai waktu masuk solat zohor, dia berkata, “ Pak,,,minta ijin, saya mahu solat dulu….” Dia tahu kami akan melakukan solat jama’ & qasar. Dia cukup menjaga waktu solat. Bila ditanya mengenai program tarbiyah yang di lalui , dia kata dia hanyalah sorang “mutarabbi” (orang yang menerima dakwah) dan belum boleh jadi murabbiyah lagi. Terbisik juga didalam hati saya, dimarhalah awal tarbiyah pun mereka sudah biasa dengan “term” arab. Bagaimana dengan kita..???


Menurut Pak Ridwan di sekitar Pariaman ada kira-kira 500 orang mengikut halaqah mingguan. Mereka bersemangat tinggi, bangga dengan vest dan baju yang tertulis dengan organisasi mereka. Mereka berhibur melalui nasyid-nasyid yang membakar semangat dan mencipta nasyid-nasyid jihad yang segar dan bersemangat. Melihatkan mereka, saya terasa sungguh kerdil. Bagaimana keadaan kita disini..kekurangan sensitivity, semangat..orang yang sudah lama berada dalam tarbiyah pun masih mahu dimanjai, tidak mahu menggembleng tenaga untuk kerja dakwah bahkan sukar sekali untuk kita mencari orang-orang yang sanggup menjadi Full-time Da’e..


Di Pariaman kita bukan memikul senjata, bukan mendaki gunung, bukan tidur didalam hutan, bukan menggali mayat-mayat yang busuk…Kita cuma memberi perkhidmatan dan rawatan, sama seperti yang kita lakukan di Malaysia. Hanya yang ada sedikit kepenatan dan keletihan. Tiada sorang pun dikalangan team kami yang mengeluh kesal , tapi yang ada hanyalah senyum kepuasan. Sungguh kami terasa puas dapat menyumbang kepada ummah pilihan iaitu ummat kepada deen yang suci ini, iaitu Islam. Walaupun nilainya tidak seberapa. Memang benar, bila kita turun ke medan amal, kita akan terasa lebih izzah terhadap kerja-kerja islam dan terasa satu kerugian jika kita berlambat untuk melaksanakan kerja-kerja ini. Jika sekalipun kita tidak mahu melakukannya, orang lain akan tetap melakukannya..dan kita akan terus ketinggalan..


Betullah rasa hati seorang sahabat Rasululllah Amr ibnu Al Jamuh ;


Amr ibn Al Jamuh, seorang yang tempang, memiliki 4 anak remaja yang ikut berperang bersama Rasulullah.Amr mahu ikut berperang bersama Rasulullah.Anak-anaknya berkata “ Allah telah memberi kemudahan kepada bapa,Bapa boleh duduk dirumah saja, biar kami menggantikan bapa kerana Allah tidak mewajibkan Jihad keatas bapa “. Lalu Amr ibn Al Jamuh telah merayu kepada Rasulullah saw dan berkata, Wahai Rasulullah, anak-anak saya telah menghalang saya untuk berperang bersama anda.Demi Allah saya sangat berharap hendak mati syahid agar saya dapat berjalan dengan kaki tempang saya didalam syurga.” Lalu Rasulullah saw telah bersabda kepadanya “Adapun engkau maka Allah tidak mewajibkan jihad keatas engkau” Kemudian Rasulullah sw telah bersabda kepada anak-anaknya”Apakah salahnya kamu berdoa semoga Allah mengurniakan mati syahid kepada ayahmu?. Kemudian Amr Al Jamuh keluar bersama Rasulullah lalu dia gugur syahid pada hari perperangan uhud.


Allahu Akhbar….seorang sahabat yang telah pun uzur dan tempang kaki, terlalu sedih kerana tidak dapat mengikuti angkatan perang Rasulullah saw, sentiasa berikhtiar untuk pergi berjihad. Kita pula bagaimana? Adakah kita berusaha sungguh-sungguh untuk menyahut seruan jihad dan menyumbang tenaga ataukah kita masih berkira-kira untuk waktu dan tenaga yang akan kita bazirkan untuk suatu pekerjaan yang tiada gaji ini?...Semua ini hanyalah sekadar latihan, tadrib dalam bentuk realiti… Saya memohon ampun kepada Allah kalau catatan ini ada kesilapan.Ia hanyalah sebagai muhabah untuk diri kita dalam menjalani kehidupan sebagai seorang daie , InsyaAllah. Jika ada peluang masa, saya akan cuba sambung lagi.Wassalam..


Catatan Perjalanan,
Dr.Mohd Ariff B.Abd Rasyid

catatan dari padang 1

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbrt...

Alhmadulillah,marilah kita sama-sama mengucapkan kalimah syukur kepada ilahi di atas nikmat yang diberikanNya.nikmat yang terhitung banyaknya.nikmat-nikmat yang memgizinkan kita untuk hidup hingga ke hari ini...tanpa nikmat-nikmat ini mana mungkin kita dapat hidup seperti sekarang...

masih ingat lagi kejadian gempa bumi di Padang?
kejadian yang meragut ratusan nyawa...

dikesempatan ini,saya ingin berkongsi dengan teman-teman catatan yang telah ditulis oleh salah seorang sukarelawan misi-2 haluan ke Padang.saya sangat mengenali beliau..seorang pakcik yang sangat saya kagumi dengan semangatnya..punyai syahsiah dan akhlak yang tinggi...semoga sifat-sifatnya akan diwarisi oleh cucunya yang baru lahir...umar al-fateh...insyaAllah..

misi ini bukan sekadar untuk memberi bantuan kepada mangsa..tapi yang paling utama untuk membawa sekali akhlak dan syahsiah seorang islam..inilah yang dikatakan medan amal yang sebenarnya...teringin juga rasanya untuk sama-sama merasai suasana sebenar disana...


Catatan Pengalaman di Padang

Hari pertama 14/10/09, kami pasukan kedua Team Misi Kemanusiaan Padang terus dibawa ke sebuah desa di kawasan pendalaman iaitu Desa Batu Mengaum. Kehadiran kami seakan-akan memang dinanti-nantikan oleh penduduk disitu. Wajah mereka kelihatan sugul dan muram terutama dikalangan org dewasa. Rumah mereka rosak atau roboh. Tiada yang selamat. Mereka hanya tinggal di dalam khemah-khemah, ada juga yang terpaksa berteduh dibawah runtuhan atap zink. Keadaan yang menjadi bertambah sulit buat mereka apabila hujan turun. Mereka hanya mengisi perut dengan mee segera, kerana ketiadaan wang untuk membeli beras. Melihatkan kanak-kanak disana, apalah yang mereka tahu tentang sebuah kesengsaraan dari tragedi itu, mereka tetap ceria dan gembira.

Klinik bergerak Haluan dibuka dari jam 3.00 ptg dan berakhir pada jam 10.00 malam. Jumlah pesakit yang dirawati adalah 150 orang. Sememangnya team kami berazam untuk memberi yang terbaik kepada penduduk kampung. Walaupun agak keletihan dengan jumlah pesakit yang ramai, kami sentiasa ceria melayan kerenah mereka dan kanak-kanak.


Situasi disana benar-benar mentarbiyah kami tentang hakikat sabar dalam menghadapi karenah mereka. Mana tidaknya, selepas ubat diberi, mereka meminta pula ubat untuk ibu dirumah, selesai itu, mereka minta pula ubat cacing untuk anak. Pelbagai permintaan dan ragam. Terasa memang geram…tetapi bila diingatkan kembali kita membawa risalah dakwah, ana tukarkan mind-setting dari perasaan geram kepada perasaan kasih sayang dan simpati. Bila ana berikan semua ubat yang diminta ana pun tanya dia “ Macam mana ibu..sudah puas hati? “ Dia pun menjawab “Sangat puas hati pak..terima kasih pak…” dia terus berlalu dari situ sambil tersenyum puas.


Misi kali ini diketuai oleh Akhie Zailani. Beliau sungguh cekap dalam menguruskan perjalanan klinik serta sangat berpengalaman di dalam pengurusan misi kemanusian. Beliau pernah menyertai misi kemanusiaan Haluan ke Acheh dan Jogjakarta, sementara akhie Amri pernah mengikuti misi kemanusiaan Haluan di Pakistan, Akhie Amri dan Akhie Azmi menjawat jawatan sebagai dispenser sementara akhie Hafiz (Haluansiswa) sibuk bertugas sebagai urugambar kami.


Menjelang maghrib, klinik ditutup sebentar. Kami dipelawa untuk menunaikan solat maghrib dirumah seorang penduduk berhampiran dengan klinik. Nasibnya agak baik kerana rumahnya hanya mengalami beberapa keretakan kecil. Ana kagum cara dia melayan kami. Dari percakapannya bolehlah dibuat kesimpulan yang dia amat gembira dengan rawatan dari kami (orang Malaysia). Klinik kemudiannya diteruskan sehingga jam 10 malam. Seorang penduduk wanita datang mendekati kami. Dia merupakan antara yang aktif menguruskan penduduk kampung untuk mendapatkan rawatan. Dia kata “Kami sudah lama ngak senyum pak…tapi hari ini kami boleh tersenyum…” Dari raut wajahnya memang dia nampak ceria. Ana bertanya kembali kenapa kata begitu. Dia jawab “ Sebab semua bapak disini baik-baik dan selalu tersenyum…kami senang sekali.” Terlintas difikiran, rupa-rupanya senyuman kita pun boleh menghilangkan stress dan membuat orang lain tersenyum..


Sebelum berangkat pulang, seorang kanak-kanak menyelinap masuk menaiki kenderaan kami. Dia tidak mahu turun walau beberapa kali telah dipujuk. Semua orang ketawa melihat telatah nya. Kemudian kenderaan kami bergerak. Terasa sebak didada…kita kembali menuju kemewahan hidup. Sedangkan mereka terus tinggal diselimuti penderitaan. Rumah tiada, makan pun susah. Siapalah yang sudi membantu mereka. Kita hanya bersimpati, tapi pernahkah kita menghulurkan sedikit wang untuk membantu mereka, melihat anak-anak menangis. hati terasa sayu....

Kami memang keletihan, keringat pun masih belum kering, perut pun dah terasa lapar. Dalam hati kami ada kepuasan, nikmatnya berada dijalan Allah. Perjalanan yang penuh dengan tarbiyah, makna sebuah kasih sayang, pengorbanan dan kesabaran dalam menempuh ujian.Teringatakan maksud firman Allah "Berangkatlah kamu sama ada didalam keadaan senang atau susah dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu dijalan Allah.." Ana terlalu bersyukur kerana terpilih mengikuti misi kali ini.Sebelum datang ke Pariaman ana selalu berdoa kepada Allah agar dipilih mengikuti misi ini. Syukur kepada Allah hajat ana termakbul.Ameen.



Catatan Perjalanan,

Dr. Mohd Ariff Bin Abdul Rasyid

Misi-2 Haluan Ke Padang, Indonesia

Wednesday, October 21, 2009

special dedication to 4 baiduri and 4 zamrud

Esok pastinya hari yang mendebarkan bagi pelajar-pelajar

Sek Men Keb Batu Unjur..

Sekolah saya praktikal dulu…

Esok bermulanya peperiksaan akhir tahun sekolah..

Mungkin bahang peperiksaan turut dirasakan oleh pelajar-pelajar sekolah lain…


So for 4 baiduri and 4 zamrud,

I would like to wish u GOOD LUCK!!!

Do your best…


Even thought I didn’t see the question paper,

but I feel that everyone can answer it.


I’m still remember before the UP3 goes on..

Everyone ask me about the question..

As I have seen the paper,I felt that everyone can score UP3…

And I aspect one of u to get 100..

No needlah to mention his name…(nanti perasan lebih)

Unfortunately, unexpected person pun ada =)…


Whatever the question is..

Try ur best ok!

I will pray for u…


My last word:

“God doesn’t require you to be the best

He just wants you to do your best

And

He will take care of the rest”


here is something i have prepared to all of you....

please clik here smkbu in memory



once again



sambutan aidilfitri

Bismillahirrahmanirrahim...

walaupun syawal telah pun berlalu...namun tak bermakna kenangan dan peristiwa sepanjang syawal turut berlalu... sepertimana saya khabarkan pada post yang lepas, saya hajat untuk kongsi bersama suasana sepanjang program...

ucapan dari YDP Haluan Selangor


antara ahli-ahli haluan yang datang


ruang makan wanita


ruang makan lelaki


di kesempatan ini juga,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih

kepada adik-adik yang banyak membantu sepanjang majlis

berlangsung...boleh tahan juga kerja-kerja yang perlu

dilakukan...namapun tuan rumah kan...


kepada nik,yusro,suhaila,syafiqah,hunainah dan tak lupa juga

qema dan aizi,


alhamdulillah,bertambah lagi proses ta'ruf antara kita...

semoga proses ini akan berpanjangan...


ukhwah fillah abadan abadaa...


pada yang tak dapat hadir,ketiadaan kalian amat dirasai..


moga Allah susun di lain waktu untuk kita bersama..


qema dan aizi xde,sibuk sangat =)

ramai juga jemputan yang hadir...

alhamdulillah,dapat berjumpa shbh2 lain..semuanya ceria2 blaka..

mana taknya kebanyakkan nya berbadan dua =)


teringat pula kat anis..

dah janji nak jumpa,tapi Allah punyai susunan lagi baik...

tahniah yer anis dengan kelahiran umar al-fateh..

moga Allah berikan kekuatan pada baby anis sepertimana namanya..

Tuesday, October 13, 2009

dalam kesibukkan...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

buat teman-teman dan adik-adik yang sentiasa di kasihi dan dirahmati Allah selalu,
menuju ke akhir-akhir semester dan juga akhir tahun...kita mungkin sibuk dengan persiapan menghadapi peperiksaan..walaupun semester ni,Allah izin saya tidak menghadapi exam sepertimana kalian,namun saya pernah juga berada dalam situasi sepertimana kalian.

jadual harian yang perlu diisi dengan menyiapkan assignment,lab report,presentation dan juga untuk test dan juga quiz..
saya rasa di dalam kesibukkan ini,hati juga perlu di jaga,perlu di ingatkan dengan tazkirah yang dapat mengingatkan kita kepada Allah swt.
tambahan,niat belajar juga harus jelas,jangan dalam kesibukkan niat kita terpesong dari landasan yang sebenar...
saya mengingatkan diri saya juga...

dikesempatan yang ada saya inigin berkongsi satu post dari
ummu annas

tajuk : sibukkan disiplin diri

Wahai setiap diri yang Allah kasihi,
Semoga Allah sentiasa memberkati serta merahmati kita.
Sentiasa dianugerahkan taufiq, hidayah dan keimanan mendalam.
Dihiasi ketaqwaan mendalam dan mampu mentaati perintah Allah serentak dengan menjauhi laranganNya.


Dalam berbagai kesibukan dan kegawatan menuju hajat dan cita-cita,
Ambillah sedikit waktu untuk menilai hakikat kejadian insan.
renungi maksud firman Allah dalam surah Az-Zariyat ayat 20-21;


"Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang yakin dan juga pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memerhatikan?"

Dengan itu Allah memerintahkan supaya kita berfikir berkaitan penciptaan diri kita. Untuk apa kita di ciptakan?

Fikirkanlah juga tentang tanda-tanda kekuasaanNya pada penciptaan makhluk yang lain juga.

Tentang penciptaan bumi dan segala isi yang terkandung di dalamnya.
Tentang lautan yang terkandung di dalamnya khazanah berharga buat manusia.
Tentang penciptaan langit yang menyimpan ribuan rahsia sistem cakerawala.


Sesungguhnya dengan memerhatikan setiap ciptaan Allah akan terbit rasa mengagungkan Allah yang tiada tolok bandingan. Ini akan melahirkan keinsafan di hati seterusnya dapat membentuk kita menjadi insan yang sentiasa menyerah dan taat kepada perintah Allah.

Renungi firman Allah berikut;
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata:"Ya Tuhan kami! Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka."(QS Ali-Imran:191)


Oleh itu kita sentiasa perlu menilai kualiti diri, agar tidak menjadi sia-sia atau membazirkan hayat yang dianugerahkan kepada kita. Usah mengingati Allah hanya sewaktu genting dan terdesak saja...
Sentiasalah memikirkan tanggungjawab sebagai hamba Allah;

* Adakah seluruh anggota badan telah digunakan untuk mentaati perintah Allah?
* Gunakan semua kurniaan Allah untuk melaksanakan ketaatan kepadaNya.
* Berazam membaiki diri dan tidak mengulangi kesilapan lampau.


Mari kita merenungi sebuah riwayat yang membentangkan keberuntungan umat Muhammad SAW.Nabi Adam a.s telah berkata;

"Sesungguhnya Allah kuniakan umat Muhammad empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

1. Allah menerima taubatku di Mekah sahaja, tetapi umat Muhammad tetap diterima taubat mereka di mana saja berada.


2. Aku berpakaian,tetapi apabila aku engkar, dijadikanNya aku telanjang. Tetapi umat Muhammad melakukan maksiat dalam bertelanjang, tetapi Allah terus memberi mereka pakaian.

3. Apabila aku melakukan dosa, terpisah aku daripada isteriku.Tetapi umat Muhammad melakukan maksiat kepada Allah, tidak dipisahkan mereka daripada isteri mereka.

4. aku melakukan dosa di dalam syurga dan dikeluarkan aku darinya. Tetapi umat Muhammad melakukan maksiat di luar syurga, dimasukkanNya ke dalam syurga setelah bertaubat.

Betapa MahaPengasih dan Maha Penyayang Allah kepada semua hambaNya. DiciptakanNya kita dalam sebaik-baik bentuk dan keadaan. DitundukkanNya pula segala ciptaanNya seisi alam untuk maslahat kehidupan manusia seluruhnya.


Bagaimana pula tindakan kita mensyukuri segala nikmat Allah itu?
Sewajarnyalah kita menyusun langkah mendisiplinkan diri;

* Merasa diri sentiasa diawasi dan diteliti dalam setiap perkataan yang diucapkan maupun yang dibisikkan di dalam hati. Keraan sesungguhnya Allah mengambil kira setiap perbuatan hambaNya.


* Berwaspada dalam berbicara. Elakkan daripada menuturkan sesuatu yang di luar batasan syariat seperti mengumpat dan memfitnah. Gunakan lidah untuk memberi nasihat, berkata benar dan berzikir.

* Hindarkan hati dari bisikan jahat dan sebarang niat buruk terhadap orang lain.

* Banyakkan doa serta bersangka baik terhadap Allah.

* Ikhlas dalam setiap perbuatan dengan hanya mengharapkan keredhaan Allah.

Akhirnya renungilah sebuah syair Arab;

Belajarlah,
Sebab manusia itu tidak dilahirkan terus alim,
Dan tiadalah orang alim itu
dapat disamakan dengan orang jahil.
Sesungguhnya seorang ketua kaum,
yang tidak berilmu di
pandang kecil apabila dikelilingi orang biasa,
yang berilmu.


Wallahu'alam.

Wassalam.

semoga bermanfaat untuk semua...

selingan
pada 11 october haluan selangor telah mengadakan majlis sambutan aidilfitri,insyaAllah saya ingin berkongsi dengan teman-teman gamba-gamba sepanjang majlis.insyaAllah pada post akan datang...



Saturday, October 10, 2009

peringatan buat kita semua


Bismilahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

apa kaba teman-teman semua di sini.semoga Allah swt memberikan kalian kesihatan yang berpanjangan.kesihatan yang mengizinkan kita sentiasa melakukan amal ibadah seterusnya melahirkan rasa ubudiah (penghambaan) kepadaNya..

kejadian gempa bumi yang berlaku di padang dan juga sekitarnya,benar-benar menyayat.jumlah kematian merupakan angka yang sangat tinggi,bagi saya.apatah lagi jumlah kecederaan mangsa disana..
moga Allah memberikan kesabaran kepada umat islam disana,atas apa yang telah terjadi...
semua kejadian ini,merupakan susunan daripada yang Maha Kuasa,Allah swt.apa yang dikehendakiNya pasti jadi,walau apa halangan sekali pun.

tapi,kita sebagai umat islam yang menyaksikan kejadian ini serta melihat laporan-laporan di dalam berita,apa yang kita dapat lakukan?
sekurang-kurangnya,marilah kita ambil sedikit hikmah dan pengajaran di sebalik kejadian yang berlaku...

saya ingin berkongsi disini,tentang masa dan tarikh kejadian.
pastinya ada sesuatu disebalik
tarikh dan masa ini,
apabila kita selidiki melalui kitab suci kita Al-Quran...

Kejadian berlaku pada 30:9...
melalui Al-quran....
surah ke 30,ayat 9 mengatakan....


“Dan tidakkah mereka bepergian di bumi lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka (yang mendustakan rasul)? Orang-orang itu lebih kuat dari mereka (sendiri) dan mereka telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya melebihi apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang jelas. Maka Allah sama sekali tidak berlaku zalim kepada mereka, tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.”


Kejadian pertama Pertama di padang berlaku pada jam 17:16...
Melalui al-quran...
surah ke 17,ayat ke 16 mengatakan...


“Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar mentaati Allah), tetapi bila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian kami binasakan sama sekali (negeri itu).”


Kejadian susulan di padang berlaku jam 17:58…
Melalui al-quran...
surah ke 17,ayat ke 58 mengatakan...

“Dan tidak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakan sebelum hari kiamat atau Kami siksa (penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz)”

Gempa bumi di jambi berlaku jam 8:52
Melalui al-quran...
surah ke 8,ayat ke 52 mengatakan...


“(Keadaan mereka ) serupa dengan keadaan pengikut fir’aun dan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah , maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sungguh Allah maha kuat lagi sangat keras seksanya.”


sama-sama kita renungkan...
semoga kita termasuk dikalangan orang-orang yang mendapat hikmah dan pengajaran...


selingan
moga Allah permudahkan urusan anggota relawan haluan ke Padang...

wallahua'lam...

Thursday, October 1, 2009

ribut

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam. tuhan yang sentiasa memberikan nikmat yang berpanjangan buat hamba-hambanya jika kita menyedari...

apa khaba yer teman-teman semua?mungkin sekarang ada di antara kita sedang sibuk dengan test dan juga quiz.moga Allah permudahkan urusan kalian..final exam pun tinggal berapa minggu jer lagi..adik-adik yang kat sekolah pun sama juga...

di kesempatan yang ada saya ingin berkongi dengan teman-teman tentang kejadian semalam.kejadian ribut yang kuat dan boleh dikatakan agak luar biasa yang pernah berlaku di kampung saya,pengkalan chepa, kota bharu, kelantan.

sebelum kejadian saya berada di dapur.nk buat puding kastard =) ...dengar bunyi angin yang kuat,saya bergegas menutup semua tingkap rumah.kastard ditinggalkan begitu sahaja di atas meja.

selepas selesai menutup semua tingkap,teringat pula baju-baju yang berjemuran.bergegas pula saya ke luar rumah..dalam hati terdetik,rasa takut nak keluar rumah..astaghfirullah,hati cepat beristighfar,takutkan Allah bukan takutkan ribut..

buka sahaja pintu,hujan sudah mula turun,agak lebat di sertai dengan angin yang sangat kuat.sambil mengangkat kain juga mengutip kain yang terjatuh kerana di tiup angin sempat saya melihat pokok-pokok kelapa,pokok-pokok durian dan pokok-pokok besar yang lain semuanya bergoyang dengan kuat.masyaAllah,sangat dasyat..tak hairan kalau pokok itu tumbang..sambil melihat kejadian tersebut,hati berbisik sungguh dasyat ribut petang ni.yang menciptanya pasti mempunyai kuasa yang lagi kuat..
kuatnya Allah,pencipta ribut petang ini.

sedari hujan makin lebat,saya bergegas masuk ke dalam rumah.hati berasa sedikit tenang.ribut sudah mula reda..tiba-tiba teringat ayam serama,yang kecik dan comei (gambanya ada saya upload diatas).
saya intai dari dalam rumah, alhamdulillah semuanya ada dan selamat dalam rebannya.

saya kembali ke dapur,meneruskan masakan saya.

sebelum maghrib,kedengaran helikopter askar meronda.mungkin melihat dari atas,sekiranya ada apa-apa kemalangan jiwa yang berlaku.rasa bertuah juga berada di Malaysia,baru sedikit kejadian berlaku,sudah ada tindakan susulan..bertuahnya kita berada di Malaysia.nikmat dari Allah yang patut kita syukuri.

pagi ini,saya mendengar berita dari ikim.fm.rupa-rupanya banyak kejadian telah berlaku petang semalam.

disini saya ingin link kan beberapa berita online,untuk maklumat kita semua..
semoga bermanfaat.

kematian remaja

pelajar malaysia di indonesia

gempa bumi di indonesia


apabila membaca artikel-artikel ini dan melihat sendiri kejadian yang berlaku,saya ingin lontarkan satu soalan buat teman-teman dan saya sendiri.apakah petanda kejadian-kejadian ini?apakah janji-janji Allah sudah dekat?...hampirkah kita kepada tanda-tanda besar kiamat?....yang pasti,sudahkah kita bersedia?....

sama-sama kita muhasabah diri,terutamanya saya sendiri..ukurlah sejauh mana HDA(hubungan dengan Allah) kita.


selingan
insyaAllah esok saya akan balik ke tempat saya di barat malaysia.mungkin susah nak dapatkan internet,tapi saya harap dapat luangkan masa untuk update "masa itu kehidupan", kolam saya wadah pertemuan kita =)...